Friday, 25 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436 H




 duduk dari tengah kiri adik bongsu,kakak yang nombor dua, emak dan saya
berdiri belakang tengah kakak yang nombor tiga...
 
 Alhamdulillah...Aidiladha tahun ini kami menyambutnya dengan meriah sekali.Saya bersama-sama dengan adik beradik yang lain berkongsi seekor lembu untuk dikorbankan kali ini.Bertambah indah sekali pabila kakak saya yang nombor tiga (tinggal di Penang) pulang beraya di kampung kerana ketika Aidilfitri lepas mereka sekeluarga beraya di Kedah rumah mentuanya.Jarang sekali mereka sekeluarga pulang beraya di kampung kalau raya haji disebabkan tuntutan kerja.Kebetulan pula Aidiladha kali ini jatuh dalam musim cuti  sekolah.Bayangkan seekor lembu kami sekeluarga kerjakan ....memang gamat habisss... tak nak citer panjang so... layan jer la gambar di bawah ni...


 my hubby dan ayah sempat posing dengan lembu yang bakal dikorbankan .... 

  alhamdulillah...selamat dikorbankan



 hubby sibuk membahagi2kan daging kepada 7 bahagian


 kakak dan emak sedara memotong daging untuk hidangan tengah hari nanti.. 

 menu tengah hari....daging singgang

 ni saya yang masak..gulai daging

 acar mentah

 paling mendapat sambutan....daging goreng kunyit

 tak lengkap hidangan andai tiada sambal belacan...

 selepas siap kerja2 melapah lembu... apalagi....makan ler

 
 set2 jung dapur jugak tidak ketinggalan menjamu selera di dapur...


 pagi raya kedua bekpes dengan mi sup gear box....memang powerlahhh










No comments:

Post a Comment