Friday, 27 March 2015

PUDING CENDOL





Cendol ni selain enak dimakan bersama santan dan gula melaka boleh juga dipelbagaikan cara masakannya.Antaranya dibuat kuih talam dan juga puding.Teringat saya sewaktu zaman kanak-kanak dulu kalau time bulan puasa cendol ni merupakan hidangan yang wajib ada ketika berbuka.....emak akan masak santan yang diletak sedikit garam  serta gula melaka atau" nise".......time dah dekat nak berbuka letak ais ketul dalam cendol tu...pergghhh memang heaven laaaa...Resipi Puding Cendol ni  saya dapat hasil intaian saya ke blog K.Nor@SecubitGaram....so sayapun teringinlah untuk mencubanya bagi menambahkan lagi koleksi resipi puding saya ni.Saya ni ...paling suka mencuba pelbagai resipi puding,kalau ada potluck kat sekolah saya memang suka membuat puding berbanding kuih-kuih lain.Lagipun anak-anak saya lebih gemarkan puding/agar-agar berbanding kuih-muih yang lain.....Terima kasih pada K.Nor atas perkongsian resipi ini..



PUDING CENDOL
Sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan: (10x 10x1 inci)

Lapisan bawah:

500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar serbuk
500 gm cendol
Sedikit garam


Lapisan atas:

500 ml air
200 gm gula merah-K.Nor guna campuran nisan dan gula merah
300 ml santan pekat
10 g agar-agar serbuk
1 biji kuning telur
sedikit garam



Cara-cara:(Lapisan bawah)

1.Masakkan air,agar-agar dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam.Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol,kacau sedikit,angkat dan tuangkan ke dalam acuan.Tips-untuk acuan,basahkan dengan sedikit air.Lapikkan dengan bekas plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah dikeluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.(Saya tak letak plastik tu.)


Lapisan atas:

1.Masakkan gula merah dengan sedikit air (daripada 500 ml dalam resipi ya) sehingga gula hancur.Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar.Masak sehingga mendidih.
3.Kocok kuning telur didalam santan.Tuangkan santan ke dalam adunan.Masukkan garam,biar mendidih sekejap.Padamkan api.

Lapisan bawah






Lapisan atas   




Bila sudah  keras lapisan atas boleh dimasukkan ke dalam peti ais...


Tips:

1.Sebelum tuang adunan atas,pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garfu di serata adunan.

2.Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan di bahagian tepi loyang.Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


Pesan K.Nor

#Untuk lapisan atas  K.Nor tambah air sebanyak 100 ml lagi sebab tekstur asal agak keras.Untuk lapisan bawah K.Nor guna 1 cawan gula lebih kurang 12 sudu besar sebab K.Nor kurang suka manis.So lapisan atas tu terpulang kepada citarasa masing-masing untuk tahap kemanisannya yerrr....


Jom Try Buat....

ROTI GORENG RANGUP



Menu sarapan pagi yang  paling senang sangat semestinya roti la..tapi kekadang tu bosan gak kalau asyik roti disapu jem ataupun kaya.Pertama kali cuba membuat roti goreng ni hati sangat seronok sekali kerana dah la senang dibuat yang penting... sedap.Saya mendapat resipi ini hasil kunjungan saya ke blog Mas@Duniaku..bila tengok gambar  tu dah nampak kerangupannya...so apalagi bila saya sediakan untuk anak-anak mereka begitu menggemarinya termasuklah mama dan abahnya sekali.. hihihi. roti ni kalau buat untuk minum petang pun ok gak....terima kasih kepada Mas@Duniaku serta Hasue yang merupakan pemilik asal resipi ini atas perkongsian resipi yang sangat mudah disediakan...



ROTI GORENG RANGUP:

Sumber:Mas@Duniaku,Hasue


Bahan-bahan:


8 keping roti
Serikaya secukupnya
2 cawan tepung  gandum
2  1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin
1 sdt garam 
1 sdt gula (gula ni bukan nak bagi perasa tapi nakbagi kuih sedikit berkilat jer)
Sedikit perwana kuning

Cara-cara:

1.Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula.Bancuh dengan air (guna whisk lagi senang) warnakan kuning dan ketepikan.
2.Ambil dua keping  roti dan sapukan dengan serikaya dan potong ikut citarasa (saya potong empat).. kalau nakcantik buang kerak tepinya...saya tak buang.,sayang nanti membazir pulak.
3.Panaskan minyak ke dalam kuali untuk menggoreng.
4.Celupkan roti ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keperangan.Biar sedikit garing supaya tepung bertambah rangup tapi jangan hangus pulak tauuu....


Nota:Roti yang dipotong kecil lebih menarik perhatian si manja anda..

sedap dimakan ketika panas-panas







Jom Try Buat...

Thursday, 26 March 2015

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO


Agar-agar milo ni merupakan faveret kami sekeluarga...tambah-tambah lagi dalam keadaan cuaca yang panas ni memang kena sangatlah untuk dijadikan desert.Resipi ini saya ambil dari blog AlongRoz@HomeKreation.. bila singgah diblognya banyak sangat resipi yang menggoda jiwa  kerana beliau ni sangat kreatif mencipta resipi baru dan kebanyakkan resipinya sedap pulak tu.first time buat agar-agar ni memang tak cukup...kena buat lagi sebab anak-anak saya tak puas lagi  makannya. Buatnya pun senang jer.Sebab tu saya selalu simpan stok biskut Oreo ni.......kalau tetiba rasa nak makan jer agar-agar ni boleh terus memprosesnya...Kepada AlongRoz,terima kasih saya ucapkan, atas perkongsian resipi yang mabeles ni memang heavenlah .....izinkan pula saya panjangkan resipi ini disini ya..



AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Sumber:AlongRoz@HomeKreation



Bahan-bahannya:


1 bungkus agar-agar serbuk (10gm)
750ml air
160gm gula
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut Oreo dibuang krim  dan dipatah-patahkan



Cara-cara:


1.Masukkan air,gula ,serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk.Kacau sekejap bagi serbuk agar-agar tidak berketul kemudian didihkan.

2.Apabila mendidih,asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.

3.Ambil satu cawan campuran milo dan tuang ke dalam acuan.Biarkan keras seketika.
4.Tuang campuran susu sahaja dan taburkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan tadi ke atas campuran susu.Biarkan mengeras tetapi jangan terlalu keras.
5.Akhir sekali tuang baki satu cawan campuran milo tadi keatasnya.Biarkan keras .





6.Simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih sedap.


JOM TRY BUAT....


AYAM PENYET

Suatu ketika dulu resipi Ayam Penyet ini begitu famous sekali.Saya yang tidak pernah makan ni tertanya-tanya sedap sangat kerr Ayam Penyet ni..........,dan teringin sekali untuk mencubanya.Namun kalau nak cari kat Kelantan ni rasanya sukar sekali sebab mengikut cerita, resipi Ayam Penyet ni berasal dari Indonesia.Takkan nak terbang pergi sana semata-mata nak cari Ayam Penyet ni...huhuhu....Akhirnya semasa blogwalking saya terjumpa resipi ini di blog citarasawan... bila tengok gambar jer ...hati ni dah meronta-ronta untk mencubanya ,so apalagi misi pun bermula untuk memasak Ayam Penyet ini dengan mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan.Setelah siap masak rasa dah tak sabar nak mencubanya ..yelah nak tahu hasilnya camna ekkk....ermmmm  walla....enak bangat bila dimakan bersama nasi putih yang panas-panas,anak-anak saya begitu menggemarinya sekali. Selepas percubaan pertama tu saya dah banyak kali buat resipi ini atas permintaan anak-anak terutamanya pada hari minggu ataupun time cuti sekolah...Terima kasih banyak-banyak kepada kak wan kerana telah berkongsi resipi yang sangat sedap nih..mengikut kakwan pula, beliau telah mendapatkan resipi ini daripada Amy@Senang-senang singgahlah.Apapun izinkan saya share resipi ini pula disini ya untuk rujukan mereka diluar sana...Terima kasih sekali lagi untuk kalian berdua.



AYAM PENYET

Sumber:citarasawan,Amy@Senang-senang singgahlah


Bahan-bahan:

Untuk Ayam

1 ekor ayam-potong 4 bahagian
2 keping tauhu-potong tiga segi
1 paket tempe-potong nipis
1ikat sayur kangkung-dicelur (saya tak letak)
Kobis potong empat segi jika suka (saya tak letak)
1 biji timun-dihiris nipis

Bahan-bahan untuk rebusan ayam

Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sdt garam
500 ml santan
Bahan bertanda* dikisar

Bahan B

150 gm tepung beras
1 biji telur
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
*Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:

1.Potong ayam kepada bahagian dan cuci bersih.
2.Rebus ayam bersama bahan kisar,santan.
3.Kemudian masukkan garam dan gula.
4.Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5.Angkat dan ketepikan.
6.Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.Salut pada ayam yang direbus tadi,tempe dan tauhu.
8.Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut tepung hingga kekuningan dan diangkat.
9.Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.

*Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.



tauhu dan tempe lupa nak letak...


Untuk Sambal

Sedikit minyak masak,20 biji cili merah-potong kecil  (lebihkan jika mahu pedas),10 biji cili padi,10 ulas bawang merah dihiris,3 ulas bawang putih dihiris,5 biji tomato dihiris,4 cm belacan,2 sudu makan ikan bilis,3 sudu teh gula merah/secukup rasa.

Cara penyediaan sambal:

1.Panaskan minyak.Goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2.Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
3.Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
4.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.Masukkan kesemua bahan tumbuk kedalam kuali dan panaskan.
7.Masukkan gula merah dan gaul rata.(Saya tambah sedikit serbuk perasa).
8.Rasa sambal yang terhasil,tambah garam atau gula jika perlu mengikut citarasa.

***Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan sambal dalam peti sejuk dan cuma panaskan sahaja sebelum disajikan.

Penyediaan sambal ini sangat penting  kerana perlu cukup masin,manis supaya enak dicicah bersama dengan ayam tadi.Selain dimakan bersama ayam,sambal ini juga enak dimakan bersama dengan ikan goreng kunyit.


Selamat Mencuba....



