Inilah kali pertama saya masak Kulat Sisir Goreng Bersama Telur untuk hidangan makan tengah hari.Tak tau kenapa semasa singgah beli barang basah, saya terpandang kulat sisir dan mulut laju jer minta dibungkuskan kulat sisir ni....sambil2 tu nak test anak2 makan ke tak kulat sisir ni..Cerita pasal kulat sisir ni..ia mengingatkan kenangan saya semasa zaman kanak2 dulu....selalu kutip kulat sisir yang banyak tumbuh kat batang pokok yang tumbang...terutamanya selepas musim hujan...sebab tu ada pepatah mengatakan" bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan"....bila bawak pulang emak saya akan goreng kunyit jer....makan dengan nasi panas...alangkah nikmatnya....tapi sekarang ni nak jumpa kulat sisir kat kampung saya ni susah sikitlah... teringat saya semasa bertugas di SMKI ada pelajar yang menjual kulat sisir ni pada guru2...sebab kawasan tersebut dipenuhi dengan kebun getah...so memang senang la nak jumpa kulat sisir ni....berbalik pada cerita kulat sisir goreng bersama telur ni....time makan tengahari anak2 saya tanya...mama goreng daging ker...nape daging tu hancur.....ngehngehngeh.....rasa kelakar pulak....kulat sisir dikatanya daging....apapun bila saya terangkan berkenaan kulat sisir ni...diorang makan jer....siap cakap suruh buat lagi..... sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Azie Kitchen kerana saya telah membuat rujukan resipi di blognya....walaupun ringkas tapi memang sedap....
KULAT SISIR GORENG BERSAMA TELUR
Sumber :Azie kitchen
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan2:
1 tin susu kulat sisir-
saya guna 1/2 tin saja
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris-
saya tambah
4- 5 biji cili padi-potong kecil
2-3 biji telur ayam-
saya letak 2 biji
Garam
Gula,ajinomoto
-saya tambah
Cara2:
Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran.Basuh 2/3 kali,perah dan toskan.
Bahan2 yang perlu disediakan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kulat dan goreng sehingga air kering.
Masukkan cili padi dan bawang besar,garam,gula dan ajinomoto.Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
Kacau rata biarkan semuanya mesra dan tungga sehingga telur masak.Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedap dimakan time panas2...ratah gitu jer pun sedap.
Jom Try Buat...
No comments:
Post a Comment