Friday, 27 February 2015

AGAR-AGAR MILO

Salam sejahtera....hari ini saya nak berkongsi resipi Agar-agar Milo yang sangat senang untuk membuatnya dan cantik pulak kejadiannya.Sebenarnya saya buat agar- agar ni lama dah...cuma gambar ni dok terperap dalam folder jer....hari ni baru sampai turn untuk dimasukkan sebagai entri...Resipi ini saya ambil dari blog gee-hut....anak-anak saya cukup menggemari agar-agar ini...bila balik dari sekolah laju jer terjah ke dapur....tak sempat nak tukar baju dah....kena ngapp dulu sekeping dua...apapun terima kasih kepada gee-hut,CMG kerana mewar-warkan resipi yang mudah dan sedap ni....


AGAR-AGAR MILO

Resipi:CMG,MyResipi,gee-hut


Bahan-bahan:

1 paket (10g) agar-agar serbuk

400ml susu sejat

800 ml air

3/4 cawan gula pasir (nak manis sila tambah lagi)

3 camca besar milo 

1 helai daun pandan disimpul

Secubit garam


Cara membuatnya:

1.Satukan serbuk agar-agar dan gula pasir,kacau rata.Tuang susu sejat dan air.Masukkan daun pandan,masak sehingga mendidih,guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar-agar larut dan keluarkan daun pandan.

2.Bahagi dua agar-agar tadi(lebih kurang 600ml).Satu bahagian ditambah dengan milo dan satu lagi dimasukkan secubit garam.Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.

3.Ambil 200ml adunan milo,tuang dalam loyang dan biarkan beku.Apabila telah beku,potong dalam bentuk dadu.

4.Tuang bancuhan susu ke dalam loyang dan masukkan pula agar-agar yang dipotong dadu tadi.Sejukkan hingga keras.Simpan dalam fridge hingga betul-betul keras.Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut.

Selamat mencuba....

Aiskrim Goreng


Assalamualaikum wbt.... hari ni saya nak kongsikan satu resipi yang sangat senang.Memandangkan cuaca yang panas terik sekarang ni,maka amat sesuai lah anda menyediakan dessert nih kannn.Resipi ini adalah hasil kunjungan saya ke blog Along Roz.... terus terpikat bila melihat bahan dan cara penyediaannya begitu mudah sekali. Ye la... kalau makan kat luar RM 2 sebiji....masalahnya kena order 6 biji termasuk mama dan abahnya skali baru tak berebut... dah la tu saiznya pun kecik jerr... so bila dah jumpa resipi ni kira dah save bajet la.... kalu rasa nk makan tu buleh wat sndiri.... terima kasih kepada Along Roz@ HomeKreation atas perkongsian resipi yang sangat mabelesss nih.... jom tengok resipinya

 

 Aiskrim Goreng

 Sumber: Along Roz


Bahan-bahan:

 Kepingan Roti Sandwich secukupnya

Aiskrim-flavour kegemaran

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
 1.Gelekkan kepingan roti sehingga padat.

2.Letakkan seketul aiskrim ke atas roti.

3.Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi(juga digelek pdat).

4.Potong dengan menggunakan gelas.UNTUK LEBIH JELAS RUJUK GAMBAR STEP BY STEP DALAM BLOG HOMEKREATION.Buatlah seberapa banyak yang suka.

5.Simpan dalam bekas kedap udara dan bekukan selama 3 jam atau semalaman.Saya simpan semalaman.

6.Panaskan minyak sehingga betul -betul panas .Goreng kepingan aiskrim sekejap sahaja ,lebih kurang 1 minit sehingga garing diluarnya....





























Monday, 16 February 2015

Coconut Jelly

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...hari ni saya nak kongsi satu resipi yang sangat mudah sekali untuk disediakan.Bahan yang diperlukan juga senang didapati...dalam keadaan cuaca yang panas ini mesti kita nak makan benda yang sejuk supaya dapat menghilangkan dahaga yer tak.Resipi ini saya ambil  daripada blog Along Roz...sebenarnya dah banyak resipi yang saya simpan untuk buat coconut jelly ni...tapi saya berkenan sangat dengan resipi dalam blog ini memandangkan cara penyediaannya yang sangat simple.Kali pertama membuatnya anak-anak saya berebut-rebut untuk  menghabiskannya...tak sempat nak sejuk dah tinggal separuh kat dalam fridge tu...rasanya sangat sedap sama cam beli kat luar tu....manisnyanya pun sedang elok ...so masa balik kampung baru-baru ni saya minta ayah carikan saya beberapa biji buah kelapa muda sebab tekak ni dah lama sangat tak merasa coconut jelly.....jom kita semak resipinya.Terima kasih pada Along Roz atas perkongsian resipi yang sangat mabelesss nih.

 

Coconut Jelly

Sumber:Along Roz

 

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar

1.5 liter air

1.5 liter air kelapa muda

300g gula

Secubit garam

3 helai daun pandan -simpul

Isi kelapa muda yang diparut kasar

 

Cara-cara:

1.Masak serbuk agar-agar,gula dan air sehingga larut dan mendidih.

2.Masukkan garam dan daun pandan.Tutup api.

3.Masukkan air kelapa muda dan isinya,gaul sebati.

4.Tuangkan jelly ke dalam bekas-bekas kecil dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti ais.

 

 Nota:Menghasilkan lebih kurang 2 dozen bekas kecil

Selamat mencuba...


Wednesday, 11 February 2015

PUDING KARAMEL TANPA TELUR (Mudah,Sedap dan Jimat)

Alhamdulillah...akhirnya mood untuk berblogging hadir jua.Selepas ditimpa ujian banjir besar pada penghujung tahun lepas di tambah pula dengan tuntutan ditempat kerja menyebabkan masa untuk mengadap lappy agak terbatas.Namun disebabkan minat saya terhadap dunia masakan ini begitu menebal menyebabkan hati saya resah andainya tidak meletakkan entri masakan bagi tahun 2015 ini. Kali ini saya ingin kongsikan satu resipi yang sangat mudah iaitu puding karamel tanpa telur..Resipi ini saya ambil dari blog Lina Pg.Kali pertama saya mencuba resipi ini terus jatuh cinta ....kerana cara membuatnya begitu simple sekali dan yang penting rasanya wallla....uumphs.Anak-anak saya begitu menggemari...Bagi mereka yang alah pada telur puding ini amat sesuai sekali untuk dijadikan pencuci mulut.Saya dah banyak kali menyediakan puding ini atas permintaan anak-anak.Jom kita semak resipinya....terima kasih pada Lina Pg atas perkongsian resipi yang sangat mabeles ini..

 

Sumber:Lina Pg

 

Bahan-bahan A (Gula Hangus)

2 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan B (Puding)

1 paket serbuk agar-agar 10g

4 cawan air

1/2 cawan gula pasir

1 tin susu air

3 sb tepung kastad

1 sk esen vanila

Sedikit pewarna kuning telur-saya tambah

Cara-cara

1.Buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang,guna api kecil masak hingga gula menjadi perang,kemudian ratakan keseluruhan loyang.Ketepikan.

2.Satukan semua bahan B,kacau atas api.Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.

3.Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat tutup api,tapis dan tuangkan kedalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

4.Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan kedalam peti ais.

gula hangus akan menjadi keras apabila sejuk....tapi jangan risau apabila dimasukkan adunan puding gula ini akan cair dengan sendiri...

 

 Puding ini sangat enak dimakan bila disejukkan dalam peti ais.

 

Thursday, 5 February 2015

24 DISEMBER 2014...SATU IGAUAN NGERI

 

 

 

Assalamualaikum wbt.....Syukur alhamdulillah akhirnya saya berjaya mengagahkan diri untuk meluangkan masa di sini sebagai pembuka tirai tahun 2015 ini....walaupun agak terlewat...Kali ini saya tidak ingin memaparkan resipi seperti yang sebelum ini...tapi saya ingin mencoretkan kisah duka penghujung tahun 2014..yang dirasakan cukup tragis bagi saya sekeluarga.Seumur hidup saya inilah kali pertama mengalami banjir yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran...Walaupun bagi saya musim banjir pada setiap penghujung tahun adalah satu perkara yang dirasakan  biasa-biasa sahaja kerana kami khususnya rakyat Kelantan sudah mangli dengan musim tersebut.Namun peristiwa 24 Disember 2014 tak akan saya lupakan sampai bila-bila.Ketika itu nyawa keluarga saya ibarat telur di hujung tanduk. Namun apabila mendengar kata-kata Tuan Guru  Nik Abdul Aziz "Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada  ALLAH,sekalipun ia pahit namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat.Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit....membuatkan saya redha dengan ujianNya.Sebenarnya kita hendaklah berfikiran positif walau ditimpa ujian dari ALLAH....dan hendaklah bersangka baik kepada ALLAH...kerana percayalah ALLAH tidak akan membiarkan kita terus larut dalam kesedihan...pasti ada kebahagiaan yang menanti diakhirnya jika kita redha dengan segala ujianNYA.Disini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika Bah Air Kuning melanda kawasan kediaman saya...  

 

Pagi 24 Disember....air mula melimpah di luar halaman rumah saya...lebih kurang pukul 11 pagi

Menjelang petang air mula memenuhi halaman rumah...


  Time nih...anak-anak  masih seronok bermain air...airnya pun kelihatan masih jernih lagi

 

Garaj kereta turut dilimpahi air...nasib baik suami sudah mengalihkannya ke rumah jiran  diatas bukit

 

 Pagi 25 Disember semua rumah jiran ditenggelami air...

Pintu pagar utama turut ditenggelami air..

 Air di garaj kereta hampir mencecah siling..

 Air ditingkat bawah hampir mencecah paras leher orang dewasa...ketika gambar ini diambil airnya sudah surut sedikit...tapi kami masih terperangkap ditingkat atas lagi...

Setelah 4 hari tinggal di tingkat atas,air mulai surut...seluruh tingkat bawah diliputi lumpur tebal


Apapun saya tetap bersyukur kepada ALLAH SWT...kerana ujian yang kami sekeluarga alami ini masih lagi kecil jika hendak dibandingkan dengan mangsa banjir lain yang telah kehilangan rumah serta tinggal sehelai sepinggang...sedangkan saya sekeluarga masih lagi punya tempat tinggal dan hanya sahaja perabot yang musnah...syukur alhamdulillah...