Thursday, 4 June 2015
NASI KERABU BIRU
Nasi kerabu biru ni saya buat untuk sarapan pagi baru-baru ni...ermm semenjak cuti sekolah ni boleh dikatakan hari2 masak tuk sarapan pagi...sukenyerrr....boleh makan ikut mood kita...kalau hari keja...makan nasi bungkus jer la...saya ni jarang sangat pegi makan kat kantin..pertamanya harga yang perlu dibayar tidak sepadan dengan lauk yang diambil...keduanya lauk pauk yang dijual tidak menepati standard citarasa saya..huhuhuhu...bagi saya kalau dah tender kantin tu mesti tukang masak terrer...tapi hampeh... saya tak kisah kalau bayar mahal..tapi kena padan dengan rasanya....saya pernah makan nasi kerabu yang harganya RM 7 sepinggan...tapi berbaloi.. sebab rasanya memang tip top.Tahun lepas langsung tak masuk kantin!....tahun ni setakat hujung bulan lima,baru sekali tupun ada sebab tertentu....selebihnya...makan nasi bungkus...kalau ada mood nak masak tu...bawak bekal sendiri...senang tak sakit hatiiiii....ok nasi kerabu biru saya ni menggunakan pewarna yang ori tau...iaitu bunga telang...bila saya tengok bunga telang galak berbunga kat tepi pagar mai idea nak wat nasi kerabu biru ni tuk sarapan pagi....saya padankan dengan telur masin, ayam goreng,bawang jeruk dan keropok ikan...ermmmm makan sampai bertambah2 youuu...jom lihat resipinya......
NASI KERABU BIRU
Sumber:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
Untuk sambal kelapa:
1/2 biji kelapa parut-goreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk manja
5 ekor ikan selayang-direbus, buang tulang,ambil isinya dan digoreng tanpa minyak hingga agak garing
5 ulas bawang merah*
2 batang serai-hiris nipis*
1" halia*
1/2 sdt lada hitam*
1 sdt garam*
1/2 keping gula melaka-hiris halus*
1 sdb gula pasir *-(bahan yang bertanda* perlu ditumbuk lumat)
Sedikit serbuk perasa
Masukkan bahan yang ditumbuk,kelapa goreng dan ikan ke dalam mangkuk. Gaul mesra dan rasakan masin dan manisnya..jika sudah ok ketepikan.
Bahan tumis:
2 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah*
1" halia*
1 batang serai-hiris halus* (bahan yang bertanda * perlu dikisar halus)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
3 sdb budu
1 keping asam gelugor
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
1.Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga pecah minyak.
2.Masukkan bahan kisar serta cili kering dan kacau hingga sebati.
3.Masukkan budu,asam gelugor,garam,gula dan serbuk perasa.Masak hingga pekat dengan api yang perlahan,perlu dikacau sekali sekala supaya bahagian bawahnya tidak hangit ....sesuaikan rasanya dan bolehlah ditutup apinya.
Nasi:
3 cawan beras -saya guna beras Siam
4 cawan air
15-20 kuntum bunga telang-diblend bersama 1/2 cawan air,tapis dan ambil airnya sahaja
1 helai daun pandan-disimpul
3 helai daun limau purut-kalau tak de daun pandan...(pilih mana2 satu lah ye)
Cuci beras dan toskan.Masukkan ke dalam rice cooker diikuti dengan air,air bunga telang dan daun pandan.Tanak seperti biasa.
Air lada:
10-15 biji cili siam/cili padi
3 sdb gula
1sdk garam
1/2 cawan cuka/secukupnya-biar belender boleh berpusing
Blender semua bahan tetapi jangan terlalu hancur,biar kasar2 skit.
Tuang dalam mangkuk...sesuaikan rasanya..biar manis dan masinnya seimbang.Siap
Ulam-ulaman:
Timun batang-hiris halus
Bunga kantan-hiris halus
Kacang panjang-hiris halus
Daun kesum-hiris halus
Tauge
Pucuk serai kayu/pucuk samak-hiris halus
Kacang botol -hiris halus
Gaulkan semua bahan2 hiris.Siap
Budu
1 mangkuk kecil budu diperah dengan sedikit limau nipis.
*Selepas selesai menggoreng kelapa parut...kuali tersebut terus digunakan untuk menggoreng ikan...tak perlu cuci kuali tu ye..
*Sambal tumis boleh dibuat banyak2 dan dipek dalam plastik kecil untuk sekali makan..letak tempat sejuk beku..bila nak makan tinggal panaskan saja... tahan 3 bulan tau..senang kan...
*Penggunaan gula melaka dalam sambal kelapa untuk menyedapkan lagi sambal tersebut.
*Kekadang saya perhatikan cara orang mengambil bahan2 nasi kerabu ni ikut dan jer ...bagi saya cara yang betul ialah selepas pinggan diisi dengan nasi kita letakkan sambal kelapa,diikuti dengan sambal tumis,budu,air lada dan akhir sekali barulah ulam-ulaman... ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja ye...
*Sekarang ni saya perhatikan kalau nasi kerabu yang jual kat kedai tu ulaman yang digunakan terlalu simple cam kobis dan tauge saja...tak de aroma bau bunga kantan,daun kesum dan daun serai kayu...
*Kesimpulannya bikin sendiri baru puas hati erkkk....
Jom Try Buat....
No comments:
Post a Comment