Sudah lama saya teringin untuk membuat popcorn.....bila dengar orang cakap senang sangat nak buatnya...tapi asyik tertangguh jer dibawa angin lalu....secara kebetulan ketika membeli barang dapur bersama hubby saya terpandang jagung tuk buat popcorn ni,tangan laju jer sambar satu pek kecil....hubby cam tak berapa berkenan sebab dia rasa tak mungkin saya akan buat....mungkin baginya membazir je...dalam hati dah nekad...sampai kat umah mesti try buat jugak petang nih...so saya try google cari resipi popcorn ni, dan hati berkenan dengan resipi oleh Mat Boyot (dot) Com sebab disertakan dengan langkah demi langkah lagi memang very detail explanation....memandangkan semua bahan2 dah tersedia kat dapur tu..apalagi sayapun gigih kat dapur sorang2 nak try buat popcorn nih...kebetulan hubby tengah tido...anak2 pulak ralit kat atas tengok tv..ermmm elok sangatlah...pasni kalau dah jadi buleh buat ..suprised..kat diaorang hihihi......akhirnya usaha saya tidak sia2...homemade caramel popcorn ni menjadi dan sedap pulak tu...kalah kat kedai sebab saya buat banyak karamel so memang menyaluti semua popcorn tu....bila hubby bangun tido saya terus tunjukkan kepadanya...nak kasi dia terkejut...baru dia tahu sape bini dia nih...ingat tak pandai ke...wakakaka...akhirnya hubby dan anak2 dok puji betapa sedapnya popcorn yang saya buat nih...sambil tangan memasing laju jer dok kunyah popcorn hasil airtangan saya nih......saya cuma buat 1 cawan jer takut tak jadi....hasilnya memang banyak....baru saya tahu betapa untungnya peniaga popcorn nih...kalau pembaca diluar sana nak try buat homemade caramel popcorn ni resipi kat bawah yer....tapi sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Mat Boyot atas usaha gigihnya menunjukkan langkah demi langkah tuk buat popcorn ni.....saya tak sempat nak amik gambar langkah demi langkah..boleh lihat SINI untuk lebih jelas lagi....
HOMEMADE CARAMEL POPCORN
Sumber: Mat boyot (dot) Com
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
2-3 sb minyak masak-saya guna 5 sb marjerin
Kuali yang ada penutup
2 genggam jagung kering-saya guna 1 cawan ( cawan periuk Noxxa)
Panaskan minyak.Bila dah panaskan campak 2 genggam jagung.Kacau sampai semua jagung kena minyak.Kecilkan api dan tutup kuali.Bila popcorn dah start meletup,rajin2kan diri gerak2kan kuali dari luar untuk pastikan semua popcorn meletup.Jangan buka tudung.Tunggu hingga tak ada bunyi letupan langsung.Tutup api dan alih ke bekas lain supaya popcorn tidak hangus.
Sos Karamel:
1 cawan gula perang
4 sdb salted butter-saya guna marjerin
1/2 tin susu pekat manis
1 sb esen vanila
1 sdt garam-saya tambah
Kacau semua bahan hingga gula dan butter cair.Bila dah nak mendidih,padam api supaya tidak hangus.Rasakan..kalau terlalu manis masukkan nescafe untuk balancekan rasa.Tuangkan sos karamel ke dalam pop corn dan gaul sampai rata.
Ratakan popcorn diatas dulang yang telah dialas dengan baking paper.Agak2 kalau tebal sangat popcorn tu pakai 2 dulang sebab kalau layer nipis baru crunchy.
Panaskan oven selama 35-45 minit sampai popcorn nampak kering.Saya bakar cuma10-15 minit jer...sebab dah nampak garing.Guna suhu 160C dengan api atas bawah (saya guna suhu 200C supaya cepat garing).Setiap 10 minit keluarkan dari oven dan kacau guna senduk.Kalau melekat pisah2kan.
Masa baru angkat memang popcorn nampak lemau skit.Anginkan dibawah kipas sehingga popcorn tu crunchy.Simpan dalam bekas kedap udara...
