Tuesday, 20 October 2015

AGAR-AGAR SANTAN


Agar-Agar Santan ni saya buat untuk dibawa ke sekolah sempena pot luck.Saya memang suka menyediakan dessert  berbanding memasak lauk pauk kerana ianya mudah disediakan dan tidak memakan masa yang lama.Biasanya saya akan buat pada waktu malam...pagi tu tinggal nak potong2 jer....selain itu saya juga ingin mencuba blender yang saya baru beli tu...kalau sebelum ni kena tapis air pandan....bila dah guna blender yang baru ni tak perlu tapis lagi...masukkan daun pandan,telur dan santan...pastu blend selama 2 minit...memang hancur terus tak perlu tapis lagi dah....terus masukkan dalam periuk.Memang berbaloi sungguh guna Blender Cosmos Soylove II nih...hasilnya sangat memuaskan...agar2 ni berbau sangat wangi berbanding yang saya pernah buat guna air daun pandan sahaja sebelum nih.Aromanya sungguh wangi sampai satu bilik guru dipenuhi dengan bau pandan....Daun pandan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat...salah satunya dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetis...So apalagi jom lihat resipinya...


AGAR-AGAR PANDAN
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan2:
20 gm agar2 tali
5 cawan air
2 cawan santan
4 helai daun pandan-dipotong kecil
1 biji telur
Gula secukup rasa
1 sdt garam
Sedikit pewarna hijau epal-optional


Cara2:



Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur.Bila agar2 hancur masukkan gula.

Masukkan daun pandan dan telur ke dalam blender.

Seterusnya masukkan dua cawan santan.

Kisar kesemua bahan tersebut selama dua minit.

Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk agar2.Masukkan garam,pewarna hijau dan kacau hingga sebati.Sesuaikan rasa manis dan masin sambil mengacau agar2.

Petua untuk dapatkan lapisan santan dan agar2 yang sama tebal ialah setelah agar2 mendidih...besarkan api selama 3-4 minit...pastu baru tutup api.Masukkan ke dalam acuan.Bila dah sejuk masukkan  ke dalam fridge.
Hasilnya  akan dapat lapisan yang sama tebal...

Rasanya yang lemak manis ...memang terbaek laaa

Dah siap potong nak bawak gi sekolah....



Nota:
Bagi anda yang tak de blender ni...boleh gunakan air daun pandan sebanyak 2 cawan.Maksudnya daripada 5 cawan air tadi....3 cawan gunakan air biasa dan 2 cawan lagi gunakan air daun pandan.

Jom Try Buat

No comments:

Post a Comment