Sesekali bila terasa jemu dengan hidangan nasi,saya akan masakkan soto kegemaran kami sekeluarga....anak-anak saya begitu menggemarinya sekali...kalau dah makan tu semua sampai bertambah-tambah...kali ini saya cuba buat kelainan sikit iaitu Soto Madura...resipi ini saya dapat tatkala menjengah ke blog Kak Yatie ...bila beliau kata soto ni memang sedap betul maka saya semakin tak sabar untuk mencubanya...alhamdulillah anak-anak sayapun menyukainya...soto madura ni tak banyak bezanya dengan soto yang biasa tu..bezanya cuma diletakkan santan dalam kuahnya....jom semak resipinya...sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih pada kak yatie atas perkongsian resipi ni....izinkan saya sharekan resipinya di sini pula ya....
SOTO MADURA
Sumber:Yatiememories
Olahan Rasa:mamamiasanasini.blogspot
Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong 4 (2keping dada digoreng manakala selebihnya di potong kecil untuk dimasak bersama kuah soto)
1 sk garam dan sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
2 kotak santan kara/ayam brand (1 kotak 200 ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik
4 cawan air atau secukupnya
3 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar:
1 sdb serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1inci kunyit hidup
1 sdk lada putih/sulah-ditumbuk halus
Serbuk perasa-saya tambah
Bahan sampingan:
Sambal kicap
Tauge
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya
Cara penyediaan:
1.Goreng dua keping dada ayam sehingga masak,ketepikan.Bila sudah sejuk disiat-siatkan kecil dan ketepikan...bila nak makan soto barulah letak ayam dan siramkan kuahnya.
2.Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis,masukkan kayu manis dan bunga lawang.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar,jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yang telah ditumbuk lumat.
3.Tumis hingga wangi,masukkan serai,ayam yang dipotong kecil.
4.Masukkan air dan kacau sentiasa.Masak hingga mendidih.
5.Masukkan santan dan gaul sebati.Masak lagi hingga mendidih dan guna api sederhana.
6.Masukkan garam,gula,serbuk perasa,sekiranya dah ok bolehlah matikan api.
**Hidangkan bersama nasi impit,dada ayam yang telah digoreng dan disiat kecil-kecil,sambal kicap,tauge,bawang goreng dan hirisan daun sup..
terlupa nak tabur bawang goreng...bila siap snap baru perasan... |
Jom Try Buat...
No comments:
Post a Comment