Tuesday, 2 June 2015

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP


Ayam tandoori ni saya masak  untuk dimakan bersama Roti Naan.Ermmm sedap tak terkata....ratah cenggitu pun dah sedap...kalau dimakan dengan nasi pun sedap jugak nih.... first time saya buat ayam tandoori ni...suka sangat sebab menjadi dengan jayanya....mulanya ingatkan susah nak buatnya...rupanya senang sangat...dan yang penting rasanya very delicious! Yang pasti ayam tandoori ni akan masuk dalam menu list tuk bulan posa nanti. Resipi ayam tandoori ni saya ambil dalam blog wakethetime.com....terima kasih pada tuan punya resipi ini kerana telah menambahkan lagi koleksi resipi masakan saya nih.....jom tengok resipinya..


 RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

Sumber:wakethetime.com
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam  panas2 setelah ayam masak
2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.Kalau malas nak buat beli plain yogurt.


Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.

Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.

Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.

Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.

Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.

Perap selama 5 jam.Saya perap semalaman.

Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.



saya alas dengan aluminium foil supaya ayam tidak cepat hangus bahagian bawahnya

sapukan marjerin pada ayam selepas diangkat supaya ayam nampak berkilat...

hidangkan bersama Roti Naan....fuhhh hingga menjilat jari



Jom Try Buat...

No comments: