Friday, 5 June 2015

PIZZA SIMPLE




Pada mulanya niat saya ke kedai bakeri untuk membeli tepung roti bagi membuat pizza.Tiba-tiba terpandang pulak base pizza yang ready made...so saya terus berubah fikiran...tak jadilah nak menguli base pizza sendiri....beli lagi senang satu paket tu ada 5 keping reganya RM12.50 kira ok la...hehehehe....akhirnya terhasillah pizza simple ni....senang keje...balik rumah tinggal buat toping jer.....pizza ni saya masak petang hari tuk dijadikan dinner nanti....tak perlu susah2 nak masak nasi lagi...senang kerja erkkk...toping ni saya masak ikut gerak hati jer....tak de rujuk mana2 sumber...cuma berdasarkan pemerhatian saya semasa menikmati pizza kat PH... petang tu saya buat 3 biji pizza...malamnya dan licin sebab basenya lembut gak cam yang saya penah buat sebelum nih....bebudak ni kalau dapat makan pizza memang.....makan sampai tak hengat dunia.....huhuhuhu...kalau kat PH ni  kira kopak gak le poket nak membayarnya....buat sendiri ni lagi jimat weiii.....jom layan resipi kat bawah ni...


PIZZA SIMPLE
Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
3 keping base pizza ready made
2 keping daging ayam kisar (400 gm)
10 batang sosej ayam- potong nipis
1 tin cendawan butang-hiris
Beberapa keping nenas dalam tin -potong memanjang
Lada benggala  -potong memanjang
1 labu bawang besar-potong dadu
1 sdb Oregano flakes
Garam,gula secukup rasa
Sos cili dan tomato secukupnya
Keju mozarella


Cara-cara;
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar hingga layu.
2.Masukkan daging ayam kisar dan kacau seketika hingga ayam betul2 masak.
3.Masukkan sosej, cendawan butang dan lada benggala.Kacau sebentar.
4.Masukkan oregano flakes, nenas,garam dan gula secukupnya.Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup apinya.



base pizza yang ready made



bahan-bahan yang perlu ada nak wat pizza simple nih..

toping yang siap dimasak

 ,letakkan 2 sudu  besar sos tomato dan 2 sdb sos cili...ratakan ngan belakang susu



sapu minyak pada dulang supaya pizza tak melekat

letak topping


akhir sekali taburkan keju mozarella

bakar selama 15- 20 minit pada suhu 220C

hidangkan panas2

jemput tengok ye....tak nak try kerr....


Jom Try buat...

ROTI MANIS


Apabila saya terpandang tepung roti  masih berbaki selepas  membuat Roti Sarang Lebah,,,hati saya teringin pulak  membuat Roti Manis yang saya copy dalam blog Secuit Rasa Umiejazz...sudah lama saya simpan resipi ni cuma tengah hari semalam baru dapat merealisasikannya....hasilnya memang puas hati sebab begitu gebu dan lembut sangat...kebetulan ketika roti hampir masak...hubby baru sampai kat umah kerana ada urusan di luar....harumnya memang memenuhi ruang dapur hinggakan hubby dah tak sabar nak test roti manis air tangan saya ni...bila jer dah kuar oven..lepas snap gambar.... dengan rakusnya...hehehe..terus bantai 2 biji...ermmm mama dah boleh bukak kedai roti nih...katanya...hahahaha...iyelah tu......rasa suka sangat sebab walau pun first time buat roti manis ni ...jadi dengan elok sekali...terima kasih sangat2 pada Umiejazz atas perkongsian resipi ni yang menurutnya diambil dari blog Ct Delima dan Ros jintanmanis....apalagi kepada yang ingin mencuba saya sertakan resipi di bawah ni....


ROTI MANIS
Sumber:SecuitRasa Umiejazz,Ct Delima,Ros jintanmanis
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

300 gm tepung roti-saya guna 420 gm tepung roti sahaja untuk habiskan stok tepung roti
50 gm tepung gandum-tak letak
2 sdb susu tepung-letak 3 sdb
31/2sdb gula +1/2 sk garam-letak 4 sdb gula + 1/2 sk garam
1 biji telur dipukul sedikit
2 sdb mentega-letak 3sb
180 ml air suam @susu suam-letak 200ml air suam
2sk yis-letak 2 1/2  sk
1 sk bread improver-tak letak
1 sk bread softner-tak letak
1 sdb shortening-tak letak
setitik pewarna kuning-tak letak
sedikit gula pasir untuk ditaburkan diatasnya
sedikit air dan marjerin untuk glis-saya lupa nak buat

Cara-cara:
Bread maker:
1.Campurkan air dengan yis biar berbuih sedikit.Ketepikan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam bread maker beserta yis dan air tadi.Set doh.Tunggu hingga siap menguli.
3.Bila doh dah siap diuli keluarkan dari BM dan timbangkan 50 g.
4.Bulat2kan dan letak dalam dulang,spraykan dengan sedikit air serta tutup doh dengan tuala basah.Biarkan doh naik 2 kali ganda.
5.Panaskan oven 180C.Sebelum masukkan doh ke dalam oven spray dengan air sekali lagi.Taburkan sedikit gula diatas permukaan roti dan bakar selama 20 minit sehingga kuning keemasan.
6.Bila roti dah kuning keemasan keluarkan dari oven,spray dengan air dan sapukan marjerin diatasnya.

Cara uli menggunakan tangan:
Ikut step pertama dan uli sehingga doh benar2 elastik.Bila doh dah elastik tutup dengan tuala basah.Biar doh naik 2 kali ganda.Bila doh dah mengembang keluarkan doh dan tumbuk2 doh untuk keluarkan anginnya.
Kemudian bolehlah ikuti kaedah no 3 sehingga no 6.


uli doh hingga elastik...tutup dengan tuala basah selama 1 jam

selepas 1 jam doh akan naik 2 kali ganda

timbang doh seberat 50 g setiap biji...saya timbang satu jer..yang lain2 main agak

spraykan doh dengan  air dan biarkan doh naik sekali ganda lagi

taburkan gula pasir ke atas doh..dan spray dgn air sekali lagi sblm masukkan ke dlm oven

taraaaa....siap

roti manis yang lembut dan gebu gebasss...


Nota:
Saya tak tutup doh dengan tuala basah sebaliknya saya letak dalam oven yang tak di ON kan.
Walaupun tak letak bread improver dan bread softner...roti tetap naik,lembut gan gebu...


Jom Try Buat....

Thursday, 4 June 2015

NASI KERABU BIRU



Nasi kerabu biru ni saya buat untuk sarapan pagi baru-baru ni...ermm semenjak cuti sekolah ni boleh dikatakan hari2 masak tuk sarapan pagi...sukenyerrr....boleh makan ikut mood kita...kalau hari  keja...makan nasi bungkus jer la...saya ni jarang sangat pegi makan kat kantin..pertamanya harga yang perlu dibayar tidak sepadan dengan lauk yang diambil...keduanya lauk pauk yang dijual tidak menepati standard citarasa saya..huhuhuhu...bagi saya kalau dah tender kantin tu mesti tukang masak terrer...tapi hampeh... saya tak kisah kalau bayar mahal..tapi kena padan dengan rasanya....saya pernah makan nasi kerabu yang harganya RM 7 sepinggan...tapi berbaloi.. sebab rasanya memang tip top.Tahun lepas  langsung tak masuk kantin!....tahun ni  setakat hujung bulan lima,baru sekali tupun ada sebab tertentu....selebihnya...makan nasi bungkus...kalau ada mood nak masak tu...bawak bekal sendiri...senang tak sakit hatiiiii....ok nasi kerabu biru saya ni menggunakan pewarna yang ori tau...iaitu bunga telang...bila saya tengok bunga telang  galak berbunga kat tepi pagar mai idea nak wat nasi kerabu biru ni tuk sarapan pagi....saya padankan dengan telur masin, ayam goreng,bawang jeruk  dan keropok ikan...ermmmm makan sampai bertambah2 youuu...jom lihat resipinya......




NASI KERABU BIRU
Sumber:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

Untuk sambal kelapa:
1/2 biji kelapa parut-goreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk manja
5 ekor ikan selayang-direbus, buang tulang,ambil isinya dan digoreng tanpa minyak hingga agak garing
5 ulas bawang merah*
2 batang serai-hiris nipis*
1" halia*
1/2 sdt lada hitam*
1 sdt garam*
1/2 keping gula melaka-hiris halus*
1 sdb gula pasir *-(bahan yang bertanda* perlu ditumbuk lumat)
Sedikit serbuk perasa


Masukkan bahan yang ditumbuk,kelapa goreng dan ikan ke dalam mangkuk. Gaul mesra dan rasakan masin dan manisnya..jika sudah ok ketepikan.


Bahan tumis:
2 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah*
1" halia*
1 batang serai-hiris halus* (bahan yang bertanda * perlu dikisar halus)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
3 sdb budu
1 keping asam gelugor
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
1.Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga pecah minyak.
2.Masukkan bahan kisar serta cili kering dan kacau hingga sebati.
3.Masukkan budu,asam gelugor,garam,gula dan serbuk perasa.Masak hingga pekat dengan api yang perlahan,perlu dikacau sekali sekala supaya bahagian bawahnya tidak hangit ....sesuaikan rasanya dan bolehlah ditutup apinya.


Nasi:
 3 cawan beras -saya guna beras Siam
4 cawan air
15-20 kuntum bunga telang-diblend bersama 1/2 cawan air,tapis dan ambil airnya sahaja
1 helai daun pandan-disimpul
3 helai daun limau purut-kalau tak de daun pandan...(pilih mana2 satu lah ye)


Cuci beras dan toskan.Masukkan ke dalam rice cooker diikuti dengan air,air bunga telang dan daun pandan.Tanak seperti biasa.


Air lada:
10-15 biji cili siam/cili padi
3 sdb gula
1sdk garam
1/2 cawan cuka/secukupnya-biar belender boleh berpusing

Blender semua bahan tetapi jangan terlalu hancur,biar kasar2 skit.
Tuang dalam mangkuk...sesuaikan rasanya..biar manis dan masinnya seimbang.Siap



Ulam-ulaman:
Timun batang-hiris halus
Bunga kantan-hiris halus
Kacang panjang-hiris halus
Daun kesum-hiris halus
Tauge
Pucuk serai kayu/pucuk samak-hiris halus
Kacang botol -hiris halus

Gaulkan semua bahan2 hiris.Siap

Budu
1 mangkuk kecil budu diperah dengan sedikit limau nipis.


 *Selepas selesai menggoreng kelapa parut...kuali tersebut terus digunakan untuk menggoreng ikan...tak perlu cuci kuali tu ye..
*Sambal tumis boleh dibuat banyak2 dan dipek dalam plastik kecil untuk sekali makan..letak tempat sejuk beku..bila nak makan tinggal panaskan saja... tahan 3 bulan tau..senang kan...
*Penggunaan gula melaka dalam sambal kelapa untuk menyedapkan lagi sambal tersebut.
*Kekadang saya perhatikan cara orang mengambil bahan2 nasi kerabu ni ikut dan jer ...bagi saya cara yang betul ialah selepas pinggan diisi dengan nasi kita letakkan sambal kelapa,diikuti dengan sambal tumis,budu,air lada dan akhir sekali barulah ulam-ulaman... ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja ye...
*Sekarang ni saya perhatikan kalau nasi kerabu yang jual kat kedai tu ulaman yang digunakan terlalu simple cam kobis dan tauge saja...tak de aroma bau bunga kantan,daun kesum dan daun serai kayu...
*Kesimpulannya bikin sendiri  baru puas hati erkkk....








Jom Try Buat....


Wednesday, 3 June 2015

GARLIC SPREAD BUTTER


Garlic spread butter ni saya buat tuk disapukan pada roti dan makan ngan Mushroom Soup.Kalau nak beli yang dah siap pun ada...saje je saya buat ni...nak bandingkan sama dak cam yang jual kat kedai tu...kesimpulannya hampir2 sama gak le...so bagi yang teringin nak buat sendiri boleh lah cuba yer...resipi ni saya amik dalam lobaksusue.blogspot...terima kasih ye kerana berjaya menarik minat saya tuk cuba buat sendiri garlic spread butter....izinkan saya share disini untuk rujukan pembaca lain pulak ye...


GARLIC BUTTER SPREAD
Sumber:lobaksusue.blogspot
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
Minyak zaitun
Buttercup -ikut suka nak letak banyak mana
1 labu bawang putih
Herba parsley
Secubit garam
Aluminium foil


Cara-cara:
1.Potong bawang putih bahagian atas supaya minyak zaitun menyerap masuk kedalamnya.
2.Tuang minyak zaitun di sekililing bawang putih.Ratakan ke semua bahagian.Balut dengan aluminium foil.Masukkan ke dalam pemanggang ajaib beberapa minit hingga bawang putih lembut .
3.Sejukkan sebentar,kemudian lenyek bawang putih bersama garam,butercup dan herba parsley.Siap.

bahan-bahan yang diperlukan






sapukan pada roti yang telah dibakar dan cicah ngan mushroom soup...




Jom Try Buat..

MUSHROOM SOUP


Dah lama sebenarnya saya teringin nak buat mushroom soup ni...sebab semua anak2 saya sangat sukakan soup ni...kalau pegi Pizza Hut tu kejap jer diaorang hirup, pizza tak sampai lagi soup dah licinnn hehehe....sebelum ni saya dah try buat ...tapi tak menjadi..so semangat nak buat mushroom soup ni hilang camtu jer...seawaktu BW saya berkenan plak ngan mushroom soup dalam blog minami@myr...bila saya amati bahan-bahannya dan juga gambar yang disertakan jugak komen dari pembaca ...ermmm saya rasa saya dah jumpa resipi mushroom soup yang dikatakan hampir2 sama cam kat PH....maka dengan semangat yang berkobar2 sayapun cubalah buat....fuhhhh  memang betul cam komen pembaca.....sedap,lemak berkrim cam kat PH le....bila anak2 saya try diorang suka sangat ....pasai apa pas ni kalau nak makan mushroom suop ni mamanya dah boleh buat..nak buatnya pun senang sangat....oklah terima kasih bebanyak pada tuan punya resipi ni....memang tebaekkk laaa....jom lihat resipinya......





MUSHROOM SOUP
Sumber:minami @myr
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
1 keping dada ayam-saya guna 1/2 keping  ayam kisar jenama Ramly
1500 ml air-boleh tambah ikut kepekatan yang dikehendaki
500 ml susu segar
1 ketul kiub ayam-saya letak 2
1 tin cendawan butang-hiris
1 cawan tepung gandum-dibancuh dengan 1/2 cawan air
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam


Cara-cara:
1.Potong ayam kecil2.
2.Masukkan ayam ke dalam periuk dan rebus sehingga masak.
3.Masukkan susu segar dan kiub pati ayam dan masak guna api yang perlahan.
4.Masukkan cendawan butang,kacau seketika.
5.Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat.Tambah perisa,garam dan gaul sebati.
6.Hidangkan bersama roti.




saya makan bersama roti perancis yang disapu garlic spread butter

ermm..yummy







Jom Try Buat...

Tuesday, 2 June 2015

ROTI SARANG LEBAH


Sebenarnya Roti Sarang Lebah (RSL) ni dah lama menjadi viral kat fb dan blog masakan...cuma saya saja yang tak de keinginan untuk mencubanya....walaupun ramai yang dok cakap RSL ni sedap,gebus dan lembut cam cotton tapi entah kenapa hati saya  tak berminat untuk membuatnya... sehinggalah baru-baru ni ada kawan kat sekolah bawak jual RSL ni...so sayapun teringin untuk membelinya...tapi hampa sebab dah habisss.....terkilan sebab tak dapat merasa RSL hasil air tangan kawan saya tu...maka mood untuk meroti ni tiba-tiba jer mai...balik dari sekolah terus singgah di kedai bakeri untuk mendapatkan bahan2nya...maka terhasillah RSL yang memang sangat sedap ni...diulangi memang sedapp.....bila makan time panas2 lagi lah sedapnya...sampaikan hubby n anak2 tak habis2 dok puji keenakan RSL ni....kebetulan hari tu..ada dua orang tukang kayu yang kami upah untuk membaiki pintu utama rumah  yang rosak akibat bah air kuning tahun lepas..saya hidangkan untuk mereka berdua...siap makan mereka  tanya, beli kat mana roti yang sangat sedap nih...hubby cakap home made..terkejut mereka! dan siap lagi cakap boleh buat berniaga ni...hihihihi....kalau nak meniaga tu tak la kot...buat untuk family jer laa...lepas ni tak perlu beli lagi dah.......resipi RSL ni saya ambil dari blog Azie Kitchen...terima kasih pada Kak Azie atas perkongsian resipi RSL yang sangat sedap ni.....jom lihat resipinya..


ROTI SARANG LEBAH
Sumber:Azie Kitchen
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan doh:(saya gandakan adunan ini)

2 cawan tepung roti-boleh guna juga tepung gandum
1/2 sdt dry yis
1/4 sdt garam
1/2 sdt baking powder
1 sdb gula pasir
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam



Bahan tabur:
Almond flakes
Pumpkin seeds
Bijan hitam-saya tambah
Ceri merah dan hijau-saya tambah
Butterscotch



Bahan sapuan:
1 biji kuning telur + pewarna kuning
susu cair
esen vanilla


Cara-cara:

1.Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2.Dalam mangkuk adunan,satukan garam,tepung roti,baking powder dan kacau sebati.
3.Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau dengan sudu supaya kurang tahap melekat pada tangan.
4.Uli dengan tangan dan masukkan minyaksedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
5.Uli doh sehingga menjadi  elastik.Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita.
6.Letak di tempat tertutup dan suam, dan biarkan doh naik 2 kali ganda (1 jam).Contoh tempat suam ialah dalam oven atau microwave yang tak di ON.Bila doh naik,tumbuk2kan supaya keluar angin.
7.Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat/buah mata kucing dalam anggaran 20 gm dan susun rapat dalam loyang yang telah disapu minyak.
8.Buat sehingga habis.Memang doh lembik tapi jangan risau.Kalau melekat sapukan tangan dengan minyak.Biarkan doh naik 2 kali ganda.Lumur bahan sapuan.Pastikan bahan sapuan tidak meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak.
9.Taburkan dengan pumpksin seeds dan almond flakes.Jika suka biarkan doh rehat dan naik 2 kali ganda  sekali lagi (saya tak ikut...lepas letak bahan tabur terus bakar).Sementara menunggu doh naik on kan oven pada suhu 180-200C api atas bawah.
10.10 minit pertama guna api  bawah,5 minit terakhir guna  api atas bawah.
11.Bakar selama 10-15 minit.Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch diatasnya.




SOS BUTTERSCOTCH
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream/susu cair
1/2 sk esen vanilla
25 gm butter
Secubit garam

1.Cairkan butter dalam periuk kecil,masukkan gula perang,kacau selalu sehingga gula cair dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.Masukkan esen vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api,tuang dalam bekas tahan panas,sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
**Pastikan semua bahan tersedia dekat dengan dapur kerana sos ini cepat hangus kalau ditinggalkan.

**

1.Doh memang lembik,jangan tambah tepung,sapukan tangan dengan minyak masak masa nak bahagi doh kecik2.
2.Tak payah bulat sangat pun,sekadar lebih kurang sebab nanti ia akan bulat dengan sindiri bila naik.
3.Pastikan oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4.Jangan bakar terlalu lama kerana nanti akan keras.
5.Kalau tak habis makan simpan roti dalam air tight container.



satukan garam,tpg roti,baking powder,campuran yis dan yogurt...gaul sebati


uli hingga menjadi doh yang elastik





selepas 1 jam doh akan mengembang 2 kali ganda


bulat2kan doh sebesar biji langsat dan atur dalam loyang yang telah sapu minyak

bila doh  mengembang sapukan bahan sapuan dan taburkan bahan2 tabur...

bakar selama 10-15 minit

tuangkan butterscotch ketika roti panas2




makan time panas2...ermmm gebu gebas gitu



saya gandakan adunan dapatlah 2 bekas..
memang berbaloi buat RSL nih...










