Kala musim hujan dan cuti sekolah ni anak2 saya asyik nak makan jer....saya kena sediakan stok makanan yang banyak untuk jamu diorang ni...oleh sebab cuti sekolah ni maka saya juga banyak habiskan masa kat dapur...bermula dari sarapan pagi,makan tengahari hinggalah makan malam saya perlu masak sendiri.....tapi itu tak jadi hal..memang seronok sangat melayan kehendak anak2 dan juga hubby...kali ni saya sediakan Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung yang diambil dari blog dunia cikguwan untuk sarapan pagi.Selain itu saya juga buatkan nasi goreng...mana nak kenyang kalau setakat makan cucur tu jer....Dah lama jugak saya CnP resipi ni...hari ni baru berpeluang merasa cucur udang yang bagi kami sekeluarga sangat sedap ni...terima kasih pada cikwan atas kesudian berkongsi resipi yang mudah ni...lain kali boleh buat lagi sebab bahan2nya pun senang jer..makan pulak time hujan... memang kena sangatlah....tapi yang saya musykil, cikwan punya elok jer mulat2 nyer...yang saya buat tak jadik camtu pulak.... takpelah yang penting rasanya sedap...meh semak resipinya pada sesiapa yang berminat ..
CUCUR UDANG ala-ala CUCUR KEMBUNG
Sumber:dunia cikguwan
Olahan semula:MamaMia kitchen
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
1 sk garam
2 sk gula
1 paket udang kering-basuh bersih dan tumbuk lumat
5 tangkai pokok kucai dipotong pendek2
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong dadu-saya cincang halus
Cara-cara:
Sediakan bahan2..
Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.Masukkan 2 cawan air panas,kacau rata dengan cepat.Tepung akan jadi masak dan jernih sedikit.Masukkan 1 cawan air sejuk dan kacau sebati jangan bergentel.Masukkan garam dan gula.Kacau sebati (garam dan gula boleh juga dimasukkan ke dalam air dahulu).Masukkan lebihan 1 cawan tepung gandum tadi dan kacau sebati.
Baru masukkan udang kering,daun kucai,bawang dan cili.Gaul sebati.
Ready untuk digoreng..
Sangat sedap dimakan dengan sos pencicah....
Jom Try Buat...
No comments:
Post a Comment