Wednesday, 19 August 2015

SOTONG BEREMPAH MASAK NASI KANDAR


Setiap kali berkunjung ke Pulau Mutiara,hubby memang tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi kandar.Selalunya kami akan berkunjung ke Restoran Kayu Nasi Kandar yang terletak berhampiran dengan Hotel Vistana.Pendek kata memang tempat yang wajib singgah le.Saya ni walaupun 5 tahun tinggal di Penang tapi tak le gian sangat nak pekena nasi kandar nih... teringat pulak kenangan semasa study kat Usm selalunya saya dan kengkawan akan ke Gelugor untuk pekena Sharif Nasi Kandar sekiranya tekak ni teringin nak makan nasi kandar....biarpun terpaksa beratur panjang saya tak kisah.. dan masih lagi teringat akan keenakan telur sotong dan ayam kapitan yang sangat sedapppp..Baru-baru ni hubby beli sotong jarum yang sangat segar dan meminta saya buatkan kari sotong berempah nasi kandar sama cam dia pekena kat Restoran Kayu Nasi Kandar tu..untuk tidak menghampakan permintaannya maka saya pun tanya pakcik google sebab saya tak pernah masak kari sotong berempah nasi kandar ni ...alhamdulillah jumpa satu resipi yang saya cari tu..iaitu daripada Mamak haji.... terima kasih kerana sudi berkongsi resipi  ni...hubby pun puji sedap...sotongnya pun lembut sangat....jom tengok resipinya ye


SOTONG BEREMPAH MASAK NASI KANDAR
Sumber:Mamak haji
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:
1 kg sotong putih (sarat telur)-yang saya punya cuma separuh jer yang bertelur!(Rebus sotong dengan sedikit serbuk kunyit supaya sotong lembut)
100 gm serbuk kari jenis daging/ayam
1 labu bawang besar-dihiris(hirisan bawang untuk masakan resipi nasi kandar perlu dipotong menegak/memanjang)
2 labu bawang besar-dikisar
Pes bawang putih dan halia.Pes ini penting dalam masakan nasi kandar
1 sdt serbuk jintan putih
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk kas-kas (optional)
1sdt serbuk cili
1 sdt gula pasir
Kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga ( rempah ini dipanggil garam masala)
2 tangkai daun kari
3 biji cili merah di belah dua memanjang
Daun bawang dipotong 2 inci-tak letak
75 gm santan pekat atau 4 sdm yogurt atau 1/2 tin susu cair.
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan rempah garam masala(4 serangkai).
2.Bila wangi masukkan bawang hiris dan cili merah.Bila hirisan bawang mula bertukar warna keemasan,masukkan pes bawang putih dan halia serta daun kari.
3.Bila mengeluarkan haruman(jangan sampai hangus)masukkan air bawang kisar(air bawang kisar adalah cara memasak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk).
4.Bila air bawang mula mendidih(sekiranya anda masak tak tumis betul2 bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila dihidangkan)masukkan serbuk kari,jintan putih,jintan manis dan kas-kas.
5.Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis.Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit.
6.Masukkan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda.Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana bila sejuk kuah akan semakin pekat.
7.Tunggu hingga kuah mendidih.Jangan terlalu didihkan kuah kerana kalau santan ia pecah minyak dan kalau susu ia akan bergentel.
8.Masukkan sotong yang telah direbus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi.
9.Masukkan gula dan garam secukup rasa.Masukkan hirisan daun bawang.Kacau rata.Tutup api.
10.Sekiranya kuah sotong anda pekat tambahkan air rebusan sotong.Pastikan kuah tidak terlalu cair.


makan dengan nasi putih pun sedapp...








Jom Try Buat....

No comments:

Post a Comment