Sunday, 14 February 2016

TERUNG GORENG BERLADA SEDAP

 Sudah acap kali hubby minta saya buatkan Terung Goreng Berlada ni ,selepas percubaan saya yang pertama memasak Terung Goreng Berlada Sedap yang diambil dari blog Azie Kitchen  berjaya menambat seleranya...walaupun hubby memang tak boleh makan banyak sayur terung ni sebab dikatakan orang yang banyak angin memang tak sesuai makan sayur terung nih....tapi dek penangan Terung Goreng Berlada Sedap ni dia bantai gak...memang betul2 sedap pun apalagi bila dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng kunyit sudah cukup untuk kita makan bertambah2... tak perlu lauk lagi dahhh....walaupun anak2 tak suka tapi saya masak juga buat hidangan kami berdua...sebelum ni saya masak guna udang kering,kali ni guna ikan bilis pulak...yang pasti dua2nya sedap.... berbanyak terima kasih diucapkan pada kak Azie atas perkongsian resipi yang sangat mudah dan sedap pulak tu .....meh tengok resipinya...


TERUNG GORENG BERLADA SEDAP
Sumber:AzieKitchen
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan: 
3 biji terung Taiwan-belah 2 dan potong 3-rendam dalam air untuk elak lebam (saya guna 1 biji)
1 sdt pati asam jawa bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar dimayang kasar-sala letak 1/2 shj
Garam,gula,serbuk perasa


Bahan tumbuk kasar:

4 biji cili merah-saya guna 2 biji
1 genggam udang kering-rendam hingga kembang dan toskan-boleh juga gantikan dengan ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih-letak 2 ulas


Cara menyediakannya:


 Bahan2 yg perlu disediakan
 Panaskan sedikit minyak dan goreng terung hingga masak dan ketepikan.
 Sebelum goreng terung tu... blend semua bahan tumbuk kasar...kes tak berapa rajin nak menumbuk la ni...nak sedap tumbuk tau...tapi nak cepat belasah jer laaaa....
 Baki minyak goreng terung tadi bolehlah digunakan untuk menumis bahan2 yang tlh diblend tadi hingga pecah minyak.
 Masukkan pati asam jawa,bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu.Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa..
 Padamkan api dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi.
 Taraaa...dah siap...sekejap jer masaknya.Sedia untuk dihidangkan.




Jom Try Buat...

Saturday, 13 February 2016

DAGING BLACK PEPPER

Permintaan daripada hubby nak makan Daging Black Pepper....hubby ni sebenarnya tak berapa suka  sangat makan daging....tiap2 minggu asyik beli ayam jer....ntah kenapa tetiba nak makan masakan daging pulok...sebenarnya saya dah ada beberapa resipi Daging Black Pepper dan bermacam2 versi...kali ni nak try resipi yang lain pulak...saya berkenan dengan resipi Daging Black Pepper dari blog dapurkyah.blogspot....nampak kelainan dalam resipi ni sebab daging perlu diperap seketika sebelum ditumis....dannnnn hasilnya tidak mengecewakan sebab mendapat pujian dari hubby dan anak2...kalau ikut selera saya....lebih suka Daging Goreng Kunyit jer.....tapi demi permintaan hubby saya ikut jugaklah.... seronok tengok dia dan anak2 menikmati Daging Black Pepper nih....terima kasih kepada kyah atas perkongsian resipi yang enak ni...nak try jugak????meh tengok resipi kat bawah nih...


Sumber:daridapur kyah.blogspot
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
 1/3 kg daging-dipotong nipis,cuci dan toskan-saya guna 1/2kg
1 sdt lada hitam ditumbuk
3 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka-saya letak 1 sdt
Kisar bahan yang bertanda*


Bahan tumis:
1 inci halia dimayang
1 labu bawang besar dipotong bulat-saya potong memanjang
1 biji lada benggala-saya gantikan dgn cili merah dipotong dadu
Sedikit karot dipotong memanjang
1-2 sdt lada hitam ditumbuk-saya letak 1sdt
1 sdb sos tiram-letak 2sdb
2sdb kicap manis-letak 4 sdb
1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa-saya tambah

Cara membuatnya:

 potong nipis daging,cuci dan toskan
 perap daging seketika
 sediakan bahan2 tumis
 bancuhan tepung jagung
 panaskan minyaktumis halia hingga wangi,masukkan daging dan tutup supaya cepat empuk.Kalau nampak kering minyak tambah sedikit air.
 Bila daging telah empuk masukkan sos tiram,kicap,lada hitam dan serbuk perasa.Kacau biar sebati.
 Masukkan cili merah,karot dan bawang besar

 akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung...sesuaikan rasa dahulu sebelum tutup api
 enak dimakan dengan nasi panas...

Jom Try Buat...

Wednesday, 10 February 2016

PENGAT DURIAN

Tekak saya tiba2 buat hal....teringin nak makan Pengat Durian...ermmm mengalahkan orang mengidam ni...nak tunggu musim durian lambat lagi....bila saya bagitahu hubby,  dia cadangkan supaya saya gunakan durian frozen yang ada satu tupperware kat tempat freezer....hubby ni saya panggil hantu durian....sebab dia memang peminat no.1 buah durian ni...tu pasal dia suka simpan durian  frozen...bila nak makan cuma defrost saja dahh boleh makan....dia suka letak durian ni dalam budu dan cicah dengan ulam-ulaman...tak pun di campur dengan sambal lada...makan nasi sampai berpinggan-pinggan huhuhu..... Pengat Durian ni sebenarnya sedap dimakan bersama pulut..tapi sebab tak de  stok beras pulut saya cicah dengan roti Gardenia....sedap sangat....kalau nak try meh tengok resipi kat bawah ni...



PENGAT DURIAN
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

7-8 ulas durian
2-3 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka-saya guna yang besar
2 sdm gula pasir-boleh tambah /kurangkan
1 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2kan dan simpul


durian yang difrozenkan....keluarkan dari freezer dan biarkan pada suhu bilik

Satukan santan,gula melaka,daun pandan,garam dalam periuk.Masak hingga hampir, kemudian mendidih masukkan durian.

Bila sudah mendidih,sesuaikan rasa dan tutup api.

Enak dicicah dengan roti....




Jom Try Buat...

Monday, 8 February 2016

ROTI GORENG SOSEJ BERKEJU

Kalau hari cuti saya lebih selesa menyediakan sendiri sarapan untuk anak2.Dan saya memang tertunggu-tunggu hari cuti sebab saya dapat mencuba pelbagai resipi terbaru hasil BW saya dari pelbagai blog masakan.Kali ni saya telah berkesempatan untuk menyediakan Roti Goreng Sosej Berkeju...sebelum ni memang dah selalu buat Roti Goreng Sosej  tapi tak letak keju...bila dah letak keju rasanya memang bertambah sedap le....cara nak buatnya pun mudah sangat....bagi ibu2 bekerja yang nak sediakan bekal kepada anak2 boleh sediakan pada sebelah malam...pagi tu cuma goreng jer...jimat masa dan belanja dok.Roti Goreng Sosej Berkeju ni memang mengenyangkan ...makan satu ketul  jer dah cukup...tak perlu makan nasi dah...tahan sampai ke tangah hari....saya syorkan sosej tu perlu beli yang branded macam Ayamas atau Marina sebab lebih sedap dan saiznya lebih besar berbanding sosej yang jenama biasa2 tu......anak2 saya asyik dok berulang kedapur jer  untuk menghabiskan Roti Goreng Sosej Berkeju ni....berminat nak cuba...meh tengok resipiya....



 ROTI GORENG SOSEJ BERKEJU
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

10 batang sosej ayam-guna yang branded cam Ayamas/Marina lagi sedap
10 keping roti sandwic
10 keping Cheddar Cheese Slices
2 biji telur-dipukul ringan
Serbuk roti secukupnya



 Bahan2 yang diperlukan
 Gelek roti hingga nipis
 letakkan sekeping cheddar cheese keatas roti
 celur sosej dan toskan
 letakkan sosej ke atas lapisan cheese
 gulung hingga kemas dan sapukan sedikit telur dihujungnya supaya roti tidak terbuka
 celupkan ke dalam telur
 golekkan ke dalam serbuk roti hingga menyaluti keseluruhan bahagian roti tersebut
 ulangi langkah diatas hingga siap kesemuanya
 goreng hingga roti berwarna kuning keemasan...





Jom  Try Buat.....

