Tuesday, 19 May 2015

KERABU MAGGI



Kebelakangan ini saya perhatikan bermacam-macam resipi baru telah muncul.Antaranya seperti Kerabu Maggi, dan Maggi Ketam.Tak terfikir pula sebelum ni akan timbul bermacam variasi resipi yang berasaskan mi maggi ni.Maggi ketam kalau kat Kelantan ni yang paling tersohor adalah di Cherang Ruku Pasir Putih.Memang menitik air liur bila tengok kawan2 dok tayang kat WA,tapi saya tak pernah singgah lagi.... sebab harganya pun boleh tahan...dengar citer RM28 semangkuk...ermmmm seram jugak bila dengar harganya....kalau makan sorang tak de la hirau sangat...cuba makan satu family cam saya yang berenam ni.....hiii tak sanggupppp...jadi tuk save budget  dan nak lepaskan rasa kepingin nak makan maggi ketam ni saya beli ketam bunga kat Tesco dalam 3-4 ekor, pastu cuba masak ikut citarasa sendiri...errmm ok gak tapi tak leh nak banding dengan yang ori la camna rasanya.....Kerabu maggi ni sekarang tengah femes kat sini ...banyak dijual kat pasar malam,kedai /restoran yang menyajikan masakan panas ataupun pasar minggu....selalu gak saya beli kalau pegi pasar malam tu...harganya dalam RM3-3.50 satu bungkus.Rasanya yang masam2 dan pedas tu memang kena ngan selera saya la...begitu juga ngan anak2.So teringin pulak nak buat kerabu maggi ni sendiri...sebab saya perhatikan cara penyediaannya yang sangat senang sekali.Percubaan kali pertama saya gagal kerana saya menggunakan jenama Maggi...saya perhatikan kat pasar malam mereka menggunakan maggi khas yang ada tulisan siam....kali ni saya memesan maggi khas tu kepada adik ipar yang selalu pergi ke Golok.Alhamdulillah rasanya memang dah hampir2 sama cam beli kat kedai....tuk percubaan kali ni saya masak 3 paket maggi dan semestinya terlajak larissss...ok jom semak resipi di bawah.


KERABU MAGGI
Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

3 paket Maggi Siam
2 paket perencah maggi
5 ekor sotong-dicelur bersama sedikit air sahaja  dan potong bulat-(air rebusan jangan dibuang)
5 batang sosej-dicelur dan potong kecil
5 biji cili padi-potong kecil
3 helai daun kobis-hiris kecil dan celur sekejap
3 biji buah tomato- di cincang
1/2 batang karot-disagat
2 batang daun ketumbar-hiris kecil
1 biji limau nipis-ambil jusnya
Kicap sotong secukupnya
Garam,gula


Cara-cara:

1.Celur maggi hingga kembang dan toskan.
2.Masukkan maggi ke dalam bekas yang besar supaya senang untuk proses menggaul.Masukkan semua bahan di atas,gaul sebati,sesuaikan rasanya.Siap.
 
Nota:
Kerabu maggi ni perlu seimbang rasa masam,masin, manis dan pedas barulah enak dimakan.Yang paling penting rasa masam dan pedas.
Masukkan perencah maggi sedikit demi sedikit kerana dikhuatiri rasa masin yang melampau...
Kerabu maggi ni tidak perlu terlampau basah cuma berkuah sedikit saja...


ini la rupa maggi siam yang saya maksudkan

bahan-bahan yang perlu dicelur dan hiris halus

celur sotong bersama sedikit air sahaja...lebih kurang 1 cawan

jom slurrppp......











Jom Try Buat..

No comments:

Post a Comment