Saturday, 30 May 2015

IKAN PERCIK KUAH MERAH


Ikan percik merupakan salah satu masakan Kelantan yang sangat popular.Kalau bulan puasa memang banyak sangat gerai yang menjual ikan percik nih.Tapi nak jumpa yang serasi dengan selera saya... tersangatlah payahnya.Tu la sebab saya lebih suka menyediakannya sendiri....memang puas hati menikmatinya.Ikan percik ni ada dua jenis...satu kuah putih dan satu lagi kuah merah.....saya lebih suka yang kuah merah sebab nampak menarik jerr....tapi rasa kedua-dua percik ni tak de la beza sangat.....beza antara kuah putih dan kuah  merah adalah kuah putih tidak dimasukkan cili kering manakala kuah merah dimasukkan cili kering tu jerr....Ikan percik ni memang ngam sangat kalau dimakan bersama dengan Nasi  Kerabu...dengan nasi putih pun ngammm jugakkk...ermmm tak lama lagi..tak sampai sebulan pun, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan...so bagi sesiapa yang dok di perantauan tertiba teringin nak makan ikan percik ni saya boleh bagi satu cadangan...sehari dua sebelum masuk bulan Ramadan ni anda sudah boleh sediakan kuahnya...buat banyak2, agak2 cukup untuk sebulan...lepas tu pek kan dalam plastik kecil untuk sekali makan.Contohnya 3 ekor untuk sekali hidangan, maka boleh lah buat seberapa banyak yang anda suka...lepas tu simpan kat tempat sejuk beku.... bila nak buat ikan percik cuma panaskan semula kuahnya......tahan sampai 3 bulan uolls...saya selalu buat macam ni kalau tibanya bulan Ramadan....sebab apa...pertamanya kuah percik ni kita dah rasa manis,masinnya...so tak de lah terlajak masinnn atau manisss....keduanya sungguh menyenangkan...bagi mereka yang bekerja cam saya ni...balik sekolah boleh singgah beli ikan yang segar....lepas tu lumur garam kunyit....dalam 2 jam nak berbuka boleh mula membakar ikan ni... senang kan....Ok resipi ikan percik ni adalah resipi turun temurun keluarga saya...kekadang tu walaupun satu negeri tapi ada beberapa perbezaan dalam resipinya....apapun resipi ikan percik ni bagi saya memang terbaekkk....jom semak resipi kat bawah ni...


IKAN PERCIK KUAH MERAH
Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

3 ekor ikan Selar/Kembung-dikelar2 dan dilumur garam kunyit
8 biji cili kering*
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 sdm bawang goreng*-saya guna yang readymade
1 batang serai*
1 cawan santan 
1 sdm tepung beras-untuk memekatkan kuah
1 keping asam gelugor
Garam,gula,serbuk perasa secukupnya
3 batang lidi
 bahan yang bertanda * dikisar lumat


Cara-cara:

1.Ikan dilumur dengan garam kunyit dan dicucuk dengan lidi sebelum dibakar supaya ikan tidak patah semasa proses membakar nanti.

2.Masukkan santan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.Masak lagi hingga mendidih untuk kali kedua.

3.Masukkan asam gelugor,garam,gula,serbuk perasa dan tepung beras yang dibancuh bersama sedikit air.Kacau hingga agak pekat.Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.

4.Lumur kuah percik ini pada ikan yang telah dibakar berulang kali supaya kuahnya menyaluti ikan.Tinggalkan sedikit kuah percik untuk disiramkan ke atas ikan semasa menghidang.


lumur ikan dengan garam kunyit...saya syorkan guna kunyit hidup lagi sedap ....

saya bakar atas dapur gas jer...tak kuasa nak guna dapur arang kikiki....

salut berulang kali kuah percik ni  pada ikan..dan balik2kan supaya kedua belah ikan disaluti kuah

siap....nak makan ngan nasi putih boleh...makan dengan nasi kerabu ponnn boleh..




Nota:
Semasa menghidang bolehlah dibuang lidinya .
Bakar guna dapur arang lagi sedap...


Jom Try Buat...

No comments: