Thursday, 31 March 2016

LALA TAM PLON

Anak sulung saya... Isya sangat menggemari lala ni...masak la apa-apapun pasti akan habis diratahnya....sebelum ni kalau masak lala saya tak ikut resipipun...apa yang terlintas kat kepala itulah yang saya masak...selalunya saya blend cili kering,bawang merah,bawang putih..pastu tumis....kemudian campaklah apa yang ada kat dalam fridge tu...serai ke,tomato ke....letak daun limau purut...siapp....kali ni saya cari resipi kat blog..apa lagi jenis masakan yang boleh dibuat dengan lala ni...bila tengok Azlita Masam Manis masak Lala Tam Plon ni rasa berkenan pulak...tambah2 gambar yang dimuatkan memang meleleh air liur weii....berdasarkan penerangan kak ita..Lala Tam Plon ni lebih kurang cam masak sweet sour....so kena try nih...resipi ni letak sos pranem..sebab tak de saya gantikan dengan jus lemon yang kebetulan dah lama dok bertapa kat dalam fridge tu...kalau tak de lemon boleh je gantikan dengan jus limau nipis atau limau kasturi......rasanya memang sedappp sangat...memang tak rugi ler try resipi ni...terima kasih pada kak ita kerana berkongsi resipi yang sedap sangat ni...resipi asal katanya adalah dari Dicda MyResipi....jom lihat resipinya......

Bahan-bahan:
1 kg lala

Bahan tumis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan2 di atas ni dihiris halus

Bahan Sos
Sos tiram
Sos pranem-saya gantikan dengan perahan lemon
Sos cili
Sos tomato
Cili boh-saya gantikan dengan cili kering yg  dikisar

Bahan sampingan:
Tomato dipotong dadu
Karot dihiris halus
Cili hijau dihiris halus-saya gantikan dengan cili padi  hijau
Sedikit air
Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Daun limau purut
1batang serai diketuk-saya tambah

Cara membuatnya:

 Cuci bersih lala...rendam seketika dan toskan
 Potong dadu tomato,hiris halus bawang besar,halia,bawang putih,karot dan cili padi
 Panaskan minyak,masukkan bahan tumis hingga naik bau.Masukkan semua bahan sos.Masak hingga kuah mendidih ,kemudian masukkan air.
Bancuh 1 sdm tepung jagung dengan 1/4 cawan air...
 Masukkan tomato,karot,daun limau purut,cili padi,jus lemon dan lala.Kacau hingga sebati.Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.masak hingga air mendidih.Tutup api.
 Hidangkan dengan nasi panas
Jom Try Buat....

No comments: