Sunday, 16 August 2015

NASI SUDAH MENJADI BUBUR!


Bubur nasi atau lebih dikenali sebagai Nasi Air di Kelantan adalah kejadian yang tak disengajakan sebenarnya.Niat asal saya adalah untuk membuat nasi himpit,namun disebabkan kesilapan teknikal..huhu maka terjadi lah bubur nasi nih.Oleh kerana nak jimat..saya cuba isikan sendiri beras kedalam beg plastik untuk membuat nasi himpit ni...tu la padah tak nak beli yang dah siap jual kat kedai!Maka saya pun rebus nasi himpit ni dengan periuk Noxxa selama 20 minit.Bila saya  bukak periuk tengok2 nasi himpit saya kelihatan sangat lembik...ermmm dah sah-sah ni tak menjadi ler nasi himpit jawabnya....oleh kerana sayang nak buang ...tiba2 mai idea untuk buat bubur nasi.Saya rebus dada ayam 1 ketul bersama beberapa batang tengkuk dan bahagian tulang ayam untuk dijadikan sup,saya masukkan 1 ketul kiub pati ayam,ketuk bawang putih dan halia...siap pun sup ayam .Ambik dada ayam tu saya siat-siatkan macam nak makan dengan mi soto.Saya goreng ikan bilis,rebus telur masin,potong cili padi dan saya masukkan beberapa sudu kicap manis kedalam potongan cili padi tu dan taburkan bawang goreng.... ermmmm enak tak terkata.....akhirnya selamatlah nasi himpit saya daripada terbuang begitu sajaaa....yang kelakarnya anak-anak saya suka sangat bubur nasi ni...sampai siap pesan suh buat lagi lenkali...


Oleh:MamaMia Kitchen





Jom Try Buat..


No comments: