Monday, 8 February 2016

PUDING ROTI NUR QASEH YANG SEDAP

Memandangkan roti yang hampir expired masih banyak lagi bersisa kat dapur ni..maka saya terfikir untuk membuat puding roti.Bebudak ni kalau dah jadi puding baru berebut-rebut nak makan.Tambahan pula telah lama saya menyimpan resipi Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap dari blogger terkenal iaitu Azie Kitchen....cara membuatnya pun simple sangat serta bahan2 nya juga memang sentiasa ada didapur kita...puding roti ni memang sedap dimakan begitu sahaja dah tak perlu disediakan sos kastard menurut kata Azie.Memang seperti yang dikata rasanya memang sedap...manisnya sedang elok jer...cuma untuk satu adunan ni bagi keluarga saya yang agak ramai jugak (6 orang) memang tidak cukup...lepas ni kena gandakan resipinya baru ler tak kempunan sangat....jom semak resipinya....

Sumber:Azie Kitchen
Olahan:MamaMia Kitchen


 Bahan-bahan:
6 keping roti Gardenia dipotong kiub-saya letak 7 keping
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster-saya letak gula pasir
1 sdb mentega
1/4 sk garam
2-3 biji telur dipukul ringan-saya letak 2 biji
1 sk esen vanila
Sedikit serbuk kayu manis-tak letak
Sedikit kismis
Sedikit ceri merah dan hijau-saya tambah

Cara membuatnya:
1.Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih,bolehlah diangkat.Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
2.Masukkan mentega,garam dan gula.Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
3.Akhir sekali masukan telur dan esen vanila.Kacau rata.Jika suka masukkan sedikit kismis.
Tuang ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah disapu dengan sedikit mentega.Masukkan loyang kedalam  bekas besar yang diisi air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam.


 Roti dipotong kiub
 2 biji telur dipukul ringan
 Masukkan roti,mentega,garam dan gula ke dalam susu yang telah dipanaskan seketika
 Bila adunan agak sejuk baru masukkan telur
 Taburkan kismis
 Masukkan ke dalam loyang dan taburkan sekali lagi kismis dan ceri
 Bakar pada suhu 180C secara steam bath
taraa...dah masak
sedia untukdihidangkan..



Jom Try Buat..

No comments:

Post a Comment