Monday, 4 May 2015

KERABU BUAH KETEREH aka BUAH GAJUS


Cuti Hari Pekerja tahun nih jatuh pada hari Jumaat....so bagi negeri yang  hari kelepasan am nya hari Jumaat memang tak berpeluang untuk cuti panjang cam negeri di pantai barat le...sib baik Hari Wesak jatuh pada hari Ahad ...dapat rasalah cuti panjang skitt...saya dan hubby dah bincang tak mahu pergi bercuti sebab lagi dua minggu sekolah hubby akan mengadakan Family Day di Besut..kira  nak bercuti time tu la..kebetulan adik saya yang bekerja di Putrajaya balik kampung...kiranya masa nilah nak bertemu mata... kalau tak tunggu raya Aidilfitri ni pulak baru jumpanya..so  petang Khamis lagi dah pulang ke kampung...sib baik saya dan hubby tinggal satu daerah (Kota Bharu) jadi tak perlulah terkejar-kejar nak bahagikan masa nak buat giliran kan...jarak umah MIL (Wakaf Che Yeh) dengan umah mak saya (Kota Jembal) dekat jerr...kalau jalan tak jammed 15 minit dah sampai....ketika berada di umah mak saya terpandang buah Ketereh (orang Kelantan panggil nama nih )..lebat berbuah di halaman rumah...buahnya banyak yang dah masak... tetiba jerr teringat zaman kanak-kanak dulu,saya dan kengkawan akan jalan di sekeliling kampung untuk mengutip buah ketereh yang gugur...kami akan kumpul bijinya, bila dah banyak kami akan bakar dan makan isinya yang lemak2 gitu...habis muka comot kerana kami bakar gunakan kayu api.... .terasa nikmatnya dapat makan beramai-ramai.. oohh...... indahnya zaman kanak-kanak......tapi sekarang nih..nak lihat pokok ketereh  di kampung saya pun dah susah... sekarang nih senang jerr,kalau nak makan biji ketereh beli saja yang dah siap di panggang  samada di Pekan Rantau Panjang ataupun di Pengkalan Kubur........menurut emak buah ketereh ni merupakan salah satu petua untuk menurunkan kadar gula dalam darah  bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis...syaratnya buah yang masak dimakan mentah  camtu aje...ataupun dicicah dengan garam...wallahhualam........manakala mengikut satu artikel yang saya baca, buah nenas pulak mengandungi enzim bromelain yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan.Bromelain membantu melancarkan sistem penghadaman,menguraikan protein dan dikatakan boleh menyerap lemak sehingga 100 kali ganda daripada apa yang dimakan.... so bagi mereka yang sedang dalam proses nak menurunkan berat badan cam saya ni....hihihi elok sangatlah amalkannya.........sebelum pulang ke TM emak sempat bekalkan saya beberapa biji buah ketereh beserta dengan buah petola  yang ditanam oleh ayah....alhamdulillah.Setibanya di rumah saya dok terpikir nak masak apa ngan buah ketereh ni  kalau dibiarkan nanti busuk pula....akhirnya saya singgah di blog duniacikguwan  berkenanlah pulak dengan kerabu buah ketereh nih...... sebenarnya seumur hidup saya  memang tak pernah makan kerabu  ni...hehehe bunyi cam jakun jerr...bila tengok gambar nampak cam sedap jerr.. memang kecur liurlah...tambahan pulak saya ni suka sangat kalau bab makan benda2 yang masam gini......kalau kat sekolah sayalah tukang buat "colek",,,,kawan2 selalu usik kalau saya yang buat "colek" mesti kaww...kikiki...ayat bodek la tuuuuu...sampaikan baru-baru ni, ada pelajar yang bagi saya buah mangga epal kerana tahu cikgunya suka makan asam...ermmm terharunya.........oklah panjang benooo celoteh saya kali ni...jom semak resipinya....terima kasih pada cikgu wan atas perkongsian resipi yang best nih dan cara buatnya pun sangat simple .....bila dah siap hampir satu mangkuk gaklah saya ratah gitu jerr....memang sedap sungguh....


KERABU BUAH KETEREH aka BUAH GAJUS

Sumber:duniacikguwan
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

4 biji buah ketereh/gajus-saya guna 6 biji=dihiris nipis dan perahkan sedikit buang air pahitnya
1/2 biji buah nenas-hiris nipis 
2 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
4 biji cili padi- di potong kecil (kalau suka pedas boleh tambah)
1 biji cili merah-hiris nipis (saya tambah)
Sedikit belacan- lenyek2kan dalam lesung (saya tambah)
Garam,gula secukup rasa


Cara-cara:

1.Sediakan hirisan buah ketereh dan nenas dahulu.Masukkan ke dalam mangkuk besar.
2.Tumbuk bawang merah dengan lada hitam hingga lumat.
3.Masukkan kedalam hirisan buah tadi.
4.Masukkan gula ,garam,belacan dan cili padi yang dihiris halus.
5.Gaul mesra.Rasakan masam,masin dan manisnya biar seimbang.Siap.



bahan-bahan yang perlu disediakan..

buah ketereh yang telah dihiris nipis dan diperah airnya..

ermmmm....dap dapnyerr...

enak diratah cam tu jerrr....sesuai juga untuk mereka yang  tengah berdiet


Jom Try Buat....

No comments:

Post a Comment