Wednesday, 26 August 2015
KEK MARBLE LEMBAB
Sudah sekian lama saya teringin untuk membuat kek marble ni...namun asyik tertangguh jer....bila melihat kek marble ni dalam blog Azie Kitchen,blog Damai qalbu dan blog Azlita masam manis membuatkan saya dah tak tahan lagi untuk merasai sendiri kegebuan kek ini yang juga dikatakan sangat moist bila disimpan semalaman....kebetulan ketika Ramadan yang lalu saya membeli beberapa ketul Buttercup di Tesco kerana harganya yang sangat murah!...memandangkan harga di sini agak mahal sedikit membuatkan saya tidak berfikir panjang terus membelinya.Hajat dihati nak bikin kek time raya Aidilfitri nanti, tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan saya tak sempat nak bikin satu kek pun huhuhu....maka dok bertapalah buttercup tu kat dalam fridge..nak tunggu raya haji lambat lagi..kebetulan pulak ketika ini saya dah banyak relax.. lepas waktu sekolah petang2 bolehlah dok mengadap lappy mencari resipi2 yang menarik tuk dicuba.Kek marble ni saya buat lewat petang semalam menggunakan resipi dari blog Azie Kitchen...bila dah masak tu saya biarkan sekejap sebelum proses "shooting"...pastu terus potong2 n simpan dalam bekas tupperware..anak2 mintak nak makan pun saya tak bagi...siap cakap makan pagi esok lagi sedappp...sib baik diorang dengar cakap.Keesokannya kami semua makan tuk bekpes sebelum ke sekolah...ermmm memang sedap banget...my hubby yang tak berapa suka makan kek ni pun puji akan keenakan kek marble ni...anak2 siap suruh tapau tuk bawa bekal ke sekolah...saya juga mengambil beberapa potong untuk dicuba kepada kengkawan......seperti yang dijangka mereka memuji akan kegebuan kek marble ni......lepas ni kalau nak buat kek marble saya akan kekal dengan resipi ni dah...terima kasih pada Azie Kitchen atas perkongsian resipi yang sangat mebeles nih....jom lihat resipinya
KEK MARBLE LEMBAB
Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
250 gm butter jenama Anchor-saya guna Buttercup
2 cawan tepung naik sendiri-saya gantikan dengan 250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sdt baking powder
220 gm gula kaster-sya guna 200gm je sb tk mau kek manis
4 biji telur gred A-saya guna saiz sederhana
1 sdb ovellate
1 sdb esen vanila
2 sdb susu segar-saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb/boleh juga gunakan susu cair
1 sdb choc emulco-tak letak
1 sdb serbuk koko-saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
Sedikit pewarna pink-tak letak
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit pd suhu 170-180C sehingga masak bergantung pada oven.20 minit terakhir guna api ats bwh,bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Jom Try Buat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment