Sarapan pagi yang paling mendapat sambutan dari anak-anak semestinya nasi goreng.Mereka akan makan berkali-kali sehingga habisss...kiranya memang tak pernah tak habisss...so kali ni saya cuba buat kelainan dengan masak Nasi Goreng Thai pulak....seperti biasa memang terlajak larissss....resipi ini hasil BW saya ke blog yatiememories....bila saya perhatikan bahan-bahannya terasa cam best jerr...dan sememangnya sedappp sungguh...kelainan nasi goreng ni ialah diletakkan pes tomyam,daun limau purut,serai dan lengkuas...tu pasal la kot diberi nama Nasi Goreng Thai..sebab semua bahan-bahan ni sinonim dengan masakan Thai kan...ok jom semak resipinya...sebelum tu terima kasih kepada kak yatie atas perkongsian resipi yang sedap ni...
NASI GORENG THAI
Sumber:yatiememories
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot
Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 biji telur
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 sk pes tomyam/1 kiub pati ayam
1/4 cawan sayur campur-saya tak letak
Karot dan kacang panjang-dihiris halus
2 sdb cili kisar
8 biji cili padi di tumbuk-saya potong kecil
2 helai daun limau purut-hiris nipis...saya siat2 kan saja
4 ulas bawang putih diketuk-saya tambah
2 sdb kicap manis
1 batang serai-hiris halus
1 sdk lengkuas-hiris halus -saya tak letak
10 ekor udang basah-terpulang nak letak berapa pun
Hirisan ayam
Garam,gula,
Serbuk perasa-saya tambah
Cara-cara:
1.Panaskan minyak.Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2.Masukkan bawang,serai,lengkuas,cili padi dan cili kisar.Goreng hingga naik bau.
3.Masukkan ayam dan kacau.Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4.Masukkan sayuran,daun limau purut dan kacau rata.
5.Masukkan nasi,kicap,garam ,gula,serbuk perasa dan kacau rata.
6.Kacau hingga nasi berasap dan bau harum.Tutup api.
enak dimakan bersama keropok ikan |
ermm yummy... |
Nota:
Selepas selesai buat telur hancur...saya tumiskan bawang putih yang diketuk,masukkan bwang besar dan cili kisar...kemudian masukkan pes tomyam diikuti ayam dan udang...bila ayam dah masak baru saya masukkan bahan-bahan lain...terpulanglah pada anda nak ikut cara mana yang lebih selesa..
JomTry Buat....
No comments:
Post a Comment