Friday, 20 November 2015

GULAI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP

 Gulai ayam merupakan lauk kegemaran kami sekeluarga.Boleh dikatakan dalam sebulan tu 3/4 kali jugak la saya masak.Sebagai wanita yang bekerja kita kenalah rancang masa untuk memasak...sebab saya jarang sangat beli lauk diluar.Seboleh2nya saya akan cuba jugak masak untuk makan tengah hari.Sebab tu saya suka masak lauk pauk cam gulai ayam ni waktu malam...selalunya selepas solat Maghrib.Pagi tu saya masukkan ke dalam fridge..bila balik sekolah tinggal cuma panaskan saja lauk ni.Bagi saya kalau lauk pauk macam gulai ke,kerutuk ke sesuai dimasak semalaman sebab rempah yang kita tumis tu akan menyerap masuk sampai ke dalam isinya.Tapi ada jugak sesetengah kawan2  cakap tak boleh makan lauk semalaman nanti sakit perut...tapi alhamdulillah... keluarga saya pulak tak de masalah .Kalau gulai ayam ni biasanya  saya padankan dengan ikan goreng kunyit dan sedikit ulam-ulaman serta sambal belacan .Kalau tak habis makan ..simpan kat tempat sejuk beku...bila nak makan tinggal panaskan saja...yang ni lagi sedap sebab kuahnya semakin pekat...memang terangkat la...tambah2 makan dengan nasi panas2...jom lihat resipinya


GULAI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan2:
3/4 ekor ayam-potong ikut suka
2 biji kentang dipotong 4
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 " halia dimayang
1 liter santan sederhana pekat
3 sudu makan serbuk kari ayam-saya guna jenama Babas
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum  bunga lawang
1 keping asam gelugor
Garam ,gula
Serbuk perasa


 Mayang bawang merah,bawang putih n halia.

 Cuci bersih ayam.

 3 sdm rempah kari dibancuh dengan air panas...

  1 liter santan yang sederhana pekat.

Cara menyediakannya:

 Pansakan minyak,tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Kemudian masukkan semua bahan yang telah dimayang dan goreng hingga bawang kekuningan dan sedikit garing.

 Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau hingga sebati.

 Rempah kari ni perlu dimasak lama sedikit supaya betul2 masak (lebih kurang 10 mini)t dan perlu dikacau selalu supaya tidak hangit...inilah rahsia bagaimana nak menyedapkan gulai kita tu.Boleh tambahkan sedikit air (1/2 cawan) jika agak kering.

 Kemudian masukkan ayam dan gaul hingga rempah tadi menyaluti keseluruhan bahagian ayam.

 Masukkan ubi kentang dan gaul rata.

 Barulah dimasukkan santan.Kacau seketika dan masukkan asam gelugor,garam, gula dan serbuk perasa.Biarkan mendidih dan masaklah  lagi selama 10 minit.

 Bila gulai dah pecah minyak ...sesuaikan rasanya, dan tutup api.

 Sesuai dimakan dengan nasi ataupun dicicah dengan roti...




Jom Try Buat...

No comments:

Post a Comment