Tuesday, 24 March 2015

TALAM LAPIS LABU




Talam lapis labu ni saya buat dah lama sebenarnya...macam biasa la tak sempat nak post...bila belek-belek folder tu tetiba ternampak gambar talam ni,so saya sharelah disini.Resipi ni saya ambil dari blog Dapur kakzu..bila tengok gambar talam ni terasa kecur air liur nak makan benda alah ni...sebetulnya saya tak pernah lagi makan talam lapis labu ni...sayapun jarang beli labu,cuma sekali sekala jer...tu pun saya suka buat sira labu  ..so terasa nak mempelbagaikan resipi daripada buah labu ni maka saya pun try buatlah ...hasilnya memang berbaloi...rasanya sangat sedap,manisnya pun sedang elok...pendek kata memang sempurnalah resipi ni bagi saya yang baru pertama kali mencubanya....menurut kakzu beliau  ambil resipi ni dari blog yatiememories yang terkenal dengan jolokan Ratu Talam dalam kalangan blogger masakan.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua kerana telah memanjangkan resipi yang sangat menarik ni.Izinkan saya berkongsi resipi di sini pula ya...



TALAM LAPIS LABU

Sumber:Dapurkakzu,yatiememories



BAHAN-BAHAN:


BAHAN A:

2 cawan air
1 1/4cawan gula
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan-disimpul


BAHAN B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air


BAHAN C:

1/2 cawan santan pekat



BAHAN D:

1 cawan labu (direbus dan dilecek0
Pewarna kuning telur





CARA-CARA:

1.Masak bahan A hingga gula larut.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain sebatikan bahan B.Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam B.
3.Satu bahagian dimasukkan bahan C (santan) dan satu lagi bahagian masukkan bahagian  D (labu)-kalau nak blender pun boleh supaya lebih halus.
4.Bahagikan pula setiap bahagian kepada 3 bahagian supaya dapat sama banyak lapisannya.


CARA MASAK KUIH:

1.Panaskan kukusan.
2.Masukkan adunan labu ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan kukus selama 7 minit.
3.Lapiskan pula adunan santan dan kukus selama 7 minit.
4.Ulang sehingga habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit.
5.Bilakuih telah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.






JOM TRY BUAT...........

Sunday, 22 March 2015

CEKODOK PISANG

 

 

Kalau selama ni buat cekodok pisang  saya tak guna sukatan yang khusus,main campak-campak jer...hasilnya kekadang ok lembut,kekadang tu keras..tapi anak-anak belasah jerrr...namun hasil blogwalking,  saya singgah di blog kakbesahmyr yang menyatakan sukatan yang tepat untuk menghasilkan cekodok yang tak berminyak,rangup diluar dan lembut didalam..kepada adik-adik diluar sana ataupun pengantin baru yang belum reti buat cekodok pisang ni elok benarnya try resipi ni...Insha Allah menjadi... apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada kakbesahmyr kerana berkongsi resipi ni...

Cekodok Pisang

Sumber:kakbesahmyr

 

 

Bahan-bahan:

2 cawan pisang lenyek-lebih kurang 10 biji pisang yang sederhana besar

1 cawan gula pasir/gula castor

1 sudu besar soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

3 cawan tepung gandum

1 sudu besar susu tepung

1/2 sudu kecil garam

Sedikit air-saya tambah

 

 

 

Cara-cara:

1.Dalam mangkuk,campur pisang lenyek bersama gula dan garam.Gaul sebati hingga gula larut.

2.Ayak soda bikarbonat & baking powder dengan penapis teh ke dalam campuran pisang.Gaul rata.Kemudian masukkan susu tepung dan tambah sedikit lagi tepung jika adunan masih lembik.

2.Panaskan minyak dengan jumlah yang agak banyak,lalu sudukan adunan kedalam kuali.Goreng dengan api sederhana supaya dalamnya masak.Bila kulit luar nampak garing boleh diangkat.

garing diluar lembut didalam....

 

 

 

 

Jom try buat...


DAGING GORENG KUNYIT

 

 

Anak-anak saya gemarkan daging goreng kunyit saja setiap kali saya beli daging....kalau sekilo tu cukup la untuk 2 kali makan...tengahari dan makan malam.Saya sendiripun sebenarnya suka masak ringkas macam ni jer...sebab tak muak.Tapi kalau buat nasi minyak atau nasi berperisa saya suka masak kerutup ...tambah2 bila dimasak pada sebelah malam dan dimakan keesokan harinya ...memang menjilat jari...sebab "awah" kerutup tu dah sebati dengan daging... tapi ini cara saya la..... resipi daging goreng kunyit ni adalah hasil pemerhatian saya bila tengok mak masak main campak-campak jer...tapi tetap sedap....

 

DAGING GORENG KUNYIT

 

 

Bahan-bahan:

1kg daging lembu segar

1 sdm garam

1 ketul kunyit hidup

1 labu bawang besar-potong bulat

2 biji cili merah-potong nipis

5 biji cili api hijau-potong serong

3 sdm kicap manis

Serbuk perasa

Minyak masak secukupnya

Cara-cara;

1.Potong nipis daging, cuci dan toskan,tumbuk kunyit bersama garam hingga sebati dan gaulkan bersama daging dan perap selama 20 minit.

2.Masukkan daging dalam kuali dan masak hingga air daging hampir kering,masukkan sedikit minyak lebih kurang 1/2 cawan.

3.Kacau sebati lebih kurang 5 minit.Masukkan bawang besar,cili merah,cili padi.Masak hingga bawang dan cili layu .

4.Akhir sekali masukkan kicap manis dan serbuk perasa.Sesuaikan rasa jika tidak masin boleh tambahkan garam.Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.

 

 

Nota:

Penggunaan kunyit hidup dapat menyedapkan lagi masakan anda.

Cara untuk buat stok garam kunyit:Kunyit hidup dihiris nipis,masukkan dalam blender bersama garam halus secukupnya dan sedikit air.Blend hingga hancur,simpan dalam bekas tertutup.Tidak perlu simpan dalam peti ais.Senangkan....

Jom try buat...

 

 

 

 


KUIH SERI MUKA PANDAN

 

 

Kuih seri muka ni dah lama sebenarnya saya buat...cuma tak sempat nak post jer.... oleh kerana hari ni negeri Kelantan cuti sempena PRK Dun Chempaka maka banyak la masa dok ngadap lappy nih.. bila dok belek2 folder terjumpa gambar ni, so apalagi... saya share la kat sini.Resipi ini sebenarnya saya ambil daripada Majalah Rasa keluaran Oktober 2010.Bila saya mencubanya menjadi dengan elok sekali dan rasanya tentulah sedapppp....tapi saya juga ada buat beberapa penambahan sedikit pada resipi asal ni untuk hasil yang lebih sempurna buat kali keduanya...jom semak resipinya.

KUIH SERI MUKA PANDAN

Sumber:Majalah Rasa

Diolah semula oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

500gm beras pulut

2 1/2 cawan santan cair-resipi asal 400ml

Sedikit garam

Lapisan atas:

150gm tepung gandum-resipi asal 120gm

150gm tepung jagung-resipi asal 120gm

140gm gula-resipi asal (kalau suka manis sila tambah-saya tambah)

2 cawan santan pekat-resipi asal 450ml

1/2 sdt garam

3 biji telur

1 1/2 cawan air daun pandan-  (10 helai daun pandan diblender bersama 1 1/2 cawan air) tapis

Pewarna hijau epal-saya tambah

 

Cara-cara:

1.Untuk lapisan bawah,bersihkan beras pulut dan kukus bersama santan dan garam selama 20 minit.

2.Setelah masak keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.

3.Untuk lapisan atas,pukul gula bersama telur hingga kembang.

4.Masukkan santan yang telah dilarutkan dengan garam diikuti air daun pandan.Pukul hingga sebati.

5.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

6.Kacau agar adunan tidak berbiji dan tapis.

7.Tuangkan bancuhan ke atas lapisan bawah dan kukus hingga masak.

Alas loyang dengan plastik supaya mudah dikeluarkan bila sudah masak/sejuk

Nota:

Saya kacau sebentar di atas dapur,bila agak pekat sedikit (naik wap) baru dicurahkan ke atas lapisan bawah.Jangan terlalu pekat nanti adunan akan berketul-ketul.

Tekan lapisan bawah dengan plastik selepas diangkat daripada kukusan supaya pulut lebih padat.

Balut tudung kukusan dengan tuala supaya air tidak menitik di atas kuih.

 

Jom try buat...

 


Tuesday, 17 March 2015

TEPUNG PELITA

Sudah banyak kali saya cuba membuat tepung pelita dalam pelbagai versi tetapi sering kali bahagian bawahnya terlalu lembik....sampaikan saya dah serik untuk membuatnya untuk kesekian kalinya.Namun resipi yang kawan saya bagi ni membuatkan keinginan untuk mencubanya "kembali terjalin" huhuhu..... kerana menurutnya resipi ini memang amat elok teksturnya...tambahan pula kuih ini memang menjadi kegemaran anak-anak saya,so saya mestilah pandai buat kuih niii...takkan asyik nak beli memanjang kannn...setelah saya mencubanya  alhamdulillah memang menjadi dengan elok sekali... jutaan terima kasih pada Puan Hasnah Mohamad kerana sudi memberikan resipi tepung pelita ni...mari kita lihat bahan-bahannya..

Tepung Pelita

 

Bahan-bahan (lapisan bawah)

2 cawan tepung beras

4 cawan air 

3 cawan air daun pandan

1 1/2 cawan gula pasir- atau ikut tahap kemanisan yang dikehendaki

1sk air kapur

Pewarna hijau

Bahan-bahan (lapisan atas)

4 cawan santan

3/4 cawan tepung beras

1 sk garam

 

 

Cara-cara:

1.Tepung beras,gula, air, air daun pandan dan air kapur dibancuh sebati.

2.Masakkan tepung ,kacau hingga pekat dan berkilat menggunakan api yang sederhana.Masukkan dalam acuan.

3.Satukan santan,tepung beras dan garam.Kacau hingga sebati dan masak sehingga pekat.

4.Angkat santan dan tuang ke atas tepung yang dalam acuan tadi.Sejukkan.

 

Menghasilkan lebih kurang 30 bekas kecil..

 

Enak dimakansejuk...ermmmm yummyy

 

 

Jom try buat..

