Friday, 5 June 2015

ROTI MANIS


Apabila saya terpandang tepung roti  masih berbaki selepas  membuat Roti Sarang Lebah,,,hati saya teringin pulak  membuat Roti Manis yang saya copy dalam blog Secuit Rasa Umiejazz...sudah lama saya simpan resipi ni cuma tengah hari semalam baru dapat merealisasikannya....hasilnya memang puas hati sebab begitu gebu dan lembut sangat...kebetulan ketika roti hampir masak...hubby baru sampai kat umah kerana ada urusan di luar....harumnya memang memenuhi ruang dapur hinggakan hubby dah tak sabar nak test roti manis air tangan saya ni...bila jer dah kuar oven..lepas snap gambar.... dengan rakusnya...hehehe..terus bantai 2 biji...ermmm mama dah boleh bukak kedai roti nih...katanya...hahahaha...iyelah tu......rasa suka sangat sebab walau pun first time buat roti manis ni ...jadi dengan elok sekali...terima kasih sangat2 pada Umiejazz atas perkongsian resipi ni yang menurutnya diambil dari blog Ct Delima dan Ros jintanmanis....apalagi kepada yang ingin mencuba saya sertakan resipi di bawah ni....


ROTI MANIS
Sumber:SecuitRasa Umiejazz,Ct Delima,Ros jintanmanis
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

300 gm tepung roti-saya guna 420 gm tepung roti sahaja untuk habiskan stok tepung roti
50 gm tepung gandum-tak letak
2 sdb susu tepung-letak 3 sdb
31/2sdb gula +1/2 sk garam-letak 4 sdb gula + 1/2 sk garam
1 biji telur dipukul sedikit
2 sdb mentega-letak 3sb
180 ml air suam @susu suam-letak 200ml air suam
2sk yis-letak 2 1/2  sk
1 sk bread improver-tak letak
1 sk bread softner-tak letak
1 sdb shortening-tak letak
setitik pewarna kuning-tak letak
sedikit gula pasir untuk ditaburkan diatasnya
sedikit air dan marjerin untuk glis-saya lupa nak buat

Cara-cara:
Bread maker:
1.Campurkan air dengan yis biar berbuih sedikit.Ketepikan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam bread maker beserta yis dan air tadi.Set doh.Tunggu hingga siap menguli.
3.Bila doh dah siap diuli keluarkan dari BM dan timbangkan 50 g.
4.Bulat2kan dan letak dalam dulang,spraykan dengan sedikit air serta tutup doh dengan tuala basah.Biarkan doh naik 2 kali ganda.
5.Panaskan oven 180C.Sebelum masukkan doh ke dalam oven spray dengan air sekali lagi.Taburkan sedikit gula diatas permukaan roti dan bakar selama 20 minit sehingga kuning keemasan.
6.Bila roti dah kuning keemasan keluarkan dari oven,spray dengan air dan sapukan marjerin diatasnya.

Cara uli menggunakan tangan:
Ikut step pertama dan uli sehingga doh benar2 elastik.Bila doh dah elastik tutup dengan tuala basah.Biar doh naik 2 kali ganda.Bila doh dah mengembang keluarkan doh dan tumbuk2 doh untuk keluarkan anginnya.
Kemudian bolehlah ikuti kaedah no 3 sehingga no 6.


uli doh hingga elastik...tutup dengan tuala basah selama 1 jam

selepas 1 jam doh akan naik 2 kali ganda

timbang doh seberat 50 g setiap biji...saya timbang satu jer..yang lain2 main agak

spraykan doh dengan  air dan biarkan doh naik sekali ganda lagi

taburkan gula pasir ke atas doh..dan spray dgn air sekali lagi sblm masukkan ke dlm oven

taraaaa....siap

roti manis yang lembut dan gebu gebasss...


Nota:
Saya tak tutup doh dengan tuala basah sebaliknya saya letak dalam oven yang tak di ON kan.
Walaupun tak letak bread improver dan bread softner...roti tetap naik,lembut gan gebu...


Jom Try Buat....

No comments:

Post a Comment