Pokok mangga di belakang rumah saya mula mengeluarkan buah untuk kali keduanya.Sewaktu kali pertama mengeluarkan hasil, buahnya begitu lebat sekali, saya buat jeruk sampai tak cukup ruang peti ais untuk menyimpannya...kali ni buahnya tidak begitu lebat seperti tahun sudah...saya suka buat jeruk kerana boleh simpan lama...kalau dibiarkan rasanya tak habis nak makan mentah dan gugur camtu jerr.... so bila saya buat jeruk ni bolehlah dibahagi-bahagikan kepada adik beradik dan bawak ke tempat kerja...boleh kengkawan rasa.....saya buat jeruk ni tak ada sukatan yang khusus main agak-agak jerr.. resipi di bawah ni adalah anggaran sahaja.....so kalau anda nak mencubanya pandai-pandailah yerr....
JERUK MANGGA aka JERUK PAUH
SUMBER:Mamamiasanasini.blogspot
Bahan-bahan:(Anggaran)
Buah mangga-5 kg
Garam kasar-1 kg
Gula pasir-3 kg
Kapur makan-2 sdm
Cara-cara:
1.Buah mangga dibelah dua,buang bijinya dan potong memanjang.
2.Bancuh kapur makan bersama air secukupnya,tapis dan rendam mangga (hingga menenggelami buah mangga selama 1 jam).Toskan.Tujuannya supaya mangga akan menjadi rangup.
3.Bancuh garam kasar bersama air secukupnya menggunakan senduk.Bila garam sudah hancur masukkan buah mangga hingga menenggelaminya.Rendam di dalam bekas tertutup selama semalaman atau sehingga berubah warnanya.
rasakan masinnya...kalau tak masin tambahkan larutan air garam lagi...jika tidak buah mangga lambat untuk berubah warnanya... |
selepasdirendam semalaman ataupun dua malam kulit mangga akan berubah warnanya sekiranya dimasukkan garam secukupnya... |
5.Jika suka pedas boleh patahkan beberapa batang cili padi dan masukkan bersama larutan air gula...
taraaa...siap ... |
Jom Try Buat.....
No comments:
Post a Comment