Wednesday, 2 December 2015

PISANG KEJU

 First time makan Pisang Keju ni masa pegi ke rumah abang ipar yang tinggal kat Subang.Tiap kali kami pergi KL memang akan bermalam kat situlah...abang ipar n biras saya ni pulak jenis orang yang baik hati dan suka melayan...selalu mereka akan bawa kami  pegi makan ke tempat2 yang special kat KL tu....so masa gi KL tahun 2014 mereka telah membawa kami sekeluarga ke sebuah restoran masakan Sunda....iaitu Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Taman Putra Kajang berhampiran Seksyen 7 Bangi.Restoran ini terkenal dengan tag line "Rajanya Sambal"...memang kena sangatlah sebab pelbagai jenis sambal yang disediakan kepada pelanggan secara percuma.Kat situ ada pelbagai jenis sambal... cam sambal belacan,sambal mangga dan bermacam jenis sambal yang saya sendiri tak pernah jumpa....Selain itu pelanggan juga bebas memilih ulam-ulaman yang dicelur juga boleh diambil secara percuma...semasa mengorder makanan tu sengaja biras saya memilih Pisang Keju yang baginya sangat unik....disamping tu dia suruh saya perhatikan pisang tu...camna nak buat sebab dia tahu saya memang suka masak.Bila saya amati Pisang Keju ni ...sebenarnya ia dibalut dengan roti yang di roll nipis,disalut serbuk roti...digoreng garing dan dihiasi dengan parutan keju serta drizzled dengan sos strawberry n  sos coklat.Hurmnnn dah dapat resipinya maka harus dicobanya....bila saya buat kat rumah memang rasanya hampir 95% menyamai apa yang kami nikmati semasa kat restoran tu... bila buat sendiri kat umah kita boleh letak banyak mana keju yang kita suka.....begitu juga sos strawberry n sos coklat.....saya buat 10 biji ....sekejap jer licin dibantai oleh budak2 ni... diaorang siap cakap... esok buat lagi.....ngehngehngeh.....jom semak resipinya....



  PISANG KEJU
  Oleh:MamaMia Kitchen




Bahan-bahan:

1 bungkus roti Gardenia
1 sikat Pisang Berangan -pilih buah yg kecil skit
1 biji telur dipukul ringan
Keju Cheddar secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Sos strawberry-saya guna strawberry concentrate
Coklat masakan dicairkan secara double boiler




 Dua bahan ni wajib ada erkkk...


Cara membuatnya:

 Buang bahagian tepi roti dan gelek hingga menjadi nipis.

 Ambil sebiji pisang dan letakkan secara menyerong ke atas roti tadi...
 Gulung pisang tadi dengan kemas dan letakkan sedikit telur dihujung roti untuk melekatkannya.
 Celupkan roti tadi kedalam bancuhan telur hingga menyaluti keseluruhan roti.
 Golekkan roti tadi ke dalam serbuk roti..
 Buat sehingga selesai sebelum digoreng garing hingga warna keemasan..
 Selesai menggoreng...potong pisang kepada beberapa bahagian..hias dengan grated cheddar cheese dan drizzled dengan sos coklat dan sos strawberry... ya  ampunnn enak banget sih...

 Yang ni lak.. versi letak banyak parutan keju,sos coklat dan sos strawberry kesukaan anak perempuan saya..

 Strawberry concentrate yang saya gunakan..beli masa pegi bercuti kat CH sebelum ni...
Saya gunakan keju Cheddar jenama Bega...


Jom Try Buat....

No comments:

Post a Comment