Meh tengok resipi dan cara membuatnya ....
KEK PANDAN SNOW CHEESE
Sumber: fb Azlina Ina
Olahan:Mamamia
Bahan2:
3 biji telur gred B
1 sdb ovalet
1 sk esen vanila
1 cawan gula (tak nak manis kurangkan)-saya letak 3/4 cawan
1 sk perasa pati pandan-saya guna pes pandan cap Koepoe2
1-2 titik pewarna hijau epal
1/4 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sk baking powder
1/4 cawan minyak-saya guna minyak jagung
Cara membuatnya:
Masukkan susu cair dan putar hingga sebati.
Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil perlahankan volume mixer.Kemudian matikan mixer.
Masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.Kaup balik sahaja.Panaskan kukusan.Masukkan adunan ke dalam loyang 8 " yang telah disapu minyak dan alas kertas baking.Kukus selama 40 minit.Biarkan kek berasa dlm kukusan selama 5 minit.
Terbalikkan kek diatas redai dan sejukkan.
Toping
1 cawan cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan putar sampai pekat,tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan.Parutkan cheddar cheese ke atas kek.
Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan..
Jom Try Buat...
No comments:
Post a Comment