Monday, 22 December 2014

LAKSAM KELANTAN

Assalamualaikum wbt...terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di blog saya ni.Hari ini saya nak  kongsikan satu resipi menu tradisi Kelantan iaitu Laksam.Sebenarnya laksam ini saya buat semalam sebagai  juadah  sarapan pagi ....jemu jugak asyik pekena nasi jer kan.Laksam ni menjadi salah satu menu sarapan pagi di Kelantan selain Nasi Kerabu,Nasi Berlauk dan Nasi Lemak.Tapi biasalah....laksam yang jual kat kedai tu tidak begitu menepati citarasa saya ni....kekadang tu laksamnya keras,kuahnya terlalu cair ataupun rasanya kurenggg ummphhs...Sekarang ni kebanyakan laksam  di buat  di kilang bersama-sama dengan laksa....so bila dah buat dikilang sah-sah rasanya sudah tidak ori lagi.Resipi laksam ni saya ambil daripada ibu saya yang pakar membuat laksam.Dulu ibu saya berniaga laksam di pasar minggu.Tapi sekarang ni disebabkan faktor usia maka ibu saya tidak lagi berniaga.Tapi setiap kali kami adik beradik balik kampung ibu pasti akan sediakan laksam ni atas permintaan anak-anak.Risau memikirkan resipi ini akan lenyap seandainya ibu sudah tiada.. maka saya meminta ibu membuat demo membancuh sukatan untuk membuat laksam ini....terpaksalah saya sukat menggunakan jumlah yang tepat kerana kata ibu....orang zaman dulu-dulu masak main agak-agak jerr...Sekarang ni sayalah yang paling mahir menyediakan laksam dalam kalangan  adik- beradik saya.Walaupun kami semuanya 5 beradik perempuan!...selalunya saya akan buat laksam ni time hujung minggu atau cuti sekolah je...kalu time keja terkejar-kejarlah saya di dapur...saya akan buat laksam dan kuah pada sebelah malam,pagi tu tinggal nak panaskan kuah dan proses ulam dan sambal cili jerr...lagipun laksam masih lembik selepas dikukus...perlukan beberapa jam untuk mendapatkan tekstur yang elok.Ok jom kita semak resipinya.

 

LAKSAM KELANTAN

Sumber:Warisan Keluarga

Bahan-bahan:

500 gm tepung beras- selalunya saya guna Cap Bunga Teratai atau Cap Golden Coins

1 cawan tepung gandum

8 cawan air

Cara-cara:

1.Satukan kesemua bahan dalam satu bekas.Kacau hingga tidak bergentel dan tapiskan.

2.Panaskan kukusan  hingga airnya mendidih.Ambil  tudung periuk/ loyang sapukan minyak masak supaya tidak melekat .

3.Letakkan tudung periuk/ loyang tadi ke dalam periuk kukusan dan masukkan lebih kurang 2 senduk adunan tadi kedalam loyang (bergantung kepada saiz tudung periuk/ loyang).Perlu diingatkan laksam  ini tidak boleh terlalu tebal kerana apabila anda menggulungnya nanti ia akan pecah.

4.Kukus selama 7-10 minit.Angkat dan sejukkan sebentar sebelum digulung.Ulangi mengukus laksam sehingga siap.

 

Kuah

Bahan-bahan:

8 ekor ikan selayang-direbus bersama sedikit garam dan asam keping, sejukkan, dibuang tulang dan ambil isinya

350 ml santan pekat

300 ml air

1 labu bawang besar kuning*-kisar halus

8 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1inci halia*

 1/2 sdt serbuk lada hitam

3 keping asam gelugur

Garam,gula dan serbuk perasa

Cara-cara:

1.Kisar isi ikan bersama sedikit air.Masukkan kedalam periuk.

2.Masukkan santan pekat bersama-sama dengan air dan bahan kisarke dalam periuk...kacau sebati,letakkan periuk di atas dapur dan  gunakan api yang sederhana.Anda perlu sentiasa mengacau kuahnya untuk mengelakkan ia berketul-ketul.

3.Masukkan asam keping,serbuk lada hitam,garam, gula dan serbuk perasa secukupnya,kacau hingga mendidih sesuaikan rasa dan tutup api.

Ulam-ulaman:

Tauge,kacang panjang,timun,bunga kantan,daun kesom,daun serai kayu

-Tauge dibuang ekornya,yang lain-lain tu dihiris halus.

Sambal cili:

10-15 biji cili api

Garam secukupnya

-Tumbuk kedua-dua bahan ini hingga hancur.

Kalau anda malas nak menyediakan sambal cili ni boleh juga  digantikan dengan sambal belacan ...ok aje

selepas siap dikukus....

 

 

 

Jemput makan...

 

 

Nota:

1.Selepas ditutup apinya,kuah mesti dikacau sekali-sekala sehingga suam untuk mengelakkannya berketul.

2.Untuk sambal cili,perlu dilebihkan garam kerana sambal ini agak kering.

3.Daun serai kayu akan menaikkan lagi aroma ulam-ulaman anda.

4.Lebih enak lagi  di makan bersama-sama sedikit belacan.

5.Untuk menghasilkan kuah yang sempurna ianya tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat...yang sedang2 jerrr..

 

Selamat Mencuba 

 

 


Saturday, 20 December 2014

SAUSAGE BUN


Assalamualaikum ....alhamdulillah hujan kat tempat saya ni sudah pun teduh biarpun cuaca masih lagi mendung.Hal ini pastinya meredakan perasaan gundah gulana mangsa-mangsa banjir mengenangkan banyak harta benda yang musnah.Syukur alhamdulillah rumah saya tidak ditenggelami air...petang ni merajinkan diri menyediakan sausage bun untuk minum petang.Anak-anak saya begitu menggemari roti sosej ni...kalau time sekolah saya akan sediakan bekal untuk mereka kerana anak-anak saya tidak berapa suka membeli makanan di kantin.Selain buat bekal untuk mereka saya juga turut membawa bekal ke tempat kerja...Ok resipi ini saya ambil dari blog Yatie Memories dan juga Che Mat Gebu...sebelum ni saya hanya mencuba buat roti manis jerr..bila terpandang roti sosej kat blog Yatie ni..keinginan saya untuk membuat roti ini semakin membuak-buak.Apalagi terus ke kedai bakeri untuk mendapatkan bahan-bahannya.Bila siap jer roti ni...anak-anak memang dah tak sabar nak mencubanya...termasuk mamanyerr sekali le tu...pergghhh sedap sungguh...rasanya sama cam beli kat kedai jer...ermmm pas ni tak perlulah  beli..buat sendiri lagi jimat dan tahap kebersihan pun dah pasti terjamin...Terima kasih pada Yatie dan Mat Gebu kerana berkongsi resipi yang memang sedap ni.Kepada anda di luar sana jom merajinkan diri membuat roti ni...sekolah pun tak lama lagi dah nak buka..bolehlah buat bekal untuk anak- anak.Mari kita semak resipinya.

 

Sausage Bun

Sumber:Yatie Memories n Che Mat

 

Bahan-bahan:

250gm tepung roti (high protein)

50 gm gula halus

1/2 sdt garam halus

10 gm susu tepung(mat guna susu 'everyday',saya guna susu dutch lady)

1/4 sdt bread improver

1/4 sdt bread softner

30 gm telur (pecahkan 1 biji,kacau sedikit dan timbang)

6 gm instant yeast (saya guna mauripan)

20gm mentega

125 ml air suam (kalau guna BM guna air biasa)

10 batang sosej "Ayamas"-celur sekejap,tos dan sejukkan

Mayonis secukupnya

Sos cili/sos tomato secukupnya

Mix vege secukupnya


Cara membuatnya:

Untuk doh:

1.Larutkan yis dalam air suam,biar berbuih.Satukan semua bahan lain kecuali mentega,masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.

2.Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit).

3.Bulat2 kan doh,letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih,biarkan 45 minit hingga naik.

 

Kaedah lain:

1.Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker,pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON",tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap,ikut jenis BM masing-masing).

2.Keluarkan doh,tumbuk untuk membuang udara,bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar,(lebih kurang 50gm setiap satu).Ambil satu bahagian,canai memanjang,leperkan,letak satu batang sosej ayam yang dibelah dua dan tekan2kan sikit.

3.Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.Jarakkan antara satu sama lain.Buat hingga siap.Perap 45 minit.

4.Sapu dengan sedikit telur tadi (30gm) rata2.Tabur mix vege,kemudian paipkan sos cili/tomato dan juga mayonis.Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20-25 minit.Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

 

 

Doh perlu dicanai memanjang,leperkan dan letak 1 batang sosej ayam yang telah dibelah dua. Yang kat tengah tu saya cuba buat bentuk 
 spiral...
















Taburkan mix vege,paipkan sos cili/tomato dan juga mayonis sebelum dibakar..

 

 

 


Taraaaa...dah siap






 

 

Selamat mencuba


 

Thursday, 18 December 2014

Cucur Kembung Manis

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera.Hari ini bumi Tanah Merah disirami dengan hujan yang mencurah-curah.Sejak dari malam tadi hinggalah ke petang hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.Jadi segala aktiviti di luar rumah juga turut terhenti.Anak-anak dok tercongok depan TV jer laaa...keje sekolah pun  tak ada maklumlah cuti hujung tahun.Bila cuaca yang sejuk macam ni... perutpun cepat jer lapar.Jadi sayapun merajinkan diri untuk membuat kudap-kudapan untuk senaman mulut sambil menonton TV. Resipi ini hasil  intaian saya di blog Resipi Citarasawan.Bahan-bahannya sangat mudah dan cara penyediaannya pun juga sangattt senang. Rasanya pula rangup di luar dan lembut di dalam. Anak-anak saya sangat menyukainya tambah tambah lagi dengan cuaca yang dingin nih.Sekejap jerr dah licin.Walaupun cuma menggunakan tiga bahan namun hasilnya tidak mengecewakan.Saya sangat kagum dengan hasil kerja K.Wan yang sangat halus buatannya.Memang tak termampu oleh saya untuk menghasilkan segala bagai  kuih muih yang dipamerkan dalam blognya.Terima kasih kepada K.Wan kerana berkongsi  resipi yang mudah dan sedap ni.OK tak mau celoteh panjang mari kita semak bahan-bahannya.

 

 CUCUR KEMBUNG MANIS

 Sumber: K.Wan (Citarasawan)

 

 

 Bahan-bahan:

 3 cawan tepung gandum

 3 caw an air panas (air yang mendidih)

 1/2 cawan susu pekat manis

 secubit garam

 1 sdt baking powder-optional ( saya tak letak)

 

 

 Cara-cara:

 1.Satukan semua bahan dan gaul sebati.Adunan menjadi doh yang melekat di tangan.

 2.Biarkan doh suam dahulu supaya senang dibulat-bulatkan.

 3.Basahkan tangan dengan air supaya doh tak melekat.Ambil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan bulat-bulatkan.Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana panas.

 













Tuesday, 16 December 2014

KEK KEJU OREO BADAM

Assamualaikum wbt...dan salam sejahtera....N3 hari ini ialah Kek Keju Oreo Badam.Saya sebenarnya bukanlah penggemar keju yang tegar...dengan kata lain saya kurenggg skit dengan masakan yang menggunakan keju.Tatkala saya menjengah dapur  Secuitrasa Umiejazz  saya berkenan sekali dengan resipi ini...bila tengok gabungan biskut oreo,badam dan keju dalam hati saya terdetik mesti rasanya....ermmmm enak bangett.Lalu saya ke kedai bakeri untuk mendapatkan bahan- bahannya...bila masak jerr kek ni...terus saya merasanya...memanggg terbaik...rasa lemak keju,kerangupan badamnya memang sekejap jerr kek ni dah licin...anak-anak pun memang suka sangat....bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai saya syorkan anda kena doublekan adunan ini..Terima kasih sekali lagi kepada UJ kerana berkongsi resipi yangsangat sedap ni. Jom kita semak resipinya...


KEK KEJU OREO BADAM

Sumber: Secuitrasa Umiejazz


Bahan-bahan: Base

120 gm biskut oreo dibuang krim

3 sb marjerin

 

Cara:

1.Hancurkan biskut oreo.

2.Masukkan marjerin,gaul rata sehingga boleh dikepal.Tekan dalam loyang base.

3.Panaskan oven,bakar selama 10 minit.

4.Keluarkan dan ketepikan.

 

Bahan filling:

250gm cream cheese (phily)

40 gm gula kastor

1/2 sdt esen vanilla

1 biji telur

70 ml whipping cream

1/2 sdt juslimau kasturi/jus lemon

10 keping biskut oreo di patahkan(buang krim)

3/4 cawan badam hiris-saya letak 1/2 cawan jerr


Cara:

1.Pukul cream cheese dan gula kastor hingga sebati.

2.Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul rata.

3.Masukkan whipping cream dan pukul rata.

4.Masukkan biskut dan gaul hingga sebati.

5.Ambil loyang base tadi dan taburkan badam hiris kedalamnya.

6.Tuangkan pula adunan cheese kedalam loyang tadi sehingga habis.

7.Taburkan badam hiris di atasnya.

8.Bakar secara "steam bath" selama 45 minit-1 jam dengan suhu 60 degree mengikut oven masing-masing.

9.Bila kek dah masak...biarkan dalam oven dan renggangkan sedikit pintu oven.Biar sehingga sejuk.Longgarkan keliling loyang dengan pisau.


 

 

 

Monday, 15 December 2014

Roti Arab

Assalamualaikum wbt... memandangkan cuaca di Pantai Timur ketika ini  sentiasa disirami dengan hujan,maka perut pun sentiasa berkeroncong minta diisi.Selalunya bila cuaca sejuk ni kita mesti nak makan makanan yang panas...Di sini saya ingin berkongsi satu resipi yang sang at mudah untuk disediakan  dan yang paling penting sangat sedap. Resipi Roti Arab ni hasil intaian saya di blog AlongRoz@ Home Kreation.Saya begitu teruja sekali untuk mencuba resipi ini kerana saya tidak pernah merasa roti arab sebelum nih...ternyata bila saya membuatnya sebagai sarapan pagi pada cuti hujung minggu anak-anak dan suami begitu menggemarinya...Roti ini sesuai dimakan dengan kuah kari.Jadi saya gandingkannya dengan Kari Ayam...memang sesuai sekali.Jom kita lihat bahan-bahannya.Terima kasih pada AlongRoz atas perkongsian resipi yang sangat senang dan sedap nih....

 

 Roti Arab

 

 Sumber: AlongRoz@Home Kreation

 Anggaran:18 biji

 

 Bahan-bahan:

 500gm tepung gandum

 2sb mentega( saya guna marjerin)

 2 sb gula

 2 sb  minyak masak

 300ml air suam

 6 gm yis segera@ 1 sdt

 Cara-cara:

 1.Mentega,minyak dan gula dibancuh dengan air suam.

 2.Tepung digaul dengan yis.

 3.Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental.

 4.Perap selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.

 5. Uli semula dan buat bulat-bulatkan dalam 18 biji.Canai nipis lebih kurang 0.4cm.

 6.Panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji,tunggu hingga roti kembung dulu baru diterbalikkan.

 7.Sedap dimakan bersama kari ayam/ daging/sayur.

Thursday, 11 December 2014

CARROT CUPCAKE

Assalamualaikum....hari ini saya nak kongsi resipi carrot cupcake yang sangat sedap...pada tekak saya laa...sebelum ni saya dah cuba beberapa resipi kek carrot tapi ternyata tidak menepati citarasa saya.Alhamdulillah saya terjumpa resipi ini dalam Majalah Saji keluaran Mei 2012.Resipi ini hasil air tangan juara Masterchef Malaysia Musim pertama iaitu Ezani Farhana Md Monoto. Bila  saya tengok bahan- bahan dan cara penyediaannya yang senang maka saya pun teringin untuk mencubanya...dan hasilnya memang tidak mengecewakan...walla enak bangett...jom kita tengok resipinya

 

CARROT CUPCAKE

 Sumber: Majalah Saji Mei 2012


 Bahan-bahannya:

 2 cawan tepung gandum- ayak

 2 sk serbuk penaik- ayak

 11/2 sk soda bikarbonat- ayak

 21/2 sk kulit kayu manis- (saya tak letak sebab takde stok).

 1 sk garam- ayak

 2 3/4 cawan lobak merah-parut

 1 cawan nenas dalam tin-hancurkan sedikit( saya cincang kasar)

 1 cawan walnut-panggang dan cincang

kasar

 1 cawan kismis

 1 cawan kelapa kering

 1 1/2 cawan minyak sayuran- (saya guna minyak jagung)

 1 1/3 cawan gula

 4 biji telur

 

 Cara menyediakan:

 1.Panaskan ketuhar pada suhu 165°C

 2.Pukul telur,gula dan minyak hingga sebati menggunakan pemukul tangan atau senduk kayu.

 3.Tambah campuran semua bahan yang telah diayak ke dalam campuran telur dan kacau hingga sebati.

 4.Kemudian campurkan bahan- bahan yang selebihnya.

 5.Tuangkan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-30 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering.

 Jika anda ingin letakkan aising  bolehlah merujuk resipi di bawah.Saya tak letak sebab makan camtu jerr dah sedap...tapi kalau letak aising lagilah sedappp....


 Bahan- bahan aising:

 200gm krim keju- lembutkan pada suhu bilik

 50 gm mentega- lembutkan pada suhu bilik

 21/2 cawan gula aising- diayak

 1 sk esen vanilla

 Pukul semua bahan aising hingga sebati dan kembang menggunakan pemukul elektrik.Paipkan aising di atas kek.

..

Sebelum dibakar....

 

 

 Ermmm...yummy

 

 Selamat mencuba...




















 


Sunday, 7 December 2014

TALAM SUJI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...petang ni saya ingin kongsikan resipi yang sesuai untuk  dijadikan sebagai menu minum petang  iaitu Talam Suji.Resipi ini saya ambil dari blog yatie memories yang terkenal dengan jolokan Ratu Talam di kalangan blogger masakan.Saya memang kagum dengan setiap resipi dalam blognya terutama aneka kuih talam yang memang mengujakan sesiapa yang melihatnya.Saya telah mencuba beberapa resipi kuih talamnya....dan hasilnya memang menjadi... terima kasih pada  K. Yatie kerana berkongsi resipi yang sedap ini.

Talam Suji

 Sumber: Yatie Memories


Bahan-bahan:

Untuk  lapisan bawah

 Bahan ( A)

180gm tepung suji@ semolina

 450gm air

 

 Bahan (B)

 220 gm gula

 2 biji telur

 200ml santan

 250ml air

 pewarna kuning

 

 Cara-caranya:

 1.Rendam bahan-bahan A selama 30 minit.Rendam dalam periuk.

 2.Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas,kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.

 3.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Kacau biar keras sedikit(adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).

 4.Guna Loyang 10 × 10 × 2 @ 3.Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untukl mengeluarkan kuih.Kukus selama 25 minit.

 

 Bahan- bahan  untuk lapisan atas.

 

 Bahan (A)

 300gm gula merah

 50gm gula kastor

 500ml air

Bahan (B)

 150gm tepung gandum

 3 biji telur

 250ml santan

 1/2 sdt garam

 

 Cara-caranya:

 1.Rendam bahan- bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.

 2.Satukan semua bahan- bahan B ,kacau sehingga rata.

 3.Masukkan bahan B ke dalam A dan tapis.

 4.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu,jangan sampai pekat dan jangan cair sangat.Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.

 4.Tuang ke atas lapis an bawah dan kukus selama 30 minit.

 























 

KARI AYAM GAYA GOA

Assalamualaikum wbt...untuk entri hari ini saya ingin berkongsi  resipi Kari Ayam Gaya Goa...resipi ini hasil intaian saya di blog yatie memories dan blog Mat Gebu... bila saya lihat bahan- bahannya yang senang diperoleh maka sayapun  teringin untuk mencubanya... dan Yang paling menariknya resipi ini tidak menggunakan serbuk kari...pelikkan... walaupun begitu hasilnya memang sedap.Jom kita semak resipinya.

 

 

 KARI AYAM GAYA GOA

 Sumber: Yatie Memories n Mat Gebu

Bahan-bahannya:

 1 ekor ayam-potong12,cuci bersih dan toskan

4 biji ubi kentang-potong 4

3 biji tomato *

3 biji cili hijau*

3 sb serbuk ketumbar*

3 sb serbuk jintan putih*

2 sk serbuk kunyit*(dikisar halus)

2 ulas bawang besar-dicincang

3 ulas bawang putih-dicincang

1 inci halia-dicincang

1/2 sb biji sawi

4 sb cili kisar(boleh kurangkan)

500ml santan (200ml santan + 300 ml air)

 1/2 cawan jus asam jawa

 2 biji tomato-belah 3 setiap satu

 1 tangkai daun kari

 Garam dan gula secukup rasa

 Serbuk perasa-yang ni saya tambah

 

 CARA MEMBUATNYA:

 1.Panaskan minyak dalam periuk,tumis bawang besar,bawang putih,halia,daun kari dan biji sawi hingga harum.Masukkan bahan kisar halus,cili kisar, dan tumis hingga terbit minyak,guna api kecil dan kacau selalu.

 2.Tuang sedikit air,kemudian masukkan a yam dan kentang.Kacau rata dan masak hingga kentang empuk.Masukkan jus asam jawa.Kacau perlahan dan masukkan santan.

 3.Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap,rasa dan jika OK boleh matikan api.Hidangkan bersama roti,nasi,lempeng atau roti prata.