Cuti sekolah sudah pun bermula....terasa lega sangat dapat berehat sebentar dari pelbagai tugasan disekolah. Bagi saya time cuti sekolah nilah masa tuk buat eksperimen pelbagai jenis resipi yang saya simpan tapi tak berkesempatan untuk mencubanya lagi.Kali ni saya buat Bergedil Daging...sebelum ni dah banyak kali saya buat bergedil ni terutamnya kalau buat soto...bergedil ni wajib ada...kalau time rajin ler...kalau dah malas tak buat pun hihihi....memandangkan stok daging dan ubi kentang ada kat dapur, tu pasal la tiba2 rajin nak buat begedil ni...tapi tak buat sotopun makan gitu jer cicah ngan sos cili...sedap sangat.Teringat lagi kenangan masa first time buat bergedil ni...masa tu saya amik resipi dalam majalah...bila goreng tu bergedil saya habis pecah bersepai...memang frust sangat...tapi pengalaman itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba resipi yang lain.Akhirnya saya berjaya membuat bergedil yang elok dan sedap pulak tu...Kali ini saya teringin mencuba resipi bergedil daging yang diambil daripada blog ceriteraibu..Bila saya perhatikan bahan2 dan cara membuatnya yang simple membuatkan saya berkenan untuk mencubanya.Alhamdulillah berjaya saya membuatnya dengan sempurna sekali.Tapi saya ada jugak buat beberapa penambahan bahan2 berdasarkan petua2 untuk membuat bergedil yang elok dari beberapa blog yang saya ikuti.Antaranya blog selerakakasma yang memberi tips supaya ubi kentang perlu direbus bukannya digoreng jika inginkan bergedil tidak pecah...serta ditambahkan sedikit tepung jagung.Sementara Azie Kitchen pula memberi tips supaya tidak membalik2kan selalu bergedil semasa menggoreng supaya tidak pecah.Terima kasih pada anda semua yang sudi berkongsi resipi serta cara2 untuk menghasilkan bergedil yang perfect.... ternyata anak2 saya cukup menggemari bergedil ni...
BERGEDIL DAGING
Sumber:ceriteraibu.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:(20 biji)
4 biji ubi kentang saiz sederhana-saya guna 5 biji
250 gm daging cincang-saya guna 350gm daging lembu segar yang dikisar
2 biji telur-asingkan kuning dan putih telur.
1 labu bawang besar dipotong dadu
Secekak daun sup/bawang/kucai dipotong kecik2-saya guna daun sup dan daun bawang
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk lada hitam
3 sdb tepung jagung-saya tambah
2 sdm bawang goreng-saya tambah
Garam
Cara membuatnya:
Potong dadu bawang besar dan potong kecil daun sup dan daun bawang.
Kupas kentang dan potong kecil.Rebus sampai empuk dan toskan.Masukkan ke dalam bekas, lenyek semasa panas2 bersama2 lada sulah,lada hitam dan sedikit garam.Saya lenyek menggunakan belakang gelas.
Goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak dan ketepikan.
Satukan semua bahan ke dalam ubi kentang yang dilenyek tadi..ingat hanya masukkan kuning telur sahaja.
Gaul sebati.
Bentukkan adunan bulat2 dan leperkan.Buat sehingga habis adunan.
Panaskan minyak,tidak perlu terlalu banyak agak2 tenggelam separuh bergedil sahaja.Pastikan minyak betul2 panas.Celupkan bergedil ke dalam putih telur dan masukkan dalam kuali.Agak2 sebelah bawah dah garing baru diterbalikkan.
Siappp..
Saya dapat sebanyak 38 biji so ....sebahagian lagi saya goreng separuh masak dan simpan kat freezer.Bila nak makan cuma goreng sekejap jer...
Jom Try Buat
No comments:
Post a Comment