Selalunya pada hari minggu anak-anak saya akan request masakan yang special...almaklumlah kalau time keja saya memang sediakan masakan yang ringkas saja...tak cukup masa nak sediakan hidangan yang memerlukan penyediaan bahan dan kaedah masakan yang mengambil masa yang agak lama..so saya telah menyediakan Nasi Ayam Penyet kerana tahu akan memang mendapat sambutan yang hangat daripada seisi keluarga...sebelum ni saya dah buat Ayam Penyet yang mana resipinya saya ambil daripada blog Citarasawan...ketika BW saya singgah di blog Azlita Masam manis berkenan pulak dengan resipi ni,..bila saya amati resipinya agak berbeza sedikit daripada yang pernah saya buat sebelum ni...dan ternyata memang sedap dan ada kelainan yang tersendiri antara kedua-dua resipi ni.. namun bagi saya dua-duanya sangat sedap.Terima kasih pada Kak Ita atas perkongsian resipi yang memang mabeles nih...izinkan pula saya panjangkan resipi ini pula di sini ya.....
NASI AYAM PENYET
SUMBER:Azlita Masam Manis
OLAHAN RASA:mamamiasanasini.blogspot
Bahan-bahan:
1 ekor ayam-potong 4 dan cuci bersih.Ayam direbus hingga empuk dan tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.
*Air rebusan jangan dibuang kerana kita akan gunakan untuk memasak nasi dan juga untuk supnya.
Bahan perapan ayam :
1/2 sdm jintan manis
1/2 sdm jintan putih
3 sdm ketumbar
Kesemua bahan ini di sangai dalam kuali tanpa minyak
1 sdm serbuk kari ayam/daging
1 sdm serbuk kunyit
1/2 sdm serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1sdt garam
1 sdm gula pasir-saya tambah
Sedikit serbuk perasa-saya tambah
Sedikit air untuk mengisar
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan tepung beras-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
Cara-cara:
Masukkan bahan yang disangai bersama serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk lada putih,halia,bawang putih dan garam.Tambahkan sedikit air dah kisar hingga halus.Bila dah halus lumurkan pada ayam yang telah kita rebus tadi.Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng.Bagi anda yang nak cepat 2/3 jam perap pun ok.
lagi sedap diperap semalaman... |
Baki ramuan perapan ayam jangan dibuang.Anda boleh ambil sedikit dan gaulkan dengan tempe dan tauhu dan perap dalam bekas yang berasingan dengan ayam.
Anda boleh goreng ayam ini bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah disediakan.Maknanya goreng ayam ini akhir sekalilah ya supaya ia masih panas bila dihidangkan dan keriuknya tu rangup!
Baki perapan ayam atau tempe tu anda campurkan dengan tepung beras dan telur.Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan.Angkat dan toskan.Baki adunan tepung anda boleh renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
*Sebelum goreng ayam anda perlu goreng tempe dan tauhu dahulu.Baki minyak tu nanti baru goreng ayam.
Bahan untuk sambal:
20 biji cili merah-hiris
10 biji cili api
10 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
5 biji tomato-hiris
5 cm belacan
2 sdm ikan bilis
3 sdm gula merah-saya guna gula melaka
Serbuk perasa-saya tambah
Cara-cara:
1.Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2.Goreng belacan seketika.Angkat dan ketepikan.
3.Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
4.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.Masukkan semula bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,masukkan gula merah,serbuk perasa dan gaul rata.
7.Rasa sambal yang terhasil,tambah gula,garam jika perlu.
*Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan dalam peti sejuk.Panaskan sambal sebelum disajikan.
Bahan-bahan untuk Nasi Ayam
3 cawan beras-cuci bersih dan toskan
3 ulas bawang putih-hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit butter
Secubit garam
6 cawan air rebusan ayam-sukatan air ini bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan -simpul
Cara-cara:
1.Cairkan butter.
2.Tunis bawang putih,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
3.Masukkan beras dan masak sebentar 3-5 minit.
4.Kemudian masukkan air rebusan ayam (anda boleh campurkan denga air sejuk sekiranya air rebusan ayam tidak mencukupi),perasakan dengan garam,masak nasi hingga sempurna.
enak digandingkan dengan sup kosong sebagai pengganti kuah... |
Jom Try Buat...
No comments:
Post a Comment