Jom Try Buat...

NASI LEMAK PANDAN vs SAMBAL KERANG


Sesekali kalau buat kelainan bila masak nasi lemak ni ok gak.Asyik kaler putih jer....so kali ni saya buat kaler hijau pulak.Mula2 tu anak2 saya terkejut gak...selalu mama buat nasi kaler biru..nape ari ari ni kaler hijau plak....hihihihi....ermmm yang biru tu nasi kerabu nak oiii yang ni nasi lemak..cuma mama buat kaler hijau ari ni.......Semasa BW saya tengok ramai jugak blogger masakan buat nasi lemak pandan ni...terdetik di hati saya untuk  mencubanya....sebenarnya tak de la beza sangat ngan nasi lemak putih tu...cuma yang ni kita kena blender daun pandan supaya nasinya jadi kaler hijau....nampak menarik gituu... dan aroma daun pandan ni memang buat kita tak sabar nak menikmatinya.......nasi lemak pandan ni saya padankan dengan sambal kerang dan ayam goreng berempah...ermmm terangkat youuu....jom semak resipi kat bawah ni....




NASI LEMAK PANDAN vs SAMBAL KERANG
Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

2 cawan beras-cuci dan toskan
2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun pandan dipotong kecila dan kisar bersama 1/2 cawan air-tapis dan ambil airnya
2 ulas bawang merah-hiris
Sedikit mentega untuk menumis
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal



Cara-cara:
1.Panaskan mentega dalam rice cooker dan tumis bawang merah hingga wangi.

2.Masukkan air,air daun pandan,santan dan pewarna hijau.

3.Biarkan mendidih,masukkan beras dan garam.Kacau rata.

4.Alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan tanak seperti biasa.





Sambal Kerang

Bahan-bahan:

250 gm isi kerang
1 senduk cili kisar
1 cawan air- atau ikut kepekatan yang dikehendaki
7 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 keping gula melaka
Asam jawa/asam keping
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili  hingga wangi dan garing.Masukkan air.

2Apabila mendidih masukkan gula melaka dan gula,kacau sebati supaya sambal berkilat dan bewarna merah cantik.Biarkan sambal mendidih selama 10 minit.

3.Masukkan air asam jawa,garam ,serbuk perasa dan juga kerang.Kacau hingga sebati dan tunggu hingga pecah minyak.Sesuaikan rasa dan kepekatannya.Tutup api.


sambal kerang ni tak perlu terlalu cair atau pekat...yang sedang2 jer..

ngam sangat bila makan dengan nasi lemak pandan nih....


tambah2 bila ada ayam goreng berempah...

ermmmm.....dap.dapnyerr...





Jom Try Buat..

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP


Ayam tandoori ni saya masak  untuk dimakan bersama Roti Naan.Ermmm sedap tak terkata....ratah cenggitu pun dah sedap...kalau dimakan dengan nasi pun sedap jugak nih.... first time saya buat ayam tandoori ni...suka sangat sebab menjadi dengan jayanya....mulanya ingatkan susah nak buatnya...rupanya senang sangat...dan yang penting rasanya very delicious! Yang pasti ayam tandoori ni akan masuk dalam menu list tuk bulan posa nanti. Resipi ayam tandoori ni saya ambil dalam blog wakethetime.com....terima kasih pada tuan punya resipi ini kerana telah menambahkan lagi koleksi resipi masakan saya nih.....jom tengok resipinya..


 RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

Sumber:wakethetime.com
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam  panas2 setelah ayam masak
2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.Kalau malas nak buat beli plain yogurt.


Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.

Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.

Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.

Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.

Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.

Perap selama 5 jam.Saya perap semalaman.

Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.



saya alas dengan aluminium foil supaya ayam tidak cepat hangus bahagian bawahnya

sapukan marjerin pada ayam selepas diangkat supaya ayam nampak berkilat...

hidangkan bersama Roti Naan....fuhhh hingga menjilat jari



Jom Try Buat...