Monday, 15 December 2014

Roti Arab

Assalamualaikum wbt... memandangkan cuaca di Pantai Timur ketika ini  sentiasa disirami dengan hujan,maka perut pun sentiasa berkeroncong minta diisi.Selalunya bila cuaca sejuk ni kita mesti nak makan makanan yang panas...Di sini saya ingin berkongsi satu resipi yang sang at mudah untuk disediakan  dan yang paling penting sangat sedap. Resipi Roti Arab ni hasil intaian saya di blog AlongRoz@ Home Kreation.Saya begitu teruja sekali untuk mencuba resipi ini kerana saya tidak pernah merasa roti arab sebelum nih...ternyata bila saya membuatnya sebagai sarapan pagi pada cuti hujung minggu anak-anak dan suami begitu menggemarinya...Roti ini sesuai dimakan dengan kuah kari.Jadi saya gandingkannya dengan Kari Ayam...memang sesuai sekali.Jom kita lihat bahan-bahannya.Terima kasih pada AlongRoz atas perkongsian resipi yang sangat senang dan sedap nih....

 

 Roti Arab

 

 Sumber: AlongRoz@Home Kreation

 Anggaran:18 biji

 

 Bahan-bahan:

 500gm tepung gandum

 2sb mentega( saya guna marjerin)

 2 sb gula

 2 sb  minyak masak

 300ml air suam

 6 gm yis segera@ 1 sdt

 Cara-cara:

 1.Mentega,minyak dan gula dibancuh dengan air suam.

 2.Tepung digaul dengan yis.

 3.Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental.

 4.Perap selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.

 5. Uli semula dan buat bulat-bulatkan dalam 18 biji.Canai nipis lebih kurang 0.4cm.

 6.Panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji,tunggu hingga roti kembung dulu baru diterbalikkan.

 7.Sedap dimakan bersama kari ayam/ daging/sayur.

No comments:

Post a Comment