Thursday, 26 March 2015

AYAM PENYET

Suatu ketika dulu resipi Ayam Penyet ini begitu famous sekali.Saya yang tidak pernah makan ni tertanya-tanya sedap sangat kerr Ayam Penyet ni..........,dan teringin sekali untuk mencubanya.Namun kalau nak cari kat Kelantan ni rasanya sukar sekali sebab mengikut cerita, resipi Ayam Penyet ni berasal dari Indonesia.Takkan nak terbang pergi sana semata-mata nak cari Ayam Penyet ni...huhuhu....Akhirnya semasa blogwalking saya terjumpa resipi ini di blog citarasawan... bila tengok gambar jer ...hati ni dah meronta-ronta untk mencubanya ,so apalagi misi pun bermula untuk memasak Ayam Penyet ini dengan mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan.Setelah siap masak rasa dah tak sabar nak mencubanya ..yelah nak tahu hasilnya camna ekkk....ermmmm  walla....enak bangat bila dimakan bersama nasi putih yang panas-panas,anak-anak saya begitu menggemarinya sekali. Selepas percubaan pertama tu saya dah banyak kali buat resipi ini atas permintaan anak-anak terutamanya pada hari minggu ataupun time cuti sekolah...Terima kasih banyak-banyak kepada kak wan kerana telah berkongsi resipi yang sangat sedap nih..mengikut kakwan pula, beliau telah mendapatkan resipi ini daripada Amy@Senang-senang singgahlah.Apapun izinkan saya share resipi ini pula disini ya untuk rujukan mereka diluar sana...Terima kasih sekali lagi untuk kalian berdua.



AYAM PENYET

Sumber:citarasawan,Amy@Senang-senang singgahlah


Bahan-bahan:

Untuk Ayam

1 ekor ayam-potong 4 bahagian
2 keping tauhu-potong tiga segi
1 paket tempe-potong nipis
1ikat sayur kangkung-dicelur (saya tak letak)
Kobis potong empat segi jika suka (saya tak letak)
1 biji timun-dihiris nipis

Bahan-bahan untuk rebusan ayam

Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sdt garam
500 ml santan
Bahan bertanda* dikisar

Bahan B

150 gm tepung beras
1 biji telur
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
*Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:

1.Potong ayam kepada bahagian dan cuci bersih.
2.Rebus ayam bersama bahan kisar,santan.
3.Kemudian masukkan garam dan gula.
4.Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5.Angkat dan ketepikan.
6.Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.Salut pada ayam yang direbus tadi,tempe dan tauhu.
8.Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut tepung hingga kekuningan dan diangkat.
9.Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.

*Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.



tauhu dan tempe lupa nak letak...


Untuk Sambal

Sedikit minyak masak,20 biji cili merah-potong kecil  (lebihkan jika mahu pedas),10 biji cili padi,10 ulas bawang merah dihiris,3 ulas bawang putih dihiris,5 biji tomato dihiris,4 cm belacan,2 sudu makan ikan bilis,3 sudu teh gula merah/secukup rasa.

Cara penyediaan sambal:

1.Panaskan minyak.Goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2.Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
3.Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
4.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.Masukkan kesemua bahan tumbuk kedalam kuali dan panaskan.
7.Masukkan gula merah dan gaul rata.(Saya tambah sedikit serbuk perasa).
8.Rasa sambal yang terhasil,tambah garam atau gula jika perlu mengikut citarasa.

***Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan sambal dalam peti sejuk dan cuma panaskan sahaja sebelum disajikan.

Penyediaan sambal ini sangat penting  kerana perlu cukup masin,manis supaya enak dicicah bersama dengan ayam tadi.Selain dimakan bersama ayam,sambal ini juga enak dimakan bersama dengan ikan goreng kunyit.


Selamat Mencuba....



No comments:

Post a Comment