KOLEH UBI BADAK
Sumber:dari dapur kakyah.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
500 gm ubi badak ungu-saya guna yang putih
500 ml santan (santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna purple-saya tambah
Cara-cara:
Loyang 6x6 dialas dengan plastik
Rupa ubi badak....
Potong ubi kecil2, cuci dan toskan ..Rebus ubi dengan sedikit garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.Lenyek ubi bersama saki baki air yang sedikit itu.
Campur santan,gula,tepung beras dan telur dalam satu bekas dan gaul rata.Saya masukkan sedikit pewarna purple.
Oleh sebab ubi yang saya lenyek tak berapa hancur...saya masukkan ke dalam blender bersama dengan campuran santan tadi dan blend sampai halus...
Masukkan ke dalam kuali dan kacau atas api yang perlahan sehingga pekat.
Kacau hingga betul2 pekat dan ada letupan2 kecil...baru tutup api.
Tuang ke dalam loyang yang telah dialas palstik.Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam
Sedia untuk dinikmati...
2 ketul koleh ni skali ngap jer...
Jom Try Buat
*Bagi yang tiada ubi badak boleh digantikan dengan lain ubi yang sesuai seperti ubi keledek ungu atau ubi keladi.
*Bagi saya kalau tambah 1/2 cawan lagi tepung beras baru sedang elok kepejalannya.
*Bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula kepada 3/4 cawan sahaja.
No comments:
Post a Comment