PUDING ROTI NUR QASEH YANG SEDAP

Memandangkan roti yang hampir expired masih banyak lagi bersisa kat dapur ni..maka saya terfikir untuk membuat puding roti.Bebudak ni kalau dah jadi puding baru berebut-rebut nak makan.Tambahan pula telah lama saya menyimpan resipi Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap dari blogger terkenal iaitu Azie Kitchen....cara membuatnya pun simple sangat serta bahan2 nya juga memang sentiasa ada didapur kita...puding roti ni memang sedap dimakan begitu sahaja dah tak perlu disediakan sos kastard menurut kata Azie.Memang seperti yang dikata rasanya memang sedap...manisnya sedang elok jer...cuma untuk satu adunan ni bagi keluarga saya yang agak ramai jugak (6 orang) memang tidak cukup...lepas ni kena gandakan resipinya baru ler tak kempunan sangat....jom semak resipinya....

Sumber:Azie Kitchen
Olahan:MamaMia Kitchen


 Bahan-bahan:
6 keping roti Gardenia dipotong kiub-saya letak 7 keping
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster-saya letak gula pasir
1 sdb mentega
1/4 sk garam
2-3 biji telur dipukul ringan-saya letak 2 biji
1 sk esen vanila
Sedikit serbuk kayu manis-tak letak
Sedikit kismis
Sedikit ceri merah dan hijau-saya tambah

Cara membuatnya:
1.Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih,bolehlah diangkat.Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
2.Masukkan mentega,garam dan gula.Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
3.Akhir sekali masukan telur dan esen vanila.Kacau rata.Jika suka masukkan sedikit kismis.
Tuang ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah disapu dengan sedikit mentega.Masukkan loyang kedalam  bekas besar yang diisi air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam.


 Roti dipotong kiub
 2 biji telur dipukul ringan
 Masukkan roti,mentega,garam dan gula ke dalam susu yang telah dipanaskan seketika
 Bila adunan agak sejuk baru masukkan telur
 Taburkan kismis
 Masukkan ke dalam loyang dan taburkan sekali lagi kismis dan ceri
 Bakar pada suhu 180C secara steam bath
taraa...dah masak
sedia untukdihidangkan..



Jom Try Buat..

Friday, 5 February 2016

SANDWIC TUNA DAN TELUR SEDAP

Minggu lepas akhirnya berjaya juga saya buat sandwic ni....dah lama dok mengidam nak makan sandwic gabungan dua inti ni.....hasilnya memang terbaikkk...hari tu  keluarga saya makan sandwic sampai ke tengah hari...kiranya dok bantai sandwic ni le tak yah masak untuk lunch hohoho....makan 1 keping sandwic ni (3 layer) dah kenyang sangat....resipi ini adalah hasil BW saya ke blog enyabdullah.com  dan juga fizalgk.Saya amik resipi inti tuna (tuna veggies sandwic) dalam blog eny dan inti telur(Sandwic telur) dalam blog fiza....hasil gabungan dua inti tu jadilah Sandwic Tuna dan Telur Sedap nih....jika pembaca berminat dengan sandwic ni...leh tengok resipinya kat bawah ni...


SANDWIC TUNA DAN TELUR SEDAP
Sumber: enyabdullah.com,fizalgk
Olahan:MamaMia Kitchen


Untuk inti tuna

1 tin tuna di dalam minyak @ air garam (ambil isi shj)-saya guna tuna mayonis yang siap diproses
1 labu bawang besar diracik halus
1 batang karot disagat-saya guna 1/2 btg
1/2 batang timun dibuang biji dan dipotong halus
Beberapa biji cili padi jika suka-saya letak 1 biji cili merah dicincang halus
Sedikit lada hitam dan garam
3 sdb mayonis
Sedikit perahan lemon
Beberapa helai daun salad-saya tambah
Campurkan semua bahan2 inti dan gaul sebati

Inti telur

3 biji telur rebus
Timun-tak letak
Mentega
25 gm mayonis
Garam halus
Serbuk lada sulah

Hancurkan telur dengan garfu.
Masukkan garam,lada sulah dan mentega.



Antara bahan2 yang diperlukan



Sapukan mentega pada roti
ratakan inti tuna secukupnya
letakkan daun salad
sapu sekeping lagi roti dengan mentega dan letakkan diatas inti tuna tadi
ratakan inti telur pula
ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas inti telur lagi...
potong roti kepada dua bahagian secara menyerong...



Jom Try Buat....