Kuih Puteri Mandi ini terhasil kerana ketidakpuasan hati saya sewaktu membeli kuih ini sebagai juadah untuk berbuka puasa pada Ramadan yang lepas.Bila bulan posa tekak teringin nak makan kuih ni.Nak buat sendiri rasa cam tak berbaloi pulak sebab hanya saya sorang saja yang suka makan kuih klasik camni...anak-anak dan hubby lebih gemarkan kuih ringkas jer cam murtabak dan popia goreng....so bila balik sekolah tu saya singgah di satu gerai berhampiran rumah yang menjual pelbagai jenis kuih muih tradisional ni...dan saya berkenanlah dengan puteri mandi sebab tengok nampak cam sedap jer...hati dah tak sabar nak menikmati kuih ni...namun saya sangat kecewa kerana rasanya sangat tidak menepati citarasa saya sepertimana yang saya harapkan.. rupa jer mengguda tapi dari segi rasanya hancuss...oleh kerana perasaan kecewa yang teramat sangat membuatkan saya berazam untuk menghasilkannya sendiri..sebelum ni saya selalu tolong mak buat kuih ni tapi tukang gentel jer...sukatan untuk adunan kuih tu saya tak ambil tahupun...maka saya bertanya encik google dan dapatlah resipinya.Saya memilih resipi daripada Azie Kitchen sebab resipinya lebih kurang macam mak saya buat ..cuma saya tambah air daun pandan untuk adunan kuih dan menggunakan gula melaka untuk kuahnya......dan hasilnya memang superb...sebijik cam mak saya buat...terima kasih pada Azie Kitchen atas perkongsian ilmu ini ...jom lihat resipinya.......
PUTERI MANDI
Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Air daun pandan secukupnya(kisar4 helai daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya)-saya tambah
Sedikit pewarna hijau epal
Cara-cara:
Kisar daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya.
Tepung pulut dicampur dengan air kapur.Tambahkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak melekat di tangan dan pada bekas adunan.Jangan masukkan air pandansekaligus ye...jika tidak cukup boleh tambah air .
Ambil sedikit doh dan gentel bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit ditengah-tengahnya.
Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih.Masukkan doh ke dalam air mendidih.Doh akan timbul bila sudah masak.
Bahan kuah:
1/2 cawan gula pasir-boleh dikurang atau ditambah
2 keping gula melaka
1/2 cawan air
2 helai daun pandan-saya letak 1 helai jer
1/2 cawan kelapa parut-yang muda tau!
Garam
Cara-cara:
bahan-bahan untuk kuahnya |
Toskan doh yang direndam dalam air sejuk tadi.
Masakkan air,gula pasir,gula melaka,daun pandan dan garam hingga semuanya larut dan sebati.Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat dan sesuaikan rasanya.
Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau sebati.Biar agak pekat dan matikan api
taraaaa.....sedia untuk dinikmati |
Nota:
Resipi yang saya buat ini tidak mengikut 100% resipi Azie Kitchen.Kalau pembaca diluar sana yang ingin melihat resipi yang sebenar bolehlah ke blog beliau yea..
JomTry Buat..
No comments:
Post a Comment