Sunday, 11 October 2015

BAKSO YANG ENAK BANGET

Assalamualaikum wbt..suka makan bakso tak?? Sebenarnya dah lama tak makan bakso...kiranya bertahun jugak la... bila tengok bakso  Cik Iza at MyResepi  tetiba jerr teringin nk pekena bakso...tambahan plak stok daging korban ada banyak lagi kat dalam freezer.....mesti sedap bila buat meatball dgn daging segar kannnn....sambil2 tu nak test blender yg bru beli iaitu Cosmos Soy love II......memang berbaloi sangat w/pun reganya sampai tahap riban huhuhu.....pejam mata jer lah..... tapi ia sangat membantu kerja2 di dapur..... dah ada blender ni tak perlu lagi guna food proccesor........hasilnya daging memang hancur dgn elok jer dan saya tak letak air punn.... resipi bakso Cik Iza ni memang sedap..... puas hati sungguh....terima kasih atas perkongsian resipi yg sgt   mebeles nih..... jom lihat resipinya


BAKSO YANG ENAK BANGET
Sumber:Cik Iza@MyR
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
 Bihun 1 bungkus
 Tauge-tak letak x de stock
 Kobis dihiris halus-sya gantikan dgn sawi

 Untuk bebola:
 400 gm daging kisar-saya guna daging segar yg dikisar
 2 ulas bwg merah diracik halus-saya kisar
 2 ulas bwg putih diracik halus-saya kisar
 2 sdb  telur (1/2 biji)
 1 sk tpg ubi/tpg jagung-guna 1sdb
 Sedikit serbuk lada sulah n garam

Untuk Kuah:
 1/2 kg tulang direbus hingga lembut-saya tambah
 3 ulas bwg merah dihiris
 3 ulas bwg putih dihiris
 1/2 inci halia dihiris
 1 sdk lada sulah biji-tak letak
 1 btg serai diketuk
 1 sdb pati daging/ ayam-saya guna 1 kiub pati daging
 Sedikit serbuk lada sulah
 1 bunjut rempah sup-saya tambah
 garam n gula



CARA-CARA:
UNTUK KUAH

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga kekuningan.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.

Masukkan bahan yang ditumis tadi  ke dalam periuk rebusan tulang .Masukkan sup bunjut,kiub pati daging serbuk lada sulah garam dan gula.Sesuaikan rasanya.Kecilkan api.


UNTUK BEBOLA:
Sementara menunggu kuah mendidih kita sediakan meatball.Saya masukkan daging segar ke dalam blender dan kisar selama 2 minit ...elok jer lumatnya....memang mengujakan..lihat gambar dibawah ni ....

Ni le rupa blender tu...tapi yang ni bukan kisar daging tau...yang ni nak test buat aiskrim

Bila daging dah lumat gaul semua bahan hingga sebati.

Bentukkan bulat mengikut saiz yang disukai..

Masukkan meatball kedalam kuah tadi biar mendidih.Kuah siap apabila bebola tadi timbul.Siap kuah dan bebola.
Meh ngirup bakso nih..

memang tebaekkklah
CARA MENGHIDANG:

Rendam bihun dalam air mendidih sehingga lembut,kemudian toskan.Sawi juga dicelur.Masukkan bihun dalam mangkuk bersama dengan sawi,bawang goreng dan sambal kicap.Memang puas hati buat meatball ni...lembut jer bila digigit.Nak kaww lagi picitkan limau nipis...ermmm terangkat youuu...

SAMBAL KICAP VERSI MAMAMIA

3 biji cili merah-potong kecil
8-10 biji cili padi-boleh kurang jika tak suka pedas
1 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb kicap manis cap Kipas Udang

Rebus cili merah dan cili padi.Toskan.Tumbuk atau blend cili tadi dan campurkan dengan sos dan kicap.Siap.

*Saya rebus tulang dalam periuk noxxa selama 45 minit sebelum dipindahkan ke dalam periuk lain.Pastikan tulang telah betul2 masak sebelum dimasukkan bahan tumis.


Jom Try Buat....

No comments: