Thursday, 10 December 2015

NASI BUKHARI ENAK BERPERISA


Alhamdulillah...akhirnya tertunai juga hasrat ingin menikmati Nasi Bukhari hasil air tangan sendiri ....agak lama juga tak pekena nasi bukhari ni ....alkisahnya rempah nasi bukhari ni lama dah saya beli....sebelum masuk bulan Ramadan yang lalu....ingatkan posa2 tu bolehlah berbuka dengan nasi bukhari ni...tapi sampai ke sudah tak terbuatnya...nasib baik lambat lagi expired rempah tu...kalau tak membazir jer....so bersesuaian dengan cuti sekolah yang panjang ni...bolehlah saya enjoy kat dapur ni...kebetulan anak perempuan saya  tengah posa ganti...bolehlah saya masak nasi ni untuknya berbuka nanti....tapi saya masak untuk makan tengah hari tinggal panaskan saja untuknya berbuka nanti...resipinya saya ambil dalam blog UmmiZaihadi Home Sweet Home...memang betullah Kak Ummi cakap nasi ni enak lemak berperisa dengan rempah bukhari yang enak...ala2 nasi Arab pun ada... saya juga masak Ayam Panggang Halia yang sangat sedap macam Kak Ummi buat juga...resipi akan menyusul selepas ini.....my hubby makan sampai bertambah2...sedap sangat katanya...  menurut Kak Ummi juga  cara nak masak nasi bukhari ni lebih kurang sama jer dengan nasi beriyani,nasi mandhi ... cuma bezanya rempah tu je....sekali sekala pekena nasi berempah ni layann jugak....kalau hari2 naik muak wehhh....jom semak resipi kat bawah ni...


NASI BUKHARI
Sumber:Ummi@Home Sweet Home
Olahan rasa:MamaMia Kitchen

Bahan (untuk 8-10 orang)

31/2 cawan beras basmathi -saya guna beras Siam
Rempah 4 sekawan (2 in kayu manis,2 kuntum bunga lawang,3 kuntum bunga cengkih,3 biji buah pelaga)
4 cawan air-saya letak 41/2 cawan
3/4 cawan susu sejat-saya bancuh susu tepung
1 paket rempah bukhari Faiza atau jenama lain-saya letak 2 sdm je
3 biji cili hijau dibelah
1 batang pokok ketumbar
2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satu
sedikit gula-optional
garam secukup rasa
2 sdb minyak sapi
4 sdb minyak jagung/minyak sayur
Bawang goreng untuk tabur
Hirisan daun bawang untuk tabur
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul-saya tambah

Bahan kisar;

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia



Cara memasak:

1.Basuh beras dan rendamkan 10-15 minit.Kemudian toskan.Saya tak rendam sebab guna beras Siam.
2.Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis rempah 4 sekawan,daun pandan dan bahan kisar  hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan hingga rempah masak dan naik minyak.
4.Masukkan air dan bila mendidih masukkan susu sejat,garam dan gula secukup rasa.
5.Bila mendidih sikit,terus masukkan beras dan kacau sebentar.Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
6.Bila nasi hampir kering masukkan cili hijau,daun ketumbar dan buah tomato.Bila nasi masak balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali.Biarkan nasi masak elok.
7.Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.


Inilah kombinasi lauk yang saya sediakan untuk dinikmati bersama Nasi Bukhari..

Sambal belacan yang wajib ada...

Rempah Faiza ni saya beli pek yang besar.220gm...boleh buat berkali2 lepas nih..

Saya masak guna rice cooker 1.8 liter...ngam untuk sukatan 31/2 cawan

Ayam Panggang Halia yang sangat sedap hingga menjilat jari...

Dalca simple..saya gunakan kepak,tengkuk dan kaki ayam yang dipotong kecik campur sedikit sayuran sebagai kuah.
Acar timun 

Pajeri nenas stail kelate....




Jom Try Buat...

No comments:

Post a Comment