Siakap bakar ni adalah hidangan makan tengahari yang telah saya sediakan pada minggu lepas.Kalau hari minggu ni biasanya saya akan sediakan lauk pauk yang special skit la...dan saya memang enjoy dok lama-lama kat dapur ni......mulalah dok belek2 buku resipi...memang betullah kata Che Mat Gebu, dapur itu duniaku...sebenarnya dah banyak kali saya buat ikan siakap bakar berempah ni...cuma tak sempat nak snap pic je...ari ni baru terasa nak share di sini......memang puas hati makan ikan bakar fresh ni......kena pulak dengan nasi panas2.......makan sampai bertambah-tambah le jawabnya......lagi satu sungguh menjimatkan...kalau order kat restoran mau dekat RM 40 sekor....silap hari bulan kena ketuk sampai RM 50 sekor.....sedangkan modalnya tak sampai pun RM 15.....cuma perlukan kerajinan jerrr...tapi kalau dah kena penyakit M....ermmm tak dapek den nak nolong......bagi yang belum pernah masak ikan siakap bakar berempah ni saya syorkan eloklah menerainya....tak rugi....sedap hingga menjilat jari...sebelum ni saya guna ikan pari...pun sedap jugak...guna ikan siakap lagiiiiii lah sedap.....time bakar tu harumnya memang mengguda jiwa.......ikan ni kalau masak tuk berbuka posa gerenti licinnn....selalunya kalau bulan posa saya akan masak bahan2 tumis tu awal lagi....senang nak sesuaikan rasanya....pastu boh dalam peti ais........time nak bakar ikan tinggal perap jer...senangkan....ikan bakar ni memang dah masuk menu list untuk berbuka posa bagi kami sekeluarga....terima kasih pada Secuit Rasa @ Umiejazz atas perkongsian resipi ni yang menurutnya diambil daripada dapur Dayang Jack @ Dapurku Sayang.....jom semak resipinya
SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
Sumber:Secuit Rasa @Umiejazz,Dayang Jack @ Dapurku Sayang
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar-dibersihkan
1 helai daun kunyit-hiris halus(saya tak letak tak de stok)
2 helai daun limau purut-hiris halus
Bahan-bahan dikisar bersama:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-hiris
3 kelopak bunga kantan-hiris halus
1 sdm cili giling-nak pedas ganti dengan cili padi
1 sdb rempah kari ikan
3 sdm air asam jawa
1 sdb kicap pekat
Sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Gula,garam secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa-saya tambah
Cara-cara:
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau dan kacau pecah minyak.Tutupkan api.
2.Sementara itu,sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang untuk bau lebih harum).Tuangkan kesemua perencah tadi diatasnya.Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut kemas.Perapkan sebentar selama 15 minit.
3.Kemudian bakar ikan sehingga masak.Saya bakar selama 30 minit dengan suhu 200 darjah celcius.Kemudian saya bukakan pembalut dan tambah lagi masa selama 15 minit supaya kering sedikit.
4.Semasa menghidang,perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi....sedap sangat.
kelar-kelarkan ikan supaya meresap bahan perapannya |
bahan-bahan kisar |
tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak |
perap ikan bersama bahan kisar....tabur daun limau purut...daun kunyit tak de stok..... selama 15 minit |
selepas 30 minit...bukapembalut foil dan bakar lagi selama 15 minit |
perah limau kasturi masa nak makan....ermmmm sodappp |
Nota:Saya cicah ikan ni dengan air asam...sangat sedap!
Boleh juga dibakar menggunakan kuali ajaib/non stik atau bakar menggunakan arang.
Jom Try Buat
No comments:
Post a Comment