Thursday, 26 November 2015

KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TELUR


Kacang Panjang Goreng Bersama Telur ni merupakan hidangan yang sangat kami  gemari.Selain cara memasaknya yang sangat ringkas rasanya juga cukup sedap.Anak perempuan saya sangat menggemari sayur kacang ni....nak2 dipadankan pula dengan ikan goreng kunyit lagilah menambah selera.Bagi anak2 dara yang baru belajar nak masuk dapur elok sangatlah cuba resipi nih...kacang ni tak perlu digoreng terlalu lama nanti jadi lembik dan tak sedap bila makan.Ia cuma digoreng sekejap jer..supaya kacang tu masih rangup lagi walaupun selepas digoreng....meh semak resipi kat bawah ni..


KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TELUR
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
 10-12 biji kacang panjang dipotong serong
1 biji telur
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar dipotong nipis
1/2 biji cili merah dipotong nipis
1 sk serbuk kunyit
Garam,serbuk perasa

Cara-cara:

Sediakan bahan2nya dahulu..

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi..

Masukkan cili merah dan pecahkan telur.... biarkan sebentar...
Kacau telur tadi hingga hancur dan goreng lagi biar garing sedikit..

Masukkan garam,serbuk perasa,serbuk kunyit dan akhir sekali kacang panjang.Goreng sekejap jer...lebih kurang 2 minit dan tutup api.

Enak dimakan dengan nasi panas2...



Jom Try Buat...

CUCUR UDANG ala-ala CUCUR KEMBUNG


Kala musim hujan dan cuti sekolah ni anak2 saya asyik nak makan jer....saya kena sediakan stok makanan yang banyak untuk jamu diorang ni...oleh sebab cuti sekolah ni maka saya juga banyak habiskan masa kat dapur...bermula dari sarapan pagi,makan tengahari hinggalah makan malam saya perlu masak sendiri.....tapi itu tak jadi hal..memang seronok sangat melayan kehendak anak2 dan juga hubby...kali ni saya sediakan Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung yang diambil dari blog dunia cikguwan untuk sarapan pagi.Selain itu saya juga buatkan nasi goreng...mana nak kenyang kalau setakat makan cucur tu jer....Dah lama jugak saya CnP resipi ni...hari ni baru berpeluang merasa cucur udang yang bagi kami sekeluarga sangat sedap ni...terima kasih pada cikwan atas kesudian berkongsi resipi yang mudah ni...lain kali boleh buat lagi sebab bahan2nya pun senang jer..makan pulak time hujan... memang kena sangatlah....tapi yang saya musykil, cikwan punya elok jer mulat2 nyer...yang saya buat tak jadik camtu pulak.... takpelah yang penting rasanya sedap...meh semak resipinya pada sesiapa yang berminat ..


CUCUR UDANG ala-ala CUCUR KEMBUNG
Sumber:dunia cikguwan
Olahan semula:MamaMia kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
1 sk garam
2 sk gula
1 paket udang kering-basuh bersih dan tumbuk lumat
5 tangkai pokok kucai dipotong pendek2
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong dadu-saya cincang halus


Cara-cara:

Sediakan bahan2..

Masukkan  2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.Masukkan 2 cawan air panas,kacau rata dengan cepat.Tepung akan jadi masak dan jernih sedikit.Masukkan 1 cawan air sejuk dan kacau sebati jangan bergentel.Masukkan garam dan gula.Kacau sebati (garam dan gula boleh juga dimasukkan ke dalam air dahulu).Masukkan lebihan 1 cawan tepung gandum tadi dan kacau sebati.

Baru masukkan udang kering,daun kucai,bawang dan cili.Gaul sebati.

Ready untuk digoreng..

Sangat sedap dimakan dengan sos pencicah....



Jom Try Buat...






Tuesday, 24 November 2015

PENGAT PISANG KELAT LEGA

 Pisang Awak atau  lebih dikenali dengan panggilan Pisang Kelat Lega oleh kami di Kelantan berbuah lebat diluar pagar rumah saya.Kedua2 pokok mengeluarkan buahnya serentak...bila dah matang saya suruh hubby tebang dan diperam .Memang tak habis kalau kami sekeluarga makan ni... kebetulan adik ipar datang kerumah , dapatlah hubby kirimkan pada keluarganya...Saya pulak teringin nak makan pengat pisang sebab dah lama tak buat pengat ni...tambah2 berlambak  pisang kat depan mata ni...apalagi jom kedapur la sediakan pengat pisang yang enak ni....


PENGAT PISANG KELAT LEGA
Oleh:MamaMia Kitchen



 Bahan-bahan:
12 biji pisang kelat laga dibelah dua
4 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
2 sdm gula pasir
1 sdm biji sagu direndam dalam air panas sekejap,kemudian toskan
2 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul


Inilah rupa Pisang Kelat Lega bagi pembaca yang masih blurrr ngan rupa pisang nih...


Cara membuatnya:
Pisang dibelah dua..

Satukan semua bahan didalam periuk dan panaskan hingga gula melaka hancur.Kemudian masukkan pisang dan kacau sekali sekala hingga mendidih...sesuaikan rasa....biarkan selama  8 minit dan tutup api.

Siap...pengat pisang tak perlu dibiarkan mendidih terlalu lama ..nanti pisang akan lembik.Pisang akan masak lagi walaupun api telah dipadam kerana proses pemanasan masih berterusan....tu pasal biarkan ia mendidih sekejap jer....barulah pisang tu elok jer..

Pekena semangkuk best gak...


Jom Try Buat...

RENDANG DAGING

Rendang Daging ini saya sediakan sempena anak lelaki saya Zaim berkhatan baru ini .Saya masak sebanyak 2 kilo daging lembu untuk dimakan bersama dengan pulut kuning, untuk resipi pulut kuning sila rujuk disini....saya jarang masak rendang kalau hari biasa..hanya buat time tertentu jer...tapi rasanya tetap sedap walaupun jarang2 buat...huhuhu....anak perempuan saya berulang2 kali makan pulut kuning ni cicah rendang daging...kebetulan adik ipar yang bekerja di KL pulang bercuti dan bertandang ke rumah kami.Sempatlah mereka menjamu selera dengan rendang dan pulut kuning yang saya buat ni...sebelum mereka  pulang  saya bekalkan juga untuk MIL.
Rendang daging yang saya buat ni tak ikut mana2 resipi pun...main letak jer bahan2nya ikut terlintas dalam kepala..sebab dah boleh agak bahan2 asas untuk masak rendang ni.... walaupun saya buat 2 kilo daging tapi resipi kat bawah ni untuk sekilo daging jer tau...kalau nak masak lebih cuma gandakan sahaja bahan2nya...jom semak resipi rendang yang saya masak ni


RENDANG DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu dipotong kecil
1 kg santan 
15 ulas bawang merah*
5 ulas bawang merah*
15 biji cili kering-potong kecil dan rendam air panas sekejap*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 batang serai*
kisar halus bahan yang bertanda *
2 sdm biji ketumbar
1 sdm jintan putih
1 sdm jintan manis
Sangai ketiga2 bahan diatas hingga wangi kemudian kisar halus
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 helai daun limau purut dicarik2kan
1 keping asam gelugor
1 keping gula melaka
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara menyediakannya:

Potong kecil2 daging,cuci dan toskan.

Sangai biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga wangi dan kisar halus.

Bahan2 yang telah dikisar halus.

Panaskan minyak dan tumislah bahan kisar hingga wangi.

Kemudian masukkan daging dan kacau sebati.

Masukkan bahan2 rempah ratus yang dikisar tadi.Masaklah hingga keluar air daging.

Bila daging sudah kecut dan airnya hampir kering barulah dimasukkan santan.Kacau sebati...masukkan asam keping,gula melaka,garam gula,serbuk perasa dan masaklah selama 20 minit.

Bila rendang dah agak pekat masukkan daun kunyit,daun limau purut dan kerisik.Gunakan api yang kecil dan biarkan merenih selama 30 minit hingga kuahnya agak kering sedikit.Time ni perlu sentiasa kacau rendang supaya tidak hangit tau...
 
Sesuaikan rasa...agak2 dah hampir kering kuahnya tutup api.Saya sukakan rendang yang basah2 skit...kalau nak rendang yang kering kacau lagi hingga menepati citarasa masing2.

Dah siappp..
Wallla....memang ngam sangat makan dengan pulut kuning....



Jom Try Buat...

PULUT KUNING,RENDANG DAGING DAN BUNGA TELUR SEMPENA KHATAN ZAIM

 Alhamdulillah..... semalam telah selesaipun anak lelaki saya Nik Muhammad Zaim berkhatan di Klinik Damai Putra Tanah Merah.Lega rasanya sebab tidak ada sebarang masalah yang dihadapi....dah jadi teruna  anak mama nih...sebenarnya adik beradik saya semuanya perempuan ..so memang tak tahu lah camna adat berkhatan.Bila dah berkeluarga ni baru tahu serba sedikit bab2 berkhatan ni.Hubby saya cakap masa dia nak berkhatan dulu keluarganya menyediakan pulut kuning dan juga telur rebus yang akan dimakan sebelum majlis khatan tu.... tapi sekarang ni sebab dah moden majlis khatan ni orang dah tak buat kat rumah lagi...pegi je klinik swasta..... siap.....jadi memang tak de la pulut kuning dan telur ni.....maybe hubby teringat kenangan semasa dia berkhatan dulu,makanya hubby suruh saya sediakan pulut kuning dan juga telur rebus....saya tambah pulak rendang daging ni baru le kaww skit kan...oleh sebab teruja saya pegi beli bunga telur nak kasi meriah lagi kikikiki....saya buatkan rendang daging sebanyak 2 kilo jer nak dipadankan dengan pulut kuning yang juga dua kilo...  sambil2 niat saya nak sedekahkan pada jiran2 tedekat.....saya juga bekalkan pada doktor yang khatankan anak saya....jom layan gambar kat bawah ni..


 Pulut kuning yang enak dicicah dengan rendang daging..

 Rendang daging...

 Bunga telur...terasa cam dah nak dapat menantu weii....lambat lagi daaa..

Pulut kuning,rendang daging dan bunga telur untuk diagihkan pada jiran2...

Sunday, 22 November 2015

KEK LAPIS MASAM MANIS KUKUS N BAKAR

 Ketika BW baru2 ni saya berkenan dengan resipi Kek Lapis Masam Manis Kukus ni...cadangnya nak buat time cuti sekolah ni.Bahan2 semuanya saya dah sediakan awal2 tinggal nak on jer...maklumlah nak buat kek laips ni perlu kesabaran yang tinggi weiii...kena betul2 free baru boleh buat.Akhirnya start jer cuti malam tu terus masuk dapur.Kek Lapis Masam Manis Kukus N Bakar ni ada cerita disebaliknya...resipi asal kek ni patutnya kukus jer tapi disebabkan saya kehabisan gas memasak so saya sambung bakar..tu pasal saya letak nama camtu...ketika lapisan yang terakhir tetiba jer api slow...ingatkan saya tersalah pulas tombol...pastu terus padam...huwaaa..menggelabah kejap...tengok jam dah 9.30 malam...nak suruh hubby pegi kedai kesian pulak ,sebab dia sedang semak kertas peperiksaan akhir tahun.Tapi hubby ni jenis tak kisah ,bila saya cakap gas dah habis dia pulak yang beria2 nak pegi keda...cuma saya jer tak yang mau...saya nak try sambung bakar pulak la..sebab dalam resipi ni ada bagitahu supaya   masukkan kek ni ke dalam oven (medium heat) selama 10 minit untuk dapatkan kek yang tahan lama.Saya masukkan kek ni ke dalam oven selama 30 minit suhu 180C...akhirnya kek saya masak  dengan elok sekali.Masa tengah bakar tu..aromanya memenuhi segenap  ruang...sampaikan hubby yang dok syok raik kertas preksa pun cakap tak sabar nak makan....masa kukus tak de pulak bau semerbak camni....sebab dah letih sangat...masak jer kek terus bersiap2 nak tido...pagi esoknya baru potong...bagi saya kek ni rasanya manis sedikit...lain kali kalau nak buat kena kurangkan gula tu...apapun kali ni saya rasa baru puas hati buat kek lapis ni ,sebab nampak kemas skit berbanding yang saya pernah buat sebelum2 ni  ecececehhh..... ada blogger yang bagi tips.. camna nak kasi semua lapisan tu sama tebal...caranya kena timbang setiap lapis tu...bagi saya yang tak berapa nak rajin ni memang tak buatlah...hanya mereka yang teliti  dan betul2 rajin jer yang mampu buat camtu...memang tabik spring lerrrr.....nak try buat  jugak ker....resipi kat bawah yerrr...



 KEK LAPIS MASAM MANIS KUKUS N BAKAR
Sumber:From Perwakilan Mumbai'sKitchen
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan2:
250 gm butter
1 1/4 cawan gula castor
7 biji telur
1 sk esen vanilla
1 bungkus biskut Cream Crackers Hup Seng 428gm
1/2 cawan susu segar-saya guna susu tepung
1/2 cawan susu pekat
3 jenis pewarna yang disukai
Asam Haw Flakes secukupnya-saya guna 2 paket

 Sebahagian daripada bahan2 yang diperlukan.


Cara menyediakannya: 

1.Sediakan pengukus,griskan loyang.Saya alas dengan baking paper.

 2.Kisar biskut cream cracker hingga hancur dan tapis.

 3.Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang.

 4.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.Masukkan esen vanila,susu segar dan susu pekat.

 5.Masukkan biskut sedikit demi sedikit sehingga habis.

 6.Bahagikan adunan kepada 3 warna.Saya gunakan warna hijau apple,kuning telur dan oren.Kaler oren saya  tak cukup stok so tak berapa terang sangat...

 7.Untuk 1 st layer saya guna kaler oren,ratakan pada dasar loyang dan susun haw flakes diatasnya dan kukus selama 10 minit.

 8.Untuk 2nd layer ratakan kaler hijau susun haw flakes dan kukus salama 10 minit.

 9.Untuk 3 rd layer ratakan warna kuning dan susun haw flakes dan kukus selama 10 minit.Ulangi proses melapis sehingga habis.

Meh la layan gambar2  kat bawah nih....






Jom Try Buat...