Tuesday, 8 December 2015

BURGER ROTI PITA


Baru2 ini anak perempuan sulung saya telah mengambil peluang cuti sekolah yang panjang untuk menggantikan puasanya pada bulan Ramadan lepas yang masih berbaki 7 hari lagi....tambahan pulak sekarang ni waktu Maghrib sangat awal iaitu tidak sampai jam 7 malam....so peluang ni perlu digunakan sebaik mungkin...bila dia berpuasa ni, maka dia request nak makan kuay teow goreng dan burger ayam.Kebetulan semasa ke Tesco sebelum ni saya telah membeli sepaket Roti Pita...masa beli tu tak terfikir lagi nak buat apa...main amik jer....jadi saya gunakan roti pita ni saja bagi menggantikan roti burger.Roti pita tu  ada lima keping...saya gunakan 3 keping saja sebab bila dipotong dua menjadi enam keping...sedang elok sangatlah satu sorang bagi kami sekeluarga...cara nak buatnya senang sangat.. saya buat ikut  kata hati jer la....dan rasanya pun boleh tahan...rasanya kalau tak goreng kuay teow pun dah cukup....pada adik2 yang  baru nak belajar buat burger sendiri bolehlah cuba buat burger ni kat rumah yea....meh tengok cara nak buatnya..


BURGER ROTI PITA
Oleh:MamaMia Kitchen

 

 Bahan-bahan dan cara membuatnya:

 Sebungkus roti pita...kalau tak de boleh gantikan dengan roti burger biasa tuh...

 Sebungkus burger ayam -saya guna jenama Ramly ada 6 keping semuanya,daun salad,timun batang dan buah tomato secukupnya.Hirie nipis buah tomato dan timun batang
 Goreng daging burger sehingga keperangan...jangan terlalu garing nanti keras...saya guna kuali non stick so tak payah letak minyak...

 Nak kasi burger tu lagi sedap saya  cincang karot dan kobis.. pastu gaulkan dengan mayonis, ala2 coleslaw gitewww...simpan dalam fridge kejap...bila nak guna keluarkan...

 Potong 2 roti pita dan akan terdapat lubang kat tengahnya...buka dengan berhati2 supaya tidak koyak..

Potong burger menjadi 2 keping..masukkan campuran karot dan kobis tadi antara dua daging burger tersebut.Masukkan daun salad,hirisan tomato dan timun.Paipkan dengan sos cili dan juga sos black pepper...Siap...




Jom Try Buat...

No comments: