Wednesday 3 February 2016

COLEK BETIK ALA-ALA SOMTAM

 Memandangkan ada separuh lagi lebihan buah betik selepas saya membuat Betik Masak Lemak Cili Padi....tiba2 terasa kecur air liur untuk makan colek betik...saya ni memang penggemar segala jenis asam..dalam fridge mesti ada buah-buahan yang akan saya jadikan sebagai colek..paling tidak mesti ada buah epal hijau....colek betik cara saya ni simple saja tapi sedapnya memang tak terkatalah...kalau pembaca diluar sana yang minat makan colek ni apa kata pakat try makan colek betik ni yang ala2 somtam gitu....sebab betik ni perlu disagat sebelum digaul bersama kuahnya.... 5 bahan sahaja yang diperlukan  iaitu

Gula
Garam
Cuka
Kicap
Belacan
Cili padi-saya guna cili padi yang saya siap blend bersama sedikit cuka,gula dan garam

 Bancuh semua bahan ini hingga sebati..
Sagat buah betik secukupnya sebelum digaul bersama colek...sedia untuk dihirup bersama2 kuahnya sekali...



JomTry Buat...

No comments: