Haii....salam semua,entri kali ni nak citer pasal percutian ke Bukit Gambang Water Park Kuantan Pahang.Selama ni asyik dok dengar citer kengkawan jer bawak anak2 bercuti kat Gambang ni..tapi time tu takde minat pulak nak mai ke sini.Sebelum ni kami sekeluarga dah bercuti kat The Lost World of Tambun tu ingatkan suasananya cam sama jer...tapi bila datang sini rupanya jauh beza ngan TLWOT tu...ngeee ruginya tak datang awal2 lagi.Kami sekeluarga pegi time cuti Deepavali baru2 ni...almaklumlah dapat cuti panjang...sekolah2 di negeri Kelantan ni start cuti pada 9 hb lagi,kemudian sambung lagi cuti Keputeraan Sultan Kelantan pada 11 dan 12 hb,pastu sambung lagi cuti mingguan pulak selama dua hari...so kira kami kat Kelantan ni dapat cuti selama 6 hari la kan.Memula tu saya bercadang nak pergi bercuti ke Colmar Tropicale tapi last minit terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.Nasib baik tak pegi kalau tak sah2 lekat kat Bukit Tinggi tu akibat kejadian banjir lumpur tu..syukur alhamdulillah.Hubby bagi cadangan kami ke Bukit Gambang jer.Pagi selasa tu kami bertolak jam 7.30 pagi, kemudian singgah bekpes di Kuala Terengganu dulu.Tiba di sana pukul 1.30 petang.Nak check in ada masalah skit so lewatlah dapat masuk bilik.Pukul 4 petang baru kami masuk ke water park tu.....pukul 6 petang dah tutup .So kami main air pun tak sempat nak jelajah banyak tempat lagi...anak2 merungut tak puas main air lagi...nantilah kita datang lagi ye nak..hehehe ayat nak pujuk ler tuuu...yang frustnya kami sekeluarga dah rancang nak ke Safari Night....pihak hotel telah memberi 2 tiket percuma...tapi dah tutup jam 5 petang.Sepatutnya Safari ni beroperasi sampai jam 9....alasan yang diberi mereka bercuti pada setiap hari Selasa tapi mereka beroperasi jugak sebab public holiday ,so Safari tu buka sampai jam 5 petang jer la..huwaaaaa.... rasa frust sungguh.Kami menginap di Arabian Bay Resort yang cukup selesa sekali.Lain kali kalau nak datang sini hotel ini akan jadi pilihan le.Ok ler jom layan gambar2 yang sempat diambil semasa di sana....yang pasti kami akan kembali lagi ke Gambang...bila tu..tunggguuuuuuuuuuuuuu
Entrance ke Arabian Bay Resort.
Seronok sungguh anak2 main air kat Cocoa Beach
Damia paling suka meluncur kat sini...
Anak lelaki saya yang kedua Zaim teringin nak cuba meluncur kat tempat tinggi tu tapi saya tak benarkan...rasa cam bahaya jer....pada hal orang lain main ok jer...
Pagi tu berendam kat kolam hotel plak ler...kes tak puas main air kat water park...
Damia,Zaim dan Faris ceria sangat dapat berendam kat kolam ni...
Cantiknyerr kolam kat sini...
Pintu masuk ke Bukit Gambang Water Park dari balkoni bilik kami...
Ok ..nak balik dah..nanti nak datang lagi......babai
No comments:
Post a Comment