 


KEMBUNG MASAK TEMPOYAK VERSI PERAK

 

Tatkala terpandang ikan masak tempoyak versi Perak dalam blog Azie Kitchen...tetiba jer mood nak makan tempoyak ni muncul...bila teringat stok tempoyak dalam peti ais masih  banyak lagi yang belum terusik tu memang sah-sah lerr kena masak ni.Sebenarnya saya jarang sangat guna tempoyak dalam masakan ni...selalunya saya campur bersama budu serta ulam-ulaman jerr ...nak masak lauk-pauk lain yang menggunakan tempoyak ni memang tak reti..so bila dah jumpa resipi ni maka harus dicobaaaa... cara memasaknya juga begitu senang sekali....dan ...hasilnya memang menepati citarasa saya cuma anak-anak tak begitu gemarkannya mungkin kali pertama makan rasa pelik jerr kot... apapun terima kasih pada kak azie atas perkongsian resipi ni...



Kembung Masak Tempoyak Versi Perak

Sumber:Azie Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah-dipotong nipis (saya guna 3 ekor ikan kembung)

4-5 biji cili merah

2 senduk tempoyak (saiz sedang)

2 batang serai- diketuk

1 batang timun -jika suka

3-4 mug air atau mengikut kepekatan yang dikehendaki

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa



Cara-cara:

1.Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar.Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun.Selepas itu tuang air secukupnya.

2.Masak dengan api perlahan hingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.

3.Masukkan sedikit garam dan gula.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.




Monday, 16 March 2015

AGAR-AGAR KASTAD JELLY

Baru-baru ni  sepupu saya telah menghantar Whatsapps mintak resipi agar-agar yang dihidangkan oleh saya semasa dia dan suami berkunjung kerumah kami pada bulan Oktober tahun lepas... katanya dah lama berkenan dengan resipi tu tapi malu nak mintak resipinya......ermmm saya pun dah lupa agar-agar yang mana satu nihhh...akhirnya bila dah tengok dalam lappy barulah ingat...oooo agar-agar tu....sayapun baru pertama kali mencubanya...tu pun sebab menjemput sepupu saya yang baru kahwin masa tu bertandang ke rumah...sajalah sambil nak berkenalan dengan hubbynya...jadi saya sediakanlah hidangan untuk makan tengahari... dan saya juga mencuba resipi agar-agar ni sebab nampak cantik jerr kat blog syalina_yahya@myresipi.com...dahlah penyediaannya mudah dan ringkas bahan-bahan pulak tak susah nak dapatkannya...cuma beli sumi jelly jerrr...yang lain-lain tu dah memang sentiasa ada stok kat dapur tu...bukan apa kalau tetiba tekak nak makan puding bodo-bodo tu buleh buat tang tu jugak...tak perlu nak pi kedai cari susu cair ataupun agar-agar.Apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan punya resipi nih kerana telah menambahkan lagi koleksi resipi agar-agarku ini...kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masak memasak ni buleh cuba buat resipi ni...mudah dan sedap tau.....

AGAR-AGAR KASTAD JELLY

Sumber:syalina_yahya@myresipi.com

Bahan-bahan:

500ml air

220g gula pasir

1tin susu cair

3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air

1 paket (11 g) serbuk agar-agar -(saya buat yang 10g )

2 paket sumi jelly (dibelah dua)- saya tak belah

 

 

 

Cara-cara:

1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.

2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.

3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.

4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair),susun jelly ikut kreativiti.

5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.

Selepas disejukkan sedap dimakan time cuaca panas cam sekarang ni...

 

 

 


KUIH KOSUI PANDAN

Hari ni mood terlebih rajin la plak....rasanya semua resipi yang telah saya cuba sebelum2 ni nak share disini...almaklumlah time cuti sekolah ni banyaklah masa boleh mengadap lappy...kalau dah bukak sekolah kekadang tu langsung tak sempat nak update blog...biasanya time cuti sekolah ni lah peluang bagi saya untuk mencuba pelbagai resipi baru...setakat nih dah 7 buah buku resipi yang saya berjaya bukukan....mula-mula saya print resipi beserta gambar,kemudian saya edit gambar untuk jimatkan ink printer... (sebuah printer saya dah rosak teruk sebab terlalu kerap print resipi) ngehngehngehh....mujur hubby sporting jerr .... pastu saya kumpulkan resipi tu agak-agak tebal dan dah boleh dibinding... buat cover serta indeknya terus pi kedai untuk binding...punyalah sayang saya pada buku-buku ni ,masa banjir besar tahun lepas  buku-buku resipi ini antara barang terawal yang saya selamatkan selain oven dan barangan lain...huhuhu.... yelah dah penat2 kita mengumpulkan resipinya takkan nak biarkan rosak camtu jerrkannnn....oklah panjang pulak citer saya hari ni ...erkkk....berbalik kepada resipi kuih kosui ni, memang ramai peminatnya...kalau ada potluck kat sekolah saya suka bawak kuih ni sekejap jerr dah licinnnn..sampaikan kawan-kawan hubby kat sekolahnya juga suka tempah kuih ni sekiranya ada jamuan di sekolah mereka. Masa CNY baru-baru ni rakan sekerja saya yang berbangsa Cina telah menempah kuih ini untuk jamuan familnya,terkejut gak saya...tapi kalau kat sekolah dia memang peminat kuih ni.......Sebenarnya resipi ni saya ambil daripada kakak saya yang sebelum ni membuat kuih kosui  serta kuih muih yang lain untuk jualan...tapi sekarang dah tak meniaga kerana faktor kesihatan...jom semak resipinya....

 

 

KUIH KOSUI PANDAN

Sumber:Warisan Keluarga

 

 

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan tepung ubi

2 1/4 cawan gula pasir dimasak bersama dengan 2 cawan air-sejukkan

3 cawan air daun pandan

2 cawan air

1/2 sdt kapur makan-dibancuh dengan sedikit air dan tapis

Pewarna hijau

Kelapa paru putiht + sedikit garam

 

 

Cara-cara:

1.Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi kedalam bekas,gaul sebati.

2.Masukkan air daun pandan,air,air gula,kapur makan dan gaul hingga tidak bergentel.Masukkan pewarna hijau gaul sebati dan tapis.

3.Masukkan adunan tadi kedalam acuan lompang yang telah dilengser sedikit minyak dan kukus selama 20 minit dengan api yang sederhana.Sejukkan dahulu sebelum keluarkan kuih daripada acuan.

4.Gaulkan kelapa bersama sedikit garam dan kukus sebentar supaya tahan lama.



Kuih ini perlu betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuannya...





Tempahan kuih yang banyak ni  (500 bji) saya terima hanya  time cuti sekolah ataupun hari minggu jerr...tapi kalau setakat 50-100 biji hari biasa juga saya terima

 

 

 

Jom try buat...

 


KEK PELANGI KUKUS


Lama sungguh rasanya kek pelangi ni dok terperap dalam  folder....baru hari ini saya berkesempatan untuk share resipinya.Kek ini hasil kunjungan saya ke blog yatiememories...bila terpandang jerrr gambar kek yang begitu meriah ni keinginan hati untuk membaking terus meluap-luap....so apalagi terus check dalam kabinet dapur,syukur ada semua bahan-bahan yang diperlukan.Kek ini rasanya memang sedap sangat bagi tekak saya nihhh...cukup lembut,gebu,lembab selain cantik kejadiannya,manisnya pun sedang elok jerrr...terima kasih yang tidak terhingga pada kak yatie kerana berkongsi resipi yang sangat enak ini,memang tak rugi saya mencubanya...


Kek Pelangi Kukus

Sumber:yatiememories


Bahan-bahan:

1 cawan mentega

1/2 cawan gula kastor

3 biji telur

1/4 cawan susu pekat

1/4 cawan serikaya

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sk serbuk penaik

1 sdb serbuk koko

1 sk esen vanilla

Pewarna yang diingini


Cara-cara:

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2.Masukkan susu pekat,serikaya dan vanila.Kacau rata dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.

3.Bila sebati bahagikan kepada 7 warna.Warnakan berbeza termasuk satu adunan dicampur dengan serbuk koko.

4.Sudukan berselang seli kedalam acuan yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Sebelum dibakar...

 

 
 taraaaa...siapppp

Nota:Untuk kek lebih lembut,tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.Saya tak tambah pun tapi kek still lembut....

Untuk keluarga yang besar, saya syorkan perlu digandakan adunannya untuk mengelakkan kehabisan stokkkk....:)



Sunday, 15 March 2015

AYAM MASAK KUZI

Permintaan adik ipar saya yang mengidam  Ayam Masak Kuzi bersama roti jala buatkan saya terkedu seketika....bukannya apa saya tak pernah masak resipi ni...makan pun jarang-jarang tu  pun jumpa masa hari raya jerr sebab jarang yang menghidangkan menu ni....walaupun resipi ini memang sinonim di negeri Kelantan tapi saya tak teringinpun untuk mencubanya...tak tau kenapa.Namun untuk tidak menghampakannya serta atas dasar untuk cuba memasak resipi ini maka sayapun menjenguk ke beberapa blog yang menayangkan resipi ini...akhirnya saya terjumpa resipi ni kat blog aziejaya ,bila diamati bahan-bahan serta cara membuatnya saya terpikat dengan resipi ni tambahan pula kak azie sertakan langkah demi langkah bersama dengan gambarnya sekali......Alhamdulillah mendapat pujian daripada adik ipar sekeluarga dan hubby hingga licin lauk tu menjelang petang....sempat saya bekalkan pada MIL sebelum mereka pulang....Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada kak azie kerana berkongsi resipi yang sangat berguna ni...insha Allah saya akan kekal dengan resipi ini di masa akan datang...Jom kita lihat resipinya..........

 

AYAM MASAK KUZI

Sumber:Azie Kitchen

 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong 12-saya buat 1 1/2  ekor

Bahan perapan ayam:

Halia

Bawang putih

Garam

Sedikit serbuk kunyit-saya tambah

Potong kiub dan goreng:

Hempedal ayam

Hati ayam-rebus dulu

2 labu bawang besar-potong dadu

Bahan goreng:

15 ulas bawang merah-mayang dan tumbuk halus (saya guna bawang goreng yang siap dijual dan blend kering)

1/2 cawan kismis

1/2 cawan badam potong memanjang (saya gantikan dengan gajus)

 

Bahan tumis:

6 ulas bawang merah-blend

4 ulas bawang putih-blend

4 sudu besar rempah kuzi

1cawan minyak masak (  campur sedikit minyak sapi)

1 tin susu cair

1 botol sos tomato del monte-saya guna jenama Life sebab cari tak jumpa kat TM ni huhuhu......

Cara-cara:

1.Panaskan minyak.Goreng bawang merah hiris,tos.Goreng bawang besar hingga kuning,tos.Goreng kismis,tos.Goreng hempadal ayam,tos.Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

2.Dengan guna minyak yang sama,tumis bawang merah dan bawang putih yang diblend hingga wangi.Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan sedikit air,tumis hingga wangi.Masukkan sedikit air,susu cair dan sos tomato.Kacau rata.

3.Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam,bawang goreng tumbuk,badam,kismis,hempedal dan bawang besar.Masukkan gula serta garam.Masak hingga agak pekat sesuaikan rasa dan angkat.

 

 

Selain Ayam Masak Kuzi saya juga buat Soto sebab menu kegemaran anak sedara nihhh....roti jala tak sempat nak posing lagi sebab adik ipar yang tempah...malas nak menjala hihihi....

Nota: Ayam Masak Kuzi ni rasanya kena manis sedikit baru sesuai dimakan dengan roti jala.

Untuk ikuti langkah demi langkah  yang lebih jelas cara memasaknya anda boleh tengok di Azie Kitchen.

 

Friday, 13 March 2015

KUIH NONA MANIS


Assalamualaikum wbt....anda pernah makan tak kuih ni? Rupanya seakan-akan kuih kosui tapi rasa sebenarnya tidak....kali pertama saya melihat kuih ini ketika singgah di blog masam manis dan setelah mendengar penerangan dari kak ita yang mengatakan kuih ini berasal dari Indonesia terus tertarik untuk mencubanya....dan hasilnya memang tidak menghampakan...kuih ini rasanya seakan-akan tepung pelita ,kalau kat kelantan rasanya pula cam tepung boko beras....jadi kalau nak rasa kuih ni kenalah merajinkan diri membuatnya...ok terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi pada kak ita kerana berkongsi resipi yang  enak ini...jom kita lihat resipinya.

 

KUIH NONA MANIS

Sumber:Masam Manis

 

Bahan-bahan:

Bahan A

1 biji telur

1/2 cawan gula halus

1 cawan santan

1 cawan tepung gandum

 

1.Pukul telur hingga kembang (kalau nak blender pun ok gak).

2.Dalam bekas lain,satukan gula,tepung gandum dan santan,kacau rata.Ketepikan.

 

Bahan B

1/2 cawan santan pekat

1/2 cawan air pandan(ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air),kemudian tapis.

1/4 cawan gula halus

1/4 cawan tepung jagung

secubit garam

pewarna hijau apple

 

1.Satukan air pandan dan santan,campurkan dengan gula,tepung jagung,garam dan sedikit pewarna hijau.Kacau sampai sebati dan tidak berbintil-bintil.

2.Masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup,berkilat dan sedikit pekat.

3.Satukan adunan A dan B,kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.Ketepikan.

 

Bahan C

1 cawan santan pekat

1 sudu besar tepung gandum (saya tambah 1 sdb lagi supaya adunan kental sedikit)

1/2 sdt garam

 

1. Satukan semua bahan C,masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau hingga pekat.

2.Tunggu suam sedikit,masukkan dalam piping bag.

3.Seterusnya panaskan kukusan hingga airnya mendidih,balut kukusan dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.

4.Sediakan acuan lompang yang kecil,oleskan acuan dengan minyak,tuangkan adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 penuh.

5.Paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh.

6.Kukus selama 7-10 minit.Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

 Taraaaa...dah siap..sesuai dijadikan minum petang...

 


Wednesday, 11 March 2015

APAM BERAS

Assalamualaikum wbt....salam sejahtera buat semua teman,hari ni saya nak kongsikan resipi apam beras. Sebenarnya saya buat kuih ni semasa cuti  CNY baru-baru ni...Sebelum ni dah banyak kali saya mencuba resipi apam ini  daripada beberapa blog masakan...dan hasilnya tidak mengecewakan.Namun resipi kali ini saya ambil daripada seorang rakan sekerja yang telah membawa apam ni semasa kami mengadakan pot luck... bila saya makan rasanya menepati citarasa saya...manisnya sedang elok dan sangat gebuuuu.... Jom semak resipinya..


APAM BERAS

Bahan-bahan:

1 paket kecil tepung beras(500gm)

1 cawan gula pasir

1 cawan tapai beras

3 cawan air

2 sudu makan Eno (warna biru)

Pewarna biru,kuning,merah-optional


Cara-cara:

1.Blend semua bahan kecuali Eno.Perap selama 5 jam.

2.Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang dikehendaki.

3.Bila hendak kukus baru masukkan Eno,kacau rata dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Cara buat tapai beras:

1 cawan nasi sejuk

1/4 biji ragi-dihancurkan

Gaulkan kedua-dua bahan tersebut di dalam bekas yang kedap udara,biarkan selama 2 malam baru boleh digunakan. 

