Kaya pandan ni merupakan pilihan kami sekeluarga apabila makan bersama roti...selalunya saya beli jenama Auntie Rosie..keluaran Gardenia...sekejap jer dah licin...maklumlah 6 kepala dalam umah ni skali ngap je la...nak2 kalau anak2 yang sapu sendiri kat roti tu...memang letak banyak la...kalau mama yang sapu kita letak cukup2 jer...nak ekonomikan....memandangkan harga barang2 sekarang ni pun dah melambung...so mama terfikir nak buat sendiri kaya pandan ni,,,ye la disamping berjimat, yang penting kita tahu kandungannya serta tahap kebersihanya...resipi ni dah lama sebenarnya saya simpan.. asyik dok tangguh je..akhirnya berjaya juga saya merealisasikannya...alhamdulilah rasanya ok walaupun tak sama 100% dengan brand Auntie Rosie ni..apapun anak2 puji sedap...maka rajinlah mereka bawa bekal roti sapu kaya pandan ni kat sekolah...adalah dekat seminggu jugak..pastu tak mau dah,,,jemu kata diorang,...memang lah dah hari2 duk makan roti sapu pandan kaya ni...
oklah kalau pembaca diluar sana yang teringin untuk mencuba pandan kaya ni...saya kongsikan resipinya..
HOMEMADE PANDAN KAYA
Sumber: FB Joyce Manirath
Olahan:MamaMia
Bahan2:
4 bj telur besar (A)
200ml santan kotak-saya guna santan segar
4-6 helai daun pandan-jadikan 1/2 cawan air pandan
2 sdb gula pasir
1/3 cawan susu pekat
1/4 sdt garam
2 sdb tpg jagung
pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
Dalam mangkuk besar,masukkan telur,garam n santan.Kacau sebati.Masukkan susu pekat,air pandan dan gula.Kacau sebati.
Tapiskan dgn kain putih @ penapis kopi 2/3 kali.Masukkan air dalam kuali dan letakkan tuala untuk elakkan air dlm kuali utk elakkan air panas percik.Cara ini macam cara double boiler cuma bks tu kena betul2 kena air panas.Kacau adunan hingga pekat selama 30 min.(saya punya kacau hampir 1 jam).
Biarkan sejuk.Jika nak kaya yg lebih halus boleh je blend.
Tips:
Sblm tapis tu,bolehlah rasakan sikit adunan tu cukup manis @ kurangkan.Jika kurang manis tambah susu pekat @ gula.
Resipi ni kurang manis,so boleh mkn byk2 kaya ni.
Adunan ni mmg berketul bila dah masak...saya blend supaya lebih halus
JOM TRY BUAT...
No comments:
Post a Comment