Tuesday, 29 March 2016

CONGO BAR


Bila saya tengok Azlina Ina wat tutorial kat fb cara nak buat Congo Bar ni nampak cam senang sangat....terus terlio plak nak makan Congo Bar ni....selepas ke kedai bakeri tuk beli bahan2 nya terus saya kelentung kelentang kat dapur tuk siapkan Congo Bar ni....cara nak buatnya sangat simple...bahan2 juga mudah didapati....bagi saya Congo Bar ni enak dimakan ketika panas2 sebab time tu coklat cip masih mencair lagi...bila dah sejuk Congo Bar ni...coklat cip juga mula mengeras....tapi anak2 saya sangat menggemarinya siap minta saya buat lagi ....terima kasih pada Azlina Ina atas perkongsian resipi yang simple dan sedap ni...



CONGO BAR
Sumber:fb Azlina Ina
Olahan:Mamamia


Bahan2:
1 3/4 cawan gula perang
3/4 ketul butter/ 150gm
1 sk esen vanila
3 biji telur gred A/B
3 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sk baking powder
1 cawan coklat cip
Sedikit badam keping

 Pukul butter ,gula perang dan esen vanila.Guna handwisk pun boleh hingga agak2 gula sebati...tapi saya syorkan guna mixer lagi cepat..

 Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
 Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul guna senduk.
 Masukkan coklat cip dan gaul sebati.Tinggalkan sedikit untuk tabur diatasnya.
 Ratakan dalam loyang saiz 7 x 7 atau 8 x 8 yang dialas baking paper.Tabur coklat cip dan kepingan badam.Badam tak perlu dibakar dahulu ye.Guna api atas bawah pada suhu 160C selama 40 minit.
 Siap dibakar

Enak dimakan ketika panas2 kerana coklat cip masih mencair....


Jom Try Buat

No comments: