Tuesday, 5 January 2016

BUBUR NASI,KANGKUNG GORENG BELACAN DAN SAMBAL TUMBUK/TOTOK

Hidangan tengahari kami sekeluarga Bubur Nasi,Kangkung Goreng Belacan dan Sambal Totok pembuka tirai  tahun baru 2016...semuanya gara-gara si bongsu saya ..Damia merengek minta dibuatkan bubur nasi a.k.a nasi air .Sebelum ni hubby  telah  membawa kami menikmati nasi air di Wakaf Che Yeh yang boleh dikatakan ok jugaklah pada tekak kami sekeluarga.... lepas tu bila balik ke TM beli pulak nasi air ni.... kira cam ketagih nasi air la pulak.....selang dua tiga hari dia dok minta saya buatkan nasi air lagi...walaupun saya dah tahu resipi nasi air ni  serta pernah terbuat nasi air yang tak sengaja lihat SINI..tapi kali ni saya  nak buat kelainan skit...makan bersama kangkung goreng belacan dan sambal totok....kerana saya telah berkenan dengan resipi bubur nasi dalam blog yatie memories...cuma saya tambahkan kuah sup ayam serta isi ayam yang dicarik2 kecil...dan ternyata sangat ummph....sampaikan meriah sungguh  anak2 saya dan hubby  di meja makan dok mengulas nasi air yang sedap dan ternyata ada kelainannya...terutamanya sambal totok yang sangat sesuai dimakan bersama bubur nasi ni...bukan nak puji diri sendiri tapi bubur nasi yang saya buat kali ini jauh lebih sedap daripada yang kami nikmati sebelum ni....terima kasih daun keladi pada yatie memories atas kesudian beliau berkongsi resipi yang ternyata.... pasni akan dibuat lagi dan lagi....



Sumber:yatie memories
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan untuk Bubur Nasi

2 cawan beras
10 cawan air-boleh tambah lagi kalau terlalu pekat-saya guna 14 cawan sebab guna beras Siam
Sedikit garam
1 ketul kiub ayam Knorr-saya skip
2 biji kentang dipotong dadu-saya tak letak

Cara-cara:
1.Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air,sedikit garam dan kentang yang didadu.
2.Setelah hampir kering airnya,masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata.Masak sehingga menjadi bubur.Kalau kurang lembut,boleh tambah air lagi.
3.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sambal totok dan kangkung goreng...serta aksesori yang lain...saya tambah isi ayam yang direbus dan dicarik halus,telur dan telur masin.



Kangkung Goreng Belacan

2 ikat kangkung
segenggam ikan bilis*-buangkan kotoran
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
1 tangkai cili merah *
8 biji cili padi merah/hijau*-saya skip
Garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara2:
1.Potong sayur kangkung ikut suka,cuci bersih dan toskan.Ketepikan dulu.
2.Tumbuk bahan2 yang bertanda * sehingga lumat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.Masukkan kangkung dan gaul rata,masukkan garam,gula,serbuk perasa dan gaul lagi.
5.Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dalam 3 minit.Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
6.Bila dah masak tutup api dan hidangkan.


 Sambal Tumbuk/Sambal Totok

3 tangkai cili merah-saya guna 4 biji
10 biji cili padi merah-saya skip
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis-dibersihkan kotoran,cuci can toskan
secubit garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah

Cara menyediakannya:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat dan toskan.
2.Goreng pula bawang putih,angkat dan toskan.
3.Goreng pula lada dan cili merah.Tutup kuali dgn tudung periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak meletup.Goreng dalam 3 minit jer.Angkat dan toskan.
4.Tumbuk cili merah,cili padi,bawang putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur.Masukkan secubit garam dan gula.
5.Masukkan pila ikan bilis yang selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
6.Setelah siap,gaul rata dan letakkan dalam mangkuk.Sedia untuk dihidangkan bersama bubur nasi.
.






 Sup Ayam Simple

Rebus 2 ketul dada ayam bersama kaki dan tengkuk ayam serta 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih yang diketuk,1 ketul kiub pati ayam maggi,sup bunjut,1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga dan 1 batang kayu manis.Bila mendidih angkat isi ayam dan carikkan kecil2.
Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam sup yang sedang mendidih...tambahkan garam dan gula...biarkan mendidih sebentar dan tutup api.Taburkan daun sup dan bawang goreng .


Jom Try Buat..

No comments:

Post a Comment