Monday, 1 February 2016

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Akhirnya kali ni baru berpeluang membuat kek idaman saya.Kali pertama melihat kek ni dalam blog Azlita Masam Manis hati bagai tak sabar nak mencuba resipi ini.Rupanya yang akan memikat sesiapa sahaja yang kali pertama melihatnya...Sebenarnya pada Disember tahun lepas,adik ipar saya minta saya buatkan kek ini untuk sambutan hari jadi anak sulungnya.... dan saya dah berjanji untuk membuatnya...tapi perancangan Allah itu mengatasi perancangan kita insan yang kerdil ini...emak saya dimasukkan ke hospital akibat penyakit diabetesnya...lapan hari jugak la saya terpaksa berulang-alik ke HPRZ11....akhirnya terpaksa kansel permintaan adik ipar tu....ak
minggu lepas baru saya mempunyai masa untuk membaking kek nih...bila pergi ke bakeri tuk cari bahan2 nak buat kek ni kopak gak le poket....bahan untuk buat kek dan biskut naik mencanak weiii....tapi sebab dah nekad teruskan jugaklah sebab nak tahu camnalah rasa Devil's Food Chocolate Cake nih....walaupun proses pembuatannya agak leceh skit namun berbaloi sebab rasanya yang sangat sedap...hampir menyamai kek Secret Recipe hehehehe....kepada penggemar kes Cheese n Coklat jom lihat resipinya...




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber:Azlita Masam Manis
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Kek Coklat

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sk vanila ekstrak-saya guna esen vanila
1/2 cawan buttermilk-buat sendiri guna 1/2 cawan susu segar ditambah dengan 1 sk cuka dan rehatkan selama 10 minit.
1 cawan air suam
*sila gandakan resipi ni jika mahukan kek yang besar

Panaskan oven pada suhu 170C.
Sediakan loyang ukuran 9 inci.
Alas dengan kertas minyak dan sapu butter disekelilingnya.
Ayak tepung,serbuk koko.soda bikarbonat,garam dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang,tambah telur.Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering (tepung,serbuk koko) bergantian denga bahan2 cecair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili ekstrak.
Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

rasanya ala-ala kek kat Secret Recipe
Bahan2 yang wajib ada baru leh buat kek nih..
Pukul mentega dan gula sampai  ringan dan mengembang

Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan bahan kering berselang seli dengan  bahan cecair

Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit @ hingga masak
Jangan konpius yer....pelapik jer Secret Recipe...saya guna cake ring adjustable bila nak letak cream cheese frosting dan coklat ganache...senang keje



Cream Cheese Frosting

125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak-saya guna esen vanila
1 sk jus daripada lemon
1 sk paste lemon-saya tak letak

Pukul cream cheese dan mentega sampai creamy aje,tambahkan gula aising dan jus lemon.
Saya gandakan juga bahan2 tuk CC frosting nih..

Satukan mentega dan cream cheese
Pukul hingga creamy.
Sapukan cc frosting ke atas kek hingga rata.Simpan skit tuk hiasan nanti..
Simpan dalam fridge selama 20-30 minit hingga ccf mengeras

Coklat Ganache
100 ml double cream/whipping cream
250 gm coklat gelap di cincang halus
sedikit garam
1 sb golden syrup-tak letak
1 sdt paste vanila-tak letak

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat dan sedikit garam,kacau rata.Bila semua sudah cair,angkat dan sejukkan.


Double boil cream tapi jgn sampai mendidih.Tambah coklat dan sedikit garam,kacau rata.Sejukkan
Tuang ganache ke atas lapisan cc.Ratakan.
Simpan semula ke dalam fridge sehingga ganache mengeras.Saya simpan semalaman...baru elok

Melapis Kek
Tunggu kek benar2 sejuk.Tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream mengeras dlm 20-30 minit.
Tuangkan ganache coklat atasnya.Hiaskan mengikut kreativiti.Simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.Celupkan mata pisau dlm air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.Lap mata pisau dan potong.






Cream cheese yang lebih untuk hiasan saya paipkan ke atas permukaan kek..


Jom Try Buat...

No comments:

Post a Comment