Tuesday, 10 March 2015

KERABU SOTONG

Assalamualaikum wbt...kalau beli sotong selalunya buat sambal sotong,sotong masak kicap tak pun buat sotong celup tepung.Kali ni saya nak kongsikan resipi kerabu sotong yang sangat mengancam nih...kalau makan kat luar saya dan hubby suka order masakan ala thai...semestinya tomyam campur,siakap sweet sour,kailan ikan masin dan menu wajib iaitu kerabu sotong.. ada satu restoran ni memang dah menjadi pilihan utama kami sekeluarga kalau terasa nak makan masakan ala thai ni...pasai apa...tomyam dan kerabu sotongnya memang besttt gilerrr.....cukup menepati citarasa saya dan hubby ,.....tapi takkan nak makan kat luar selalu ...so kenalah buat sendiri kat umah maka selepas membuat pemerhatian secara teliti inilah hasilnya walaupun rasanya takler 100% sama tapi dah hampir-hampir tuuu..jom lihat resipinya...

 

Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

10 ekor sotong sederhana besar-dicuci dan buang kulitnya

2 biji mangga muda-dicincang halus

1 labu bawang besar-dihiris nipis

2 ulas bawang merah-hiris nipis

2 batang serai-hiris nipis

5 biji cili padi-diketuk

2 sudu makan sos ikan

3 batang kacang panjang-potong halus

Daun saderi-dipotong kasar

3 helai daun limau purut-dicarik-carik 

Garam,gula secukupnya

 

Cara-cara:

1.Sotong dipotong kepada tiga atau empat bahagian.Masukkan kedalam periuk dan rebus bersama sedikit air sahaja menggunakan api yang kecil selama 5 minit.Tutup api dan biarkan sejuk .

2.Gaulkan dengan bahan-bahan yang dihiris,sesuaikan rasanya. Siappp.....Kerabu sotong ni mesti ada gabungan masam,manis,masin dan pedas yang seimbang barulah umpphsss....

Kerabu ni kalau nak ratah  camtu pun enak bangat....

 

 

Nota:Air rebusan sotong tak perlu buang,gaul sekali bersama dengan bahan hirisan...lagi sodappp rasanya..

Jom try buat...


No comments:

Post a Comment