Jom Try Buat..
Thursday, 28 January 2016
Tuesday, 26 January 2016
PENGAT PISANG NANGKA
Masa balik kampung baru2 ni ayah saya telah membekalkan 2 sikat pisang nangka untuk saya bawa pulang ke TM...tiap kali balik kampung ada saja ole2 yang dibekalkan oleh ayah....alhamdulillah... syukur pada
Allah swt kerana masih memanjangkan hayat kedua ibubapa saya untuk memberikan kasih sayang kepada semua anak-anaknya....pisang nangka tu adalah hasil penat lelah ayah yang hobinya suka bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah.....bila sampai kat TM saya dok pikir nak masak apa dengan pisang nih...akhirnya saya pilih untuk buat pengat saja...lagipun semua anak2 saya suka makan pengat....bila masak jer mereka dah tak sabar nak makan walaupun masih panas lagi....huhuhu....pada usia mereka yang sebegini...14-5 tahun memang kuat makan weiii...untuk resipinya boleh lihat DISINI
Jom Try Buat...
CENCARU MASAK SWEET SOUR
Alhamdulillah......akhirnya kali ni baru berpeluang update blog......bila dah start sekolah memang banyak sangat kerja yang perlu dibereskan.....sampaikan nak jenguk blog pun tak terbuat......sekarang ni baru lega skit.....kali ni saya nak kongsikan resipi Cencaru Masak Sweet Sour....buatnya minggu lepas ...simpan dulu gambar dalam folder...rasanya memang sangat sedap...nak2 kalau makan ngan nasik panas2...bagi mereka diluar sana yang buntu dok fikir nak masak lauk apa untuk hidangan tengahari ni bolehlah try resipi ni...jom semak resipinya
CENCARU MASAK SWEET SOUR
Oleh:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru dibelah belakang dan dilumur dengan garam kunyit.Saya belah kedua2 belakang supaya nanti kuahnya akan meresap ke dalam ikan nih...
Goreng hingg masak dan ketepikan.
Kisar 8 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,kunyit hidup sebesar ibu jari,halia sebesar ibu jari,2 helai daun limau purut dibuang urat dan dipotong nipis serta sedikit belacan hingga halus.Kalau ada serai boleh letak 1 batang...lagi mengancam baunya masa tumis nanti....saya tak letak sebab tak de stok..
2 biji limau kasturi...kalau takde boleh gantikan dengan 2 keping nenas dicincang halus.Limau ni saya amik kat umah mak...tiap kali balik kg mesti kutip limau ni untuk buat stok dalam masakan...
1 biji tomato dipotong dadu,2-3 helai daun limau purut,1 labu bawang besar dipotong tebal dan 2 biji limau kasturi dibelah dua dan buang bijinya tau...
Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya.Kacau rata...biarkan mendidih seketika.Masukkan daun limau purut,tomato,bawang besar dan limau kasturi...kacau biar semuanya sebati...
Akhir sekali masukkan ikan cencaru yang telah siap digoreng tadi...balik2kan ikan tu supaya mesra dengan kuah..tutup api..
Sedia untuk dihidangkan...
Jom Try Buat...
Tuesday, 5 January 2016
BUBUR NASI,KANGKUNG GORENG BELACAN DAN SAMBAL TUMBUK/TOTOK
Hidangan tengahari kami sekeluarga Bubur Nasi,Kangkung Goreng Belacan dan Sambal Totok pembuka tirai tahun baru 2016...semuanya gara-gara si bongsu saya ..Damia merengek minta dibuatkan bubur nasi a.k.a nasi air .Sebelum ni hubby telah membawa kami menikmati nasi air di Wakaf Che Yeh yang boleh dikatakan ok jugaklah pada tekak kami sekeluarga.... lepas tu bila balik ke TM beli pulak nasi air ni.... kira cam ketagih nasi air la pulak.....selang dua tiga hari dia dok minta saya buatkan nasi air lagi...walaupun saya dah tahu resipi nasi air ni serta pernah terbuat nasi air yang tak sengaja lihat SINI..tapi kali ni saya nak buat kelainan skit...makan bersama kangkung goreng belacan dan sambal totok....kerana saya telah berkenan dengan resipi bubur nasi dalam blog yatie memories...cuma saya tambahkan kuah sup ayam serta isi ayam yang dicarik2 kecil...dan ternyata sangat ummph....sampaikan meriah sungguh anak2 saya dan hubby di meja makan dok mengulas nasi air yang sedap dan ternyata ada kelainannya...terutamanya sambal totok yang sangat sesuai dimakan bersama bubur nasi ni...bukan nak puji diri sendiri tapi bubur nasi yang saya buat kali ini jauh lebih sedap daripada yang kami nikmati sebelum ni....terima kasih daun keladi pada yatie memories atas kesudian beliau berkongsi resipi yang ternyata.... pasni akan dibuat lagi dan lagi....
Sumber:yatie memories
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi
2 cawan beras
10 cawan air-boleh tambah lagi kalau terlalu pekat-saya guna 14 cawan sebab guna beras Siam
Sedikit garam
1 ketul kiub ayam Knorr-saya skip
2 biji kentang dipotong dadu-saya tak letak
Cara-cara:
1.Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air,sedikit garam dan kentang yang didadu.
2.Setelah hampir kering airnya,masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata.Masak sehingga menjadi bubur.Kalau kurang lembut,boleh tambah air lagi.
3.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sambal totok dan kangkung goreng...serta aksesori yang lain...saya tambah isi ayam yang direbus dan dicarik halus,telur dan telur masin.
Kangkung Goreng Belacan
2 ikat kangkung
segenggam ikan bilis*-buangkan kotoran
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
1 tangkai cili merah *
8 biji cili padi merah/hijau*-saya skip
Garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara2:
1.Potong sayur kangkung ikut suka,cuci bersih dan toskan.Ketepikan dulu.
2.Tumbuk bahan2 yang bertanda * sehingga lumat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.Masukkan kangkung dan gaul rata,masukkan garam,gula,serbuk perasa dan gaul lagi.
5.Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dalam 3 minit.Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
6.Bila dah masak tutup api dan hidangkan.
Sambal Tumbuk/Sambal Totok
3 tangkai cili merah-saya guna 4 biji
10 biji cili padi merah-saya skip
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis-dibersihkan kotoran,cuci can toskan
secubit garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
Cara menyediakannya:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat dan toskan.
2.Goreng pula bawang putih,angkat dan toskan.
3.Goreng pula lada dan cili merah.Tutup kuali dgn tudung periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak meletup.Goreng dalam 3 minit jer.Angkat dan toskan.
4.Tumbuk cili merah,cili padi,bawang putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur.Masukkan secubit garam dan gula.
5.Masukkan pila ikan bilis yang selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
6.Setelah siap,gaul rata dan letakkan dalam mangkuk.Sedia untuk dihidangkan bersama bubur nasi.
.
Sup Ayam Simple
Rebus 2 ketul dada ayam bersama kaki dan tengkuk ayam serta 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih yang diketuk,1 ketul kiub pati ayam maggi,sup bunjut,1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga dan 1 batang kayu manis.Bila mendidih angkat isi ayam dan carikkan kecil2.
Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam sup yang sedang mendidih...tambahkan garam dan gula...biarkan mendidih sebentar dan tutup api.Taburkan daun sup dan bawang goreng .
Jom Try Buat..
Sumber:yatie memories
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi
2 cawan beras
10 cawan air-boleh tambah lagi kalau terlalu pekat-saya guna 14 cawan sebab guna beras Siam
Sedikit garam
1 ketul kiub ayam Knorr-saya skip
2 biji kentang dipotong dadu-saya tak letak
Cara-cara:
1.Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air,sedikit garam dan kentang yang didadu.
2.Setelah hampir kering airnya,masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata.Masak sehingga menjadi bubur.Kalau kurang lembut,boleh tambah air lagi.
3.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sambal totok dan kangkung goreng...serta aksesori yang lain...saya tambah isi ayam yang direbus dan dicarik halus,telur dan telur masin.
Kangkung Goreng Belacan
2 ikat kangkung
segenggam ikan bilis*-buangkan kotoran
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
1 tangkai cili merah *
8 biji cili padi merah/hijau*-saya skip
Garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara2:
1.Potong sayur kangkung ikut suka,cuci bersih dan toskan.Ketepikan dulu.
2.Tumbuk bahan2 yang bertanda * sehingga lumat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.Masukkan kangkung dan gaul rata,masukkan garam,gula,serbuk perasa dan gaul lagi.
5.Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dalam 3 minit.Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
6.Bila dah masak tutup api dan hidangkan.
Sambal Tumbuk/Sambal Totok
3 tangkai cili merah-saya guna 4 biji
10 biji cili padi merah-saya skip
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis-dibersihkan kotoran,cuci can toskan
secubit garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
Cara menyediakannya:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat dan toskan.
2.Goreng pula bawang putih,angkat dan toskan.
3.Goreng pula lada dan cili merah.Tutup kuali dgn tudung periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak meletup.Goreng dalam 3 minit jer.Angkat dan toskan.
4.Tumbuk cili merah,cili padi,bawang putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur.Masukkan secubit garam dan gula.
5.Masukkan pila ikan bilis yang selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
6.Setelah siap,gaul rata dan letakkan dalam mangkuk.Sedia untuk dihidangkan bersama bubur nasi.
.
Sup Ayam Simple
Rebus 2 ketul dada ayam bersama kaki dan tengkuk ayam serta 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih yang diketuk,1 ketul kiub pati ayam maggi,sup bunjut,1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga dan 1 batang kayu manis.Bila mendidih angkat isi ayam dan carikkan kecil2.
Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam sup yang sedang mendidih...tambahkan garam dan gula...biarkan mendidih sebentar dan tutup api.Taburkan daun sup dan bawang goreng .
Jom Try Buat..
Sunday, 3 January 2016
KARIPAP RANGUP
Setiap kali ingin membuat karipap saya pasti akan menggunakan resipi ini.Pemilik asalnya adalah AlongRoz..tapi saya mengambilnya dari blog yatie memories.Ternyata dohnya lain dari yang saya pernah buat sebelum ni kerana menggunakan gabungan tiga jenis tepung iaitu tepung gandum,tepung beras dan tepung ubi.Masa memula nak try buat tu rasa macam tak yakin jer...tapi bila dah siap goreng ...ermmm memang tebaek laaa....kulitnya sangat rangup..berbeza dengan resipi yang saya pernah buat sebelum ni...sekarang ni memang tak pandang dah resipi yang lain...musti nak guna yang ni jugak....sebab memang puas hati.Oleh kerana cuti panjang ni...mai angin rajin nak buat stok frozen karipap..kalau dah buka sekolah nanti..payah skitlah nak menguli karipap ni...so saya pun buatlah 2 jenis inti...inti sardin dan inti ubi kentang campur ayam kisar.Anak lelaki saya yang nombor dua tak makan karipap inti sardin...so mama kena sediakanlah inti ubi ni....nanti kesian pulak dia tengok orang dok belasah karipap sardin ni..hihihi...sambil2 tu saya letak telur rebus dalam karipap inti ubi tu.. maka jadi la ala-ala karipap IKEA gitu....oleh kerana tamak punya pasal saya telah mengadun sebanyak 2 adunan...time nak menggelek dan kelim karipap tu jenuh la weiii...terpaksa minta bantuan hubby untuk kelim karipap tu....apapun hasilnya memang banyak le...100 biji karipap berjaya dihasilkan..fuhh...cam nak jual la pulak....saya hanya goreng sedikit sahaja,...selebihnya saya goreng sekejap..pastu frozenkan....bila teringin nak makan ..tinggal goreng jer...senangkan....apapun terima kasih sesangat pada AlongRoz dan Yatie kerana berkongsi resipi karipap yang tebaek nih....
KARIPAP RANGUP
Sumber:yatie memories,AlongRoz
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sdb gula
1 sk garam
3 sdb marjerin*
1/4 cawan minyak masak*(*panaskan)
1 cawan air-tuang sedikit demi sedikit
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan2 kering ke dalam bekas yang besar.Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh lembut.
Bahagikan doh kepada bebola kecil.
Leperkan.Saya guna mesin lagi senang dan ketebalannya pun sekata.
Isi dengan inti kegemaran.Yang ni saya letak inti ubi dan 1/4 potongan telur rebus.Tutup dan kelim kemas.
Buat sehingga habis doh.
Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing.
Karipap ini lebih rangup sekiranya digoreng 2 kali.Walau digoreng lagi,karipap ni tetap tak berminyak.
Untuk difrozenkan cuma goreng sekejap jer...bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain.
Karipap inti ubi dan telur ala IKEA.
Enak dinikmati ketika minum petang...atau sarapan pagi
Saya sukakan inti sardin berbanding inti ubi.
Jom Try Buat..
Friday, 1 January 2016
KULAT SISIR GORENG BERSAMA TELUR
Inilah kali pertama saya masak Kulat Sisir Goreng Bersama Telur untuk hidangan makan tengah hari.Tak tau kenapa semasa singgah beli barang basah, saya terpandang kulat sisir dan mulut laju jer minta dibungkuskan kulat sisir ni....sambil2 tu nak test anak2 makan ke tak kulat sisir ni..Cerita pasal kulat sisir ni..ia mengingatkan kenangan saya semasa zaman kanak2 dulu....selalu kutip kulat sisir yang banyak tumbuh kat batang pokok yang tumbang...terutamanya selepas musim hujan...sebab tu ada pepatah mengatakan" bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan"....bila bawak pulang emak saya akan goreng kunyit jer....makan dengan nasi panas...alangkah nikmatnya....tapi sekarang ni nak jumpa kulat sisir kat kampung saya ni susah sikitlah... teringat saya semasa bertugas di SMKI ada pelajar yang menjual kulat sisir ni pada guru2...sebab kawasan tersebut dipenuhi dengan kebun getah...so memang senang la nak jumpa kulat sisir ni....berbalik pada cerita kulat sisir goreng bersama telur ni....time makan tengahari anak2 saya tanya...mama goreng daging ker...nape daging tu hancur.....ngehngehngeh.....rasa kelakar pulak....kulat sisir dikatanya daging....apapun bila saya terangkan berkenaan kulat sisir ni...diorang makan jer....siap cakap suruh buat lagi..... sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Azie Kitchen kerana saya telah membuat rujukan resipi di blognya....walaupun ringkas tapi memang sedap....
KULAT SISIR GORENG BERSAMA TELUR
Sumber :Azie kitchen
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan2:
1 tin susu kulat sisir-saya guna 1/2 tin saja
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris-saya tambah
4- 5 biji cili padi-potong kecil
2-3 biji telur ayam-saya letak 2 biji
Garam
Gula,ajinomoto-saya tambah
Cara2:
KULAT SISIR GORENG BERSAMA TELUR
Sumber :Azie kitchen
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan2:
1 tin susu kulat sisir-saya guna 1/2 tin saja
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris-saya tambah
4- 5 biji cili padi-potong kecil
2-3 biji telur ayam-saya letak 2 biji
Garam
Gula,ajinomoto-saya tambah
Cara2:
Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran.Basuh 2/3 kali,perah dan toskan.
Bahan2 yang perlu disediakan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kulat dan goreng sehingga air kering.
Masukkan cili padi dan bawang besar,garam,gula dan ajinomoto.Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
Kacau rata biarkan semuanya mesra dan tungga sehingga telur masak.Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedap dimakan time panas2...ratah gitu jer pun sedap.
Jom Try Buat...
Subscribe to:
Posts (Atom)