Pertama kali mencubanya sangat mengujakan kerana hasilnya sangat memuaskan...bahagian atasnya tidak lembik...selalu kalau buat kuih serimuka bahagian ni la saya selalu gagal...alhamdulillah tuan punya resipi ni tidak lokek untuk kongsikan resipi yang tepat dan menjadi ore kato...rasanya mmg sedap...my hubby n anak2 duk puji...cam kat kedai kata mereka...yuhuuuu sukanya hati mama bila masakan kita mendapat tempat di hati keluarga.... cumannya saya tidak berpuas hati apabila warna bahangian atas tu slow sgt kalernya...lenkali kena letak pewarna coklat skit nak kasi lagi cantik erk...gula melaka sekarang ni bukan ori cam dulu punya...yang sekarang ni mereka campur dgn gula pasir nak untung banyak n seje kijo ...apapun meh saya kongsikan resipinya bagi sesiapa yang berminat untuk membuatnya..
PULUT SEKAYA a.k.a TOK AJI SERBAN
Sumber:Fb Tuan Adriana Arissa
Olahan semula:Mamamia
Bahan lapisan bawah:
300 gm beras pulut direndam 2 jam-saya letak 400gm kes nak habiskan stok beras pulut
1 1/2 cawan santan cair-anggaran pulut tu tenggelam skit bila campur santan.
1 sk garam
Sedikit tepung gandum untuk tabur atas pulut
Bahan2 lapisan atas:
5 bj telur gred A
1 cawan santan
1 sdb tpg gandum
2 ketul nise @gula melaka saiz sederhana
2 sdb gula
1/2 sk garam
2 helai daun pandan
Sedikit esen vanila utk hilang bau hanyir telur-saya lupa letak aritu..tapi tk terasa hnyir
Cara membuatnya:
Kukus pulut bersama semua bahan selama 20 minit.Dah masak tekan pulut dan padatkan.Klu guna loyang sama alas loyang dgn plastik utk memudahkan keluarkan pulut nanti.
Dalam periuk lain,masak nise,gula bersama sedikit air (anggaran 1/2 cawan) bersama daun pandan hingga semua cair.Tutup api,sejukkan dan tapis.
Kacau telur,masukkan santan dan nise tadi.Taburkan sedikit tepung ke atas pulut utk melekatkan bhg atas dan bhg bawah dan tidak terpisah bila masak nanti.
Tuang bhg atas perlahan2 dan kukus selama 25 minit.Balut tudung kukusan supaya air tidak menitik.
Tips:
Pulut Sekaya ni perlu betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hasil yang terbaik.Saya buat malam..pagi baru potong..mmg puas hati...potong guna pisau plastik supaya potongan nampak kemas.
Tekan beras pulut supaya padat
alas loyang dengan plastik n masukkan santan.saya letak sehelai daun pandan nak kasi wangi
tekan pulut supaya padat
tuang bhan2 lapisan atas ke atas pulut yang telah dipadatkan
taraaaa...sedapnyaa
Jom Try Buat...