Friday, 27 March 2015

PUDING CENDOL





Cendol ni selain enak dimakan bersama santan dan gula melaka boleh juga dipelbagaikan cara masakannya.Antaranya dibuat kuih talam dan juga puding.Teringat saya sewaktu zaman kanak-kanak dulu kalau time bulan puasa cendol ni merupakan hidangan yang wajib ada ketika berbuka.....emak akan masak santan yang diletak sedikit garam  serta gula melaka atau" nise".......time dah dekat nak berbuka letak ais ketul dalam cendol tu...pergghhh memang heaven laaaa...Resipi Puding Cendol ni  saya dapat hasil intaian saya ke blog K.Nor@SecubitGaram....so sayapun teringinlah untuk mencubanya bagi menambahkan lagi koleksi resipi puding saya ni.Saya ni ...paling suka mencuba pelbagai resipi puding,kalau ada potluck kat sekolah saya memang suka membuat puding berbanding kuih-kuih lain.Lagipun anak-anak saya lebih gemarkan puding/agar-agar berbanding kuih-muih yang lain.....Terima kasih pada K.Nor atas perkongsian resipi ini..



PUDING CENDOL
Sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan: (10x 10x1 inci)

Lapisan bawah:

500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar serbuk
500 gm cendol
Sedikit garam


Lapisan atas:

500 ml air
200 gm gula merah-K.Nor guna campuran nisan dan gula merah
300 ml santan pekat
10 g agar-agar serbuk
1 biji kuning telur
sedikit garam



Cara-cara:(Lapisan bawah)

1.Masakkan air,agar-agar dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam.Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol,kacau sedikit,angkat dan tuangkan ke dalam acuan.Tips-untuk acuan,basahkan dengan sedikit air.Lapikkan dengan bekas plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah dikeluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.(Saya tak letak plastik tu.)


Lapisan atas:

1.Masakkan gula merah dengan sedikit air (daripada 500 ml dalam resipi ya) sehingga gula hancur.Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar.Masak sehingga mendidih.
3.Kocok kuning telur didalam santan.Tuangkan santan ke dalam adunan.Masukkan garam,biar mendidih sekejap.Padamkan api.

Lapisan bawah






Lapisan atas   




Bila sudah  keras lapisan atas boleh dimasukkan ke dalam peti ais...


Tips:

1.Sebelum tuang adunan atas,pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garfu di serata adunan.

2.Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan di bahagian tepi loyang.Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


Pesan K.Nor

#Untuk lapisan atas  K.Nor tambah air sebanyak 100 ml lagi sebab tekstur asal agak keras.Untuk lapisan bawah K.Nor guna 1 cawan gula lebih kurang 12 sudu besar sebab K.Nor kurang suka manis.So lapisan atas tu terpulang kepada citarasa masing-masing untuk tahap kemanisannya yerrr....


Jom Try Buat....

No comments:

Post a Comment