 

Tuesday, 10 March 2015

KERABU SOTONG

Assalamualaikum wbt...kalau beli sotong selalunya buat sambal sotong,sotong masak kicap tak pun buat sotong celup tepung.Kali ni saya nak kongsikan resipi kerabu sotong yang sangat mengancam nih...kalau makan kat luar saya dan hubby suka order masakan ala thai...semestinya tomyam campur,siakap sweet sour,kailan ikan masin dan menu wajib iaitu kerabu sotong.. ada satu restoran ni memang dah menjadi pilihan utama kami sekeluarga kalau terasa nak makan masakan ala thai ni...pasai apa...tomyam dan kerabu sotongnya memang besttt gilerrr.....cukup menepati citarasa saya dan hubby ,.....tapi takkan nak makan kat luar selalu ...so kenalah buat sendiri kat umah maka selepas membuat pemerhatian secara teliti inilah hasilnya walaupun rasanya takler 100% sama tapi dah hampir-hampir tuuu..jom lihat resipinya...

 

Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

10 ekor sotong sederhana besar-dicuci dan buang kulitnya

2 biji mangga muda-dicincang halus

1 labu bawang besar-dihiris nipis

2 ulas bawang merah-hiris nipis

2 batang serai-hiris nipis

5 biji cili padi-diketuk

2 sudu makan sos ikan

3 batang kacang panjang-potong halus

Daun saderi-dipotong kasar

3 helai daun limau purut-dicarik-carik 

Garam,gula secukupnya

 

Cara-cara:

1.Sotong dipotong kepada tiga atau empat bahagian.Masukkan kedalam periuk dan rebus bersama sedikit air sahaja menggunakan api yang kecil selama 5 minit.Tutup api dan biarkan sejuk .

2.Gaulkan dengan bahan-bahan yang dihiris,sesuaikan rasanya. Siappp.....Kerabu sotong ni mesti ada gabungan masam,manis,masin dan pedas yang seimbang barulah umpphsss....

Kerabu ni kalau nak ratah  camtu pun enak bangat....

 

 

Nota:Air rebusan sotong tak perlu buang,gaul sekali bersama dengan bahan hirisan...lagi sodappp rasanya..

Jom try buat...


Monday, 9 March 2015

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

Assalamualaikum wbt....atas permintaan anak-anak saya masak nasi tomato dan ayam masak merah.Maklumlah kalau hari minggu mesti nak masak yang special kannn....kalau hari keja memang tak merasalah menu yang camni...selalunya saya masak lauk yang ringkas jer la.....Ok resipi ni saya ambil daripada majalah tapi dah lupa namanya...sebab saya salin resipi ni dalam buku  koleksi masakan peribadi...tapi lupa pulak nak tulis sumbernya,tapi kalau nak masak nasi tomato saya akan rujuk buku ni lerrr...sebab sesuai dengan citarasa kami sekeluarga...ok jom kita semak resipinya....


Nasi Tomato

Bahan-bahan:

1 cupak beras-dicuci dan toskan

4 tin susu air

2 biji buah tomato-dicincang

1 1/2 labu bawang besar-dimayang

1/2 tin tomato puri

1/2 tin susu cair

3 biji cili muda hijau-dibelah

1 1/2 sudu makan susu pekat

1 sdt gula

Garam

 

Bahan tumis:

8 ulas bawang putih-dimayang

15 ulas bawang merah-dimayang

1 inci halia-dimayang

3 helai daun pandan-dicarik dan simpul

 1 batang kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang

Minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Dengan menggunakan  rice cooker panaskan minyak,tumis rempah ratus hingga wangi,kemudian masukkan bawang besar yang dimayang,bawang merah, bawang putih,halia bersama dengan daun pandan,kacau hingga naik bau dan garing sedikit.

2.Masukkan air diikuti dengan tomato puri,tomato cincang,cili hijau,susu cair,susu pekat,gula dan garam,kacau hingga sebati.Kemudian masukkan beras dan biarkan mendidih.

3.Apabila mendidih angkat periuk tadi masak dengan rice cooker.


Ayam Masak Merah

Nasi tomato ni amat sesuailah digandingkan bersama dengan Ayam Masak Merah...tapi kalau nak masak lauk lain contohnya Dalca Daging ke,Kari Ayam ke ok gak....tapi orang dalam rumah ni lebih suka mamanya masak lauk ni.Resipi ni hasil pemerhatian saya bila tengok emak masak jerrr...tak ada rujukan yang tepat...tapi still terangkat tau!


Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil,dibersihkan dan dilumur garam kunyit kemudian digoreng separuh masak.

1 cawan cili kisar

10 ulas bawang merah--kisar

2 labu bawang besar-kisar

5 ulas bawang putih-kisar

1 inci halia-kisar

1/2 tin tomato puri/setengah cawan sos tomato

2 cawan air

2 labu bawang besar-potong bulat

Gula,garam,serbuk perasa secukupnya

Minyak untuk menumis


Cara-cara:

1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama cili kisar hingga naik bau.Kacau hingga bahan tumisan ini betul-betul masak menggunakan api kecil.

2.Kemudian masukkan air,dan tomato puri...kacau sebati hingga kuah mendidih,masukkan bawang besar serta ayam.Balik-balikkan ayam supaya kuahnya mesra...masukkan gula,garam dan serbuk perasa.Sesuaikan rasanya.Siapppp.