Thursday, 31 March 2016

LALA TAM PLON

Anak sulung saya... Isya sangat menggemari lala ni...masak la apa-apapun pasti akan habis diratahnya....sebelum ni kalau masak lala saya tak ikut resipipun...apa yang terlintas kat kepala itulah yang saya masak...selalunya saya blend cili kering,bawang merah,bawang putih..pastu tumis....kemudian campaklah apa yang ada kat dalam fridge tu...serai ke,tomato ke....letak daun limau purut...siapp....kali ni saya cari resipi kat blog..apa lagi jenis masakan yang boleh dibuat dengan lala ni...bila tengok Azlita Masam Manis masak Lala Tam Plon ni rasa berkenan pulak...tambah2 gambar yang dimuatkan memang meleleh air liur weii....berdasarkan penerangan kak ita..Lala Tam Plon ni lebih kurang cam masak sweet sour....so kena try nih...resipi ni letak sos pranem..sebab tak de saya gantikan dengan jus lemon yang kebetulan dah lama dok bertapa kat dalam fridge tu...kalau tak de lemon boleh je gantikan dengan jus limau nipis atau limau kasturi......rasanya memang sedappp sangat...memang tak rugi ler try resipi ni...terima kasih pada kak ita kerana berkongsi resipi yang sedap sangat ni...resipi asal katanya adalah dari Dicda MyResipi....jom lihat resipinya......

Bahan-bahan:
1 kg lala

Bahan tumis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan2 di atas ni dihiris halus

Bahan Sos
Sos tiram
Sos pranem-saya gantikan dengan perahan lemon
Sos cili
Sos tomato
Cili boh-saya gantikan dengan cili kering yg  dikisar

Bahan sampingan:
Tomato dipotong dadu
Karot dihiris halus
Cili hijau dihiris halus-saya gantikan dengan cili padi  hijau
Sedikit air
Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Daun limau purut
1batang serai diketuk-saya tambah

Cara membuatnya:

 Cuci bersih lala...rendam seketika dan toskan
 Potong dadu tomato,hiris halus bawang besar,halia,bawang putih,karot dan cili padi
 Panaskan minyak,masukkan bahan tumis hingga naik bau.Masukkan semua bahan sos.Masak hingga kuah mendidih ,kemudian masukkan air.
Bancuh 1 sdm tepung jagung dengan 1/4 cawan air...
 Masukkan tomato,karot,daun limau purut,cili padi,jus lemon dan lala.Kacau hingga sebati.Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.masak hingga air mendidih.Tutup api.
 Hidangkan dengan nasi panas
Jom Try Buat....

Wednesday, 30 March 2016

ROTI BERSOSEJ ALA CONEY DOG

 Anak2 saya suka sangat bawak bekal ke sekolah....selalu saya buatkan Nasi Lemak,Nasi Goreng,Mi/Bihun Goreng....tapi yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Roti Bersosej Ala Coney Dog nilah......cara nak buatnya senang sangat dan saya tak rujuk mana2 resipi pun main belasah ikut suka saya jer....tapi roti ni sangat sedap dan mengenyangkan ...kalau pembaca diluar sana yang kebuntuan idea untuk menyediakan bekal untuk anak2 saya syorkan boleh try wat resipi ni pulak...meh tengok bahan2 dan cara membuatnya



 ROTI BERSOSEJ ALA CONEY DOG
Oleh:MamaMia



 Gunakan sosej yang premium cam brand Marina atau Ayamas sebab rasanya berbeza jika menggunakan jenama yang ekonomi..
 Celur sekejap.Bila mendidih tutup apidan toskan sosej terse but.

Coleslaw....campuran karot dan kobis yang dicincang halus ...campurkan dengan sedikit mayonis,gula gaul biar sebati dan simpan dalam fridge...kalau nak buat tuk bfast boleh buat sebelah malam lagi... 

 Gunakan roti hotdog 10 biji pasai sosej ada 10 bijikan...baru tak membazir...kalau family kecik tu pandai2lah ejas yer
 Belah dua roti,tapi jangan sampai putus weiii....letakkan daun salad atau apa2 sayur yang korang suka cam tomato ke atau timun.Pastu letakkan sesudu coleslaw dan ratakan.Barulah letak sosej yang telah dicelur tadi.
 Saya  suka guna Sos Cili jenama Life begitu juga Sos Lada Hitam ..masukkan dalam beg plastik kecil dan gunting bucunya kemudian paipkan ke atas sosej dan roti
 Taraaa....siap untuk makan....sedap dan mengenyangkan...


Jom try buat....

Tuesday, 29 March 2016

ROTI ARAB a.k.a ROTI PURI

Roti Puri atau sesetengah orang memanggilnya Roti Arab ni memang menjadi salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga.Selalunya saya buat untuk bekpes...tpi kadang2 buat untuk dinner jugak kalau dah tak de idea nak masak..hihihi...sebelum ni, kami memang tak pernah merasa Roti Puri...bila cubaan pertama saya buat Roti Puri yang diambil dari blog AlongRoz terus jatuh cinta...bahan2 untuk membuatnya simple saja dan memang ngam sangat kalau dicicah dengan Kari Ayam....pekena 2 biji dah tersadai kikiki....nak buatnya kena ikut step by step yang betul...kalau tak.. jadi tension bila Roti Puri tak menggelembung bila kita goreng...apa-apapun practice makes perfect.....untuk resipinya boleh rujuk DISINI...saya cuma tunjukkan langkah demi langkah untuk menyenangkan pembaca yang tak pernah lagi buat Roti Puri nih...

ROTI ARAB a.k.a ROTI PURI
Oleh:MamaMia Kitchen

Gelembung elok jer kan...

Cara membuatnya:
Tepung digaul dengan yis.
Mentega,minyak dan gula dibancuh dengan air suam
Kemudian  satukan semua bahan dan uli hingga licin dan kental.Perapselama 1 jam dalam bekas yang bertutup.
Uli semula dan bulat-bulatkan dalam 18 biji.
Canai nipis lebih kurang 0.4cm...tabur papan canai dengan sedikit tepung gandum dan alas dengan plastik time nak menggelek untuk mengelakkan tepung melekat pada penggelek.
Panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji,tunggu hingga kembung dulu baru diterbalikkan...
Ni le hasilnya..
Enak dimakan bersama Kari Ayam...nyum..nyummm


Jom Try Buat..

CONGO BAR


Bila saya tengok Azlina Ina wat tutorial kat fb cara nak buat Congo Bar ni nampak cam senang sangat....terus terlio plak nak makan Congo Bar ni....selepas ke kedai bakeri tuk beli bahan2 nya terus saya kelentung kelentang kat dapur tuk siapkan Congo Bar ni....cara nak buatnya sangat simple...bahan2 juga mudah didapati....bagi saya Congo Bar ni enak dimakan ketika panas2 sebab time tu coklat cip masih mencair lagi...bila dah sejuk Congo Bar ni...coklat cip juga mula mengeras....tapi anak2 saya sangat menggemarinya siap minta saya buat lagi ....terima kasih pada Azlina Ina atas perkongsian resipi yang simple dan sedap ni...



CONGO BAR
Sumber:fb Azlina Ina
Olahan:Mamamia


Bahan2:
1 3/4 cawan gula perang
3/4 ketul butter/ 150gm
1 sk esen vanila
3 biji telur gred A/B
3 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sk baking powder
1 cawan coklat cip
Sedikit badam keping

 Pukul butter ,gula perang dan esen vanila.Guna handwisk pun boleh hingga agak2 gula sebati...tapi saya syorkan guna mixer lagi cepat..

 Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
 Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul guna senduk.
 Masukkan coklat cip dan gaul sebati.Tinggalkan sedikit untuk tabur diatasnya.
 Ratakan dalam loyang saiz 7 x 7 atau 8 x 8 yang dialas baking paper.Tabur coklat cip dan kepingan badam.Badam tak perlu dibakar dahulu ye.Guna api atas bawah pada suhu 160C selama 40 minit.
 Siap dibakar

Enak dimakan ketika panas2 kerana coklat cip masih mencair....


Jom Try Buat

Monday, 28 March 2016

AYAM MASAK BALI

 
Ayam merupakan menu wajib ada dalam hidangan kami setiap minggu.Sampaikan saya dah naik jemu tak tau nak masak apa lagi dengan  ayam ni...selalu saya buat Gulai Ayam,Sup dan yang paling senang sekali gak Ayam Goreng Kunyit le...sesekali tu teringin jugak nak ubah selera kan ....so tengok ramai blogger masakan yang duk tayang Ayam Masak Bali dan cakap sedap pulak tu....apalagi sayapun teringin untuk mencubanya.Resipinya saya ambil dalam fb Aida Shukor yang siap bagi step by step cara untuk membuatnya...alhamdulillah rasanya sangat sedap...bagi saya cam Ayam Masak Kicap tapi lagi sedap Ayam Masak Bali ni...seronok sekali tengok anak2 dan hubby makan nasi bertambah2...satu lagi...petua nak kasi lauk ni lagi sedap ialah..lebih sedap dimakan selepas semalaman...maksudnya kalau tuk makan tengahari sebelah  malam tu kita dah siap masak...pagi tu tinggal panaskan saja....teringin nak cuba...... lihat resipi dan langkah demi langkah kat bawah ni yerr..


AYAM MASAK BALI
Sumber:fb Aida Shukor
Olahan semula:MamaMia


Langkah demi langkah Ayam Masak Bali:

 1 ekor ayam dilumur garam kunyit.
 Goreng 3/4 masak.
 Bahan kisar:8 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,1 inci halia,sedikit belacan bakar,segenggam cili kering-saya gantikan dengan 5 sudu makan cili kering yg siap dikisar.

 Kisar sampai halus
 Gorengkan serai dalam minyak goreng ayam(ambil cukup2 untuk menumis saja tau) sampai separa coklat.Masukkan daun kari dan goreng sampai garing.
 Masukkan bahan kisar beserta cili kisar dan tumis sampai naik bau dan garing.
 Masukkan gula,garam dan renjis2kan kicap hingga warna meroon.Anggaran 1/2 cawan.Kacau supaya sebati.
 Masukkan ayam dan masak lagi selama 10 minit.Siap.Jangan terus makan lepas masak...biar dulu dalam 1/2 jam.Biarkan semalaman lagi sedap.
Sedia untuk dinikmati...


Jom try buat....

Sunday, 27 March 2016

PULUT MANGGA


Bila sana sini orang dok bercerita tentang keenakan Pulut Mangga ni membuatkan saya teruja untuk membuatnya sendiri....kalau nak cari yang orang jual rasanya susah skit la kat Kelate nih...kalau Pulut Durian saya  memang suka sangatlah....kalau beli durian tak sah kalau tak tanak pulut...hubby plak lebih gemar ratah cenggitu je...tapi semenjak saya duk jamu pulut durian ni nampaknya dia dah semakin menyukai Pulut Durian ...kebetulan time ni dah musim mangga atau ore Kelate panggil buah pauh....sebelum tu saya duk google cari resipi Pulut Mangga...akhirnya berkenan dengan Pulut Mangga Harum Manis by Resepi Bonda Team...nak cari Mangga Harum Manis kat Kelate ni jangan harap la...so saya gantikan dengan Pauh Mas Hitam..sebab isinya kaler oren dan rasanya sangat manis...setelah mencubanya...bagi saya Pulut Durian yang paling melekat dijiwa nih...tapi tak salah untuk mencubanya... lagi satu citarasa setiap manusia itu berbeza-beza kannnn..... kalau tak try camna nak bandingkan keenakannya dengan pulut durian dokk...oklah meh tengok camna nak buat Pulut Mangga nih..

PULUT MANGGA
Sumber:Resepi Bonda Team
Olahan:MamaMia

Bahan-bahan:(3-4 orang makan)

2 cawan beras pulut-rendam 3 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sk garam
1 sk tpg jagung
2 helai daun pandan simpulkan
3 sdm gula pasir
Mangga Harum Manis(apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)

Cara memasak:
1.Panaskan pengukus terlebih dahulu,kukus beras pulut hingga setengah masak.
2.Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.


Kuah santan:
1.Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan dan gula pasir.
2.Apabila tlh mendidih masukkan tpg jagung dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
3.Sendukkan pulut ke dlam mangkuk tuang santan dan hidangkan bersama hirisan mangga.


Pauh Mas Hitam.. walaupun kulitnya nampak cam hijau tapi dah masak ranum tau...


Jom Try Buat...

BROWNIES KACANG

Fenomena Brownies ni dah agak lama jugak rasanya  jadi viral kat fb dan juga blog...tapi masa tu saya tak de keinginan nak mencubanya plak.... sebab saya beranggapan rasanya mesti lebih kurang cam Kek Coklat saja huhuhu....tapi bila tengok kat fb Norhayati MohdRazali duk tayang Brownies Kacang membuatkan saya teruja untuk mencubanya...hasilnya memang heaven weii...sedap sangat....bagi saya satu adunan ni kecik jer...kalau yang keluarga besar saya syorkan anda double kan adunannya....cara nak buatnya senang sgt...meh try buat brownies....terima kasih pada tuan punya resipi ni jugak...izinkan saya kongsi disini supaya lepas ni kalau yg selalu beli tu leh blaja wat sendiri....


BROWNIES KACANG
Sumber:fb Norhayati Mohd Razali
Olahan:Mamamia

Bahan2:
3/4 cawan tpg gandum diayak bersama 1/2 sk baking powder
3/4 cwn gula perang
2 sdb gula halus
2 biji telur
1 sk esen vanila
1/4 cwn serbuk koko
1 sk nescafe
170 gm coklat masakan
6 sdb marjerin
Secubit garam
Kekacang/coklat cip
Cara membuatnya:
 Cairkan coklat masakan beserta marjerin,serbuk koko dan nescafe secara double boiler.Sejukkan.
 Dlm bekas lain,pukul telur bersama gula perang dan gula halus hingga larut.
 Masukkan esen vanila dan garam.Kacau sebati.
 Masukkan adunan coklat dan kacau lagi supaya sebati.
 Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
 Masukkan kekacang dan coklat cip.
 Tuang dalam acuan yg telah dialas dan disapu marjerin.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
Sejukkan dahulu baru curahkan sos coklat ke atasnya dan tabur lagi baki kekacang.



Jom Try Buat..