Monday, 9 November 2015

APAM BERAS KELANTAN

 Sudah agak lama juga saya tidak membuat Kuih Apam Beras......kalau teringin nak makan saya lebih suka beli saja sebab yang jual kat gerai tu pun dah cukup sedap....dengan lembutnya,manis sedang elok dan yang pasti merekah dengan elok sekali...namun kunjungan bekas pengasuh anak sulung saya baru2 ini meminta saya sediakan kuih kosui dan apam beras  untuk dihidangkan pada rombongan meminang anaknya nanti, membuatkan saya menggelabah seketika....kalau kuih kosui takde masalah sebab saya memang selalu sangat buat.. tapi kalau apam beras tu risau gak ..takut nanti tak jadi kang...malu besar weiii.... dah la nak sambut orang jauh......untuk menolaknya saya tak sampai hati pula sebab dia sangat baik dengan kami sekeluarga....akhirnya pada minggu lepas saya  google resipi apam beras ni dan rasa berkenan pulak dengan Apam Beras Kelantan dalam blog duniacikguwan...so apalagi terus carik bahan2 untuk menerainya....alhamdulillah apam ni jadi ngan elok sekali...rasanya yang gebus,manis sedang elok membuatkan saya pilih resipi ni untuk masa akan datang......tambahan pulak juri tetap kat umah ni (hubby) cakap ok sangat resipi ni.......terima kasih yang teramat sangat pada cikwan kerana telah berkongsi resipi apam beras ni...sebab kalau kita tanya pada mereka yang mahir buat kuih apam ni macam tak ikhlas jer nak berkongsi resipi  dan sukatan pulak tidak diberi secara detail...... ok lah..jom semak resipinya..


APAM BERAS TRADISIONAL
Sumber:duniacikguwan
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Sebelum membuat Apam Beras ni kita perlu sediakan tapai nasi dulu...mengikut cikwan kalau takde tapai nasi ,tapai pulut juga boleh digunakan.Saya buat tapai nasi sendiri ...mengikut resipi sepertimana yang dinyatakan oleh beliau.

Bahan2:
(Untuk 1 cawan tapai)
Lebih kurang 2 cawan nasi sejuk
1/4 biji ragi
Sedikit gula-saya letak 1 sdt

Cara2:
1.Nasi sejuk diramas lembut untuk meleraikan biji nasi.
2.Ratakan nasi didalam bekas yang leper.Saya guna dulang.
3.Panaskan ragi-saya letak ragi di atas periuk nasi yang sedang dimasak.Letak tepi dapur pun boleh.Hancurkan ragi.
4.Masukkan ragi  ke dalam penapis teh dan goyangkan di atas nasi tadi sekadar satu lapisan nipis serbuk ragi ke atas nasi.
5.Taburkan gula sekadar satu lapisan gula yang nipis di atas nasi.
6.Kaup balikkan nasi.
7.Ulang proses5 dan 6.
8.Gaul rata nasi tadi dan masukkan dalam tupperware.Tutup kemas dan simpan ditempat kering.
9.Boleh digunakan selepas 2 hari.

Bahan untuk apam:


 3 cawan tepung beras

 1 cawan gula

 1 cawan tapai nasi

 2 cawan air


Bahan lain:
1 sudu serbuk eno-saya letak 1 sdt (pastikan guna eno yang kaler biru )
Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam (kukus sebentar supaya tahan lama)


Cara membuatnya:


 Mesin semua bahan menggunakan blender hingga lumat kecuali eno.

 Perap selama 8 jam.Saya bancuh pukul 9 malam...jam 7 pagi saya mula mengukus.15 minit sebelum dikukus masukkan eno dan kacau sebati.

 Bahagikan kepada beberapa warna yang digemari.Saya buat 5 kaler termasuk warna asal.
 
 Acuan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan.Saya juga sapu sedikit minyak pada acuan.Balut tudung kukusan dengan tuala dapur.Kukus selama 15 minit menggunakan api besar dan jangan buka tudung sebelum mencapai masa 15 minit.Bila apam dah merekah dan kembang boleh diangkat.

 Hidangkan dengan kelapa parut...

Suka sangat sebab apam ni merekah dengan elok sekali...



Jom Try Buat.

No comments:

Post a Comment