Saturday, 17 October 2015

KERUTUK DAGING

Assalamualaikum wbt....tatkala menjengah ke blog dunia cikguwan kecur liur bila ternampak Kerutuk Daging.Memandangkan stok daging korban masih ada lagi kat dalam freezer tu terus CnP resipi ni.Time hari minggu baru ada masa nak masak resipi2 yang renyah camni...so dalam kepala dah set nak masak Nasi Minyak,Kerutuk Daging,Ayam Goreng Berempah dan Acar Mentah bagi hidangan makan tengah hari kami sekeluarga.Saya memang dah banyak kali masak Daging Kerutuk ni...cuma kali ni nak try guna resipi cikguwan pulak.Memang ada perbezaan sikit cara saya masak dengan cikguwan...apapun rasanya lebih kurang jer la...sangat sedap....saya lebih suka masak Daging Kerutuk sehari sebelum dihidangkan...maksudnya kalau nak makan  hari Jumaat...malam tu (Khamis malam) saya dah siap masak....sebabnya kerutuk ini akan bertambah sedap... sebab rempahnya sudah menyerap ke dalam daging menjadikan rasanya ummphh...sangat sedap...daging juga semakin lembut bila kita panaskan semula keesokannya....Kerutuk Daging ni semakin kita panaskan atau orang Kelantan panggil "perangat" semakin sedap....tu pasal saya suka masak banyak2...kemudian simpan kat dalam freezer bila nak makan cuma panaskan saja...senangkann...Kali ni saya sengaja potong daging besar2...sebabnya terkenang2 kalau kat Kelantan dulu bila ada kenduri kawin ker atau apa2 majlis akan dihidangkan sejenis masakan yang dipanggil Gulai  Daging Buku Besar...yang mana daging akan dipotong besar2 dan dihidangkan secara hidangan....sekarang ni kalau buat apa2 majlis kenduri kebanyakannya stail buffet...so memang tak dihidangkan Gulai Daging Buku Besar tu... nak save budget beb...kalau dihidangkan jugak sorang amik seketul besar tu mau pengsan tuan rumah ye dakkk tambahan pulak harga daging segar kini melambung tinggi...oklah apa kata kita lihat resipi dan cara2 memasak Kerutuk Daging ni...sebelum tu terima kasih pada cikguwan kerana telah berkongsi resipi...semoga mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dariNya...


KERUTUK DAGING
Sumber:dunia cikguwan
Olahan Semula:MamaMia Kitchen



Bahan2:
 1 kg daging dipotong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil Daging Buku Besar)
atau
1 ekor ayam dipotong 4
1 biji kelapa-ambil santan-saya guna 1 liter santan
3-4 sdb rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan-kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih
5-7 biji cili kering-saya guna 3 sdm cili kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka
Garam,gula,sedikit air asam jawa

Cara2:
1.Sediakan bahan tumis:
-rempah kasar 4 sekawan
-2 ulas bawang merah dimayang
-2ulas bawang putih dimayang
Sedikit halia dimayang

2.Bahan2 lain selebihnya dimesin (bawang,cili kering,halia)

Daging yang telah dipotong besar

bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas,serai dan rempah 4 sekawan

Rempah kerutuk yang telah dibancuh,kerisik yang saya buat sendiri...jadi berketul2 sebab lama dok bertapa kat dalam fridge..

3.Panaskan minyak.Masukkan No 1,tumis hingga wangi dan agak garing sedikit.

4.Masukkan No 2 serta cili kisar dan kacau hingga naik minyak
5.Masukkan rempah kerutuk,tumis hingga naik minyak,sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk,garam,gula melaka,gula pasir,kerisik dan air asam jawa.

6.Masukkan daging dan kacau hingga keluar air daging.

7.Masaklah hingga rempah kerutuk meresap ke dalam daging.

8. Kemudian masukkan santan...
9.Masaklah menggunakan api yang kecil selama 30 minit atau sehingga daging lembut..pastikan kuahnya agak pekat sedikit.....baru matikan api.


Taraaa...dah siap.

Enak dimakan dengan nasi putih,nasi minyak dan bermacam2 jenis nasi daaa....



Jom Try Buat...

No comments:

